Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
426
View
12
Reply


Selalu Wanita Dikata Punya 'Instinct' Yang Kuat, Lelaki Tiada Instinct Ke?

[Copy link]

Author: CARI_Kolumnis       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-11-2017 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah telah banyak segmen yang telah kita bersama dan telah membincangkan pelbagai topik. Untuk segmen kali ini pula saya ingin berceloteh berkenaan dengan instinct atau dalam bahasa NLP (Neuro Linguistic Programming) dikenali sebagai Audio Digital atau lebih mudah dipanggil suara hati atau bisikan hati.


Seringkali instinct ini dikaitkan dengan wanita dan perhubungan. Seringkali juga wanitalah yang dikaitkan dengan kekuatan instinct dan pastinya ia berkaitan dengan apa yang dirasaikan apabila pasangannya membuat sesuatu yang tidak elok dibelakangnya. Hakikatnya, instinct adalah deria keenam manusia samada lelaki mahupun wanita yang boleh dirasainya dalam pelbagai keadaan tidak terhad kepada perhubungan sahaja. Ianya juga tidak semestinya benar atau sebaliknya. Ia adalah perasaan yang membantu kita dalam menghadapi sesuatu keadaan itu.


Tidak salah juga jika saya letakkan instinct ini sebagai salah satu elemen dalam membuat sesuatu keputusan. Biarpun keputusan yang bakal dibuat berdasarkan fakta-fakta tertentu serta pandangan orang lain, instinct juga memainkan peranan besar sehinggakan adakalanya ia mampu menjadi jalan akhir untuk menghasilkan keputusan.






Di sini saya ingin berkongsi kepada anda semua antara pengalaman yang saya hadapi apabila berhadapan dengan pelbagai isu dan peristiwa yang dihadapi oleh client saya semasa sesi terapi yang mana berkaitan dengan instinct. Juga beberapa kisah yang mungkin wujud sebagai rujukan tambahan. Ada yang boleh kita terima sebagai instinct ada juga lebih kepada alasan, tuduhan aatau sebagainya yang dicipta sendiri. Anda pilih. Jom kita bersama meringin-ringinkan minda.




(1) Berkahwin lain


Saya terasa ingin berkahwin lagi dan saya memilih dia sebab saya benar-benar dapat rasa dialah orangnya dan sayalah bakal suaminya kelak. Instinct saya kuat sangat.


Instinct / Alasan








(2) Suami ada affair?
Suami saya memang ada perempuan lain di pejabat dia. Perempuan tu badan besar dan suami saya memang ada hubungan sulit dengan dia..saya tahu, saya nak suami saya mengaku dan kenapa dia sanggup buat saya macam ini. Sedangkan saya isteri dia, saya jaga dia, saya tak pernah kianati dia.(dan seterusnya)


Instinct / Alasan
*Akhirnya apabila disoal selidik, barulah si isteri mengaku, semua ceritanya adalah datang daripada mimpi sepenuhnya.*


(3) Apabila berjauhan


Apabila saya berjauhan dengan si dia, saya dapat rasakan dia akan keluar malam bersama orang lain


Instinct / Alasan / Tuduhan / Perasaan Insecure






(4) Membuat keputusan untuk berhenti kerja dan berniaga
Saya berani berhenti kerja sebab saya dapat rasa tindakan saya untuk berniaga ini bakal mengubah kehidupan saya, saya dapat rasa inilah passion saya.


Instinct / Alasan / Semangat


(5) Membuat keputusan dalam membuat pembelian


Saya rasa saya cantik sangat bila pakai baju ini, berbanding baju biru tu


Instinct / Alasan / Yakin / Perasan






(6) Dapat close deal untuk projek besar


Saya rasa memang saya boleh dapat job ini. Kuat sangat perasaan saya ini.


Instinct / Over Confident


Hakikatnya dalam apa jua keadaan, pasti kita akan melibatkan instinct kita yang berbicara di antara diri dan hati kita tanpa melibatkan bisikan atau pengaruh orang lain. Samada ada instinct kita itu benar atau tidak, memberi kebaikan atau sebaliknya, ianya perlu dinilai dengan mengambil rujuk kepada fakta-fakta dan sumber-sumber yang berkaitan. Tidak hanya dengan terpengaruh dengan bisikan hati sahaja.


Pun begitu, dalam Islam kita telah pun diajar dan dididik dalam membuat keputusan agar bisikan hati kita memandu kita ke jalan yang benar dan mendapat rahmat Illahi. Ianya adalah senjata utama sekalian manusia yakni Doa. Maka, usahlah sombong dengan Allah SWT kerana Allah tidak pernah menidakkan doa hambanya. Maka berdoalah agar hati dilapangkan dan dipermudahkan kita dalam membuat sesuatu keputusan.


Foto Carian internet


Begitu juga dengan bersolat sunat yakni Solat Sunat Istikharah untuk mendapatkan petunjuk yang benar daripada Allah SWT. InsyaAllah, dengan amalan dan kepercayaan total kita selaku hambaNya, bisikan hati dan perasaan kita akan sukar untuk dicemari dengan ludahan syaitan. Wallahualam.


Salam Ikhlas,
----Airol Irwan Limin----
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa no. 5 tu perasan ke?  I always think i look good in blue
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 11:03 AM | Show all posts
instinct ...kdg2 jerk betul...maybe kebetulan tu..
selalunya salah...
lain yg difikir..lain yg dihati...lain yg jadi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:12 PM | Show all posts
sama jela instinct laki pompuan
kalo pasangan tu gay mestila instinct laki yg kuat
pompuan yg selalu alert bab2 three stick ni sbb tu pompuan je yg selalu guna instinct tu
ditambah lagi yg jenis kaki drama cite2 konflik rumahtangga


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo..baru tau lelaki pn ada instinct hehehee..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 12:50 PM | Show all posts
Rasa sama je antara lelaki atau perempuan.  Hanya kebanyakan perempuan lebih suka meluahkan apa yang dirasa berbanding lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 02:46 PM | Show all posts
instinct?

aku tak aku ni jenis instinct camane.
aku kalau jalan jauh, tiba-tiba hidung terbau taik.

balik tu, sah, kucing aku tinggalkan seketul dekat lantai dapur, pastu kencingkan langsir

kerap terjadi. tapi dulu lah. sekarang dah beli sangkar. nak jalan jauh je, kena letak kucen dalam sangkar
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 03:04 PM | Show all posts
I tak guna guna instinct I sebab benda tu jadi betul..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2017 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok belajar metafizik tu, ada satu kod yg bermaksud instinct kuat.
I ada 2x repeat kod tu..
Tp so far x kuat pun instinct nya..{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Instinct akan hadir dgn sendirinya klu tetiba suami menggatal dgn perempuan atau lelaki lain ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Instict lelaki paling kuat bab lapar n ngantuk nk tido.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Instinct kuat bila ex suami berperangai pelik
Cepat2 pegi siasat
Dan rupa2nya betul.. kan dah kantoi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
alyana replied at 15-11-2017 08:08 AM
Instinct akan hadir dgn sendirinya klu tetiba suami menggatal dgn perempuan atau lelaki lain ....

Cemana suami menggatal dgn lelaki.lain tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.059359s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list