Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
7221
View
94
Reply

[Idea] ...HUTANG TAK BAYAR...

[Copy link]

Author: seribulan       Show all posts   Read mode

Post time 1-1-2018 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling sadis bila...
Time ni meminjam, ayat manis.. berlakon mcm tgh ssh betul...
Tp bila time nk bayar, kiter plak yg disekolahkan.. dah la kiter nk mintak hutang balik pon naik segan..
Dlm susah2 tu, bole beli moto baru.. tudung baru.. asik komen pm je fb...
Ermmmmm~....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 01:02 PM | Show all posts
Kadang-kadang bila kawan datang dan nak pinjam duit, serba salah dibuatnya. Hutang sebelum ni tak bayar dah nak pinjam lain. Tapi bila lihat keadaan dia, bagi juga dengan syarat bayar pada tarikh sekian haribulan. Ada akad bila nak bayar tu yang berani bagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah dulu, ada kawan dari tadika contact balik nak pinjam dalam rm2k. Sbb nak bayar yuran uni. Mmg terdesak2 sangat.

Kita baru kerja. Komitmen tak banyak lagi. Kenal rapat kawan tu. Tau mak dia ibu tunggal sara dia adik beradik dari kecik.

So kita pun bagi. Dalam 2 jam terus transfer tanpa banyak tanya.

Ada gtau kat dia. Bayar. Jgn psl ni kita tak rapat dah. Dia ckp dia faham.

Lama tu. Setahun. Dia ada bayar sebulan rm100-200 cmtu. Pastu stop. Lamaaa. Dekat setahun.

Hutang ada dekat 1k lebih cmtu. Kita lak nak pakai duit.

Tgk ig dia. Ada phone baru. Tapi xde la mahal sgt. Tapi fon baru la.
Baru bukak ig. So tau la smartfon gak. Masa tu takde sgt smartfon murah.

Contact dia. Tny baik2. Bila nak bayar.

Takku sangka kene marah. Dia kata aku xfaham apa yg dia lalui. Dia byk2 masalah.

Aku chill. Sbb rasa mcm dah agak.
Aku ckp kat dia, kalau tak mampu, bayar rm50 pon xpe. Asal gerak.
Dulu aku dah igtkan ko kan. Jgn pasal ini kita gadoh.

Dia marah2 lg. Tp aku dah ckp cmtu pastu aku malas layan. Lantak ko la. Stress aku fikir.

Dalam 2-3 bulan pastu, dia contact. Ckp duit biasiswa dia masuk. N dia transfer jam tu gak. So kira settle ah.

Sejak tu aku berpendapat. Baik cmna pon kawan/sedara kita. Jgn bagi pinjam duit. Jangan.

Melainkan ko ikhlas nk tlg n assume duit tu burn cmtu. Kalau ko harap dia bayar balik, better jgn bg.

Aku sejak peristiwa tu, terus hati2 psl hutang.
Aku siap sound kwn2 baik aku, kalau aku nak pinjam duit, jgn bg. Kita mungkin bergaduh pasal duit. Tak nak la cmtu kan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq seribulan tlg bagi kredits hehe

Based on my experience, Ive got this one friend yg suka berhutang. Tp yg sakit hatinya, dia cakap dgn i nak hutang sbb ada masalah family. Sekali tgk kat ig/fb, rupanya gi minum starbucks dgn kawan. Kalau sekali xpe, ni berkali2. Dah la i jenis yg mcm hurmmm segan nak mintak balik, segan nak tolak bila dia mintak pinjam. Dah pinjam gitu satu hal. Pastu bila habis kelas (masa tu tgh study), ramai2 gi makan kat cafe, dia bisik ckp, alamak, tertinggal duit. Boleh tlg byrkan? Nnti byr balik eh i pun hurmmm jelah, xkan nak biar kwn kelaparan kan.

So end up, lama2 jadi bukit. Bertahun tahun, sampai i pun dah malas nak mintak dah. Halal dlm hati jelah. Pastu kena pulak dia nak menyewa kat rumah sewa kteorg. I ni niat baik, cuma ingatkan one of my roommate (sbb duduk sebilik), baik2 jelah kalau dia mntk pinjam duit. Tp apakan daya, diorg ingat i buat fitnah. Pastu diorg satu rumah, mcm pulaukan i. Tp nasib baik ade my bff yg tlg i. Last2 i keluar rumah. End up, habis je sem tu, i dgr2 cerita, habis satu rumah tu dia mintak pinjam duit. Pastu, sorang2 mcm menyesal pulaukan i sampai i keluar rumah, siap mntk maaf lg kat bff i, suruh sampaikan pd i. Bila diorg jumpa i, i mmg awkward. Tp ada la sorang dua, berani nak mintak maaf depan2.

So far, that friend i dah x kawan dah. Serik dah. I pun dah xde fb dgn ig. Segala hutang tu, i halalkan jelah walaupun beratus gak jumlah dia (bg student banyak wooo).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 08:32 AM | Show all posts
mcm meols ni org selalu pinjam.. [astu dh pinjam xreti nk byr.. meols lak naik segan nk minta balik.. penyudahnya lepas dr tu mne2 yg dtg minta pinjam meols keraskan ati la.. kalau adik beradik yg pinjam tu meols boleh la pejam sebelah mata.. kalau depa xbyr pn anggap la niat tlg adik beradik..

susah bila kita ni baik ati tp org xreti hargai kebaikan kita..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita pasal hutang ni boleh buat lemah jantung. Hahahaha

Ada seorg member ni sangat suka berhutang.
Tp lifestyle dia sgt up to date.
Makan pon kat tempat have-have.

Tp yg menyakitkan hati.. kalau dia tahu kita pergi berjalan mana2, tanpa segan silu dia akan whatsapp kita nk pinjam duit.
Kalau kita kata kita pon x de duit.. dia akan ungkit kita berjalan ke mana-mana tu.
Katanya.. dari kita membazir duit berjalan2 baik bagi pinjam kat insan susah macam dia.. lagi afdhol..
Masalahnya hutang lama pon dia x setel lagi.. dah dia nk tambah hutang baru..

Yang tak fahamnya..
Dah kenapa kita kerja penat2 tp kene tanggung hidup dia aje? Kita x boleh ke nk enjoy2 juga? Tak faham.. tak faham...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutang ni boleh memutuskan silaturahim.. husb sy ada bg hutang pada sedara dia kononnya sedara dia nk buat modal business..kononnya nk pinjam sekejap je..akan byr bila dah dpt pulang modal.. dari sebulan ke sebulan dah makan tahun tak bayar2.. disebabkan hutang tu jugak dia mengelak bila ada majlis kenduri atau apa2 yg melibatkan sedara mara xnmpk batang hidung dia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 03:08 PM | Show all posts
bila bagi pinjamkan org duet tapi wat2 lupa tu sakit hati
kita pulak malu nak minta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 03:28 PM | Show all posts
sebut pasal hutang tertiba teringt waktu zaman budak2 dulu... member hutang 3.00 je (tpi bagi budak besarlah tu) .. bila kita minx dia marah2 siap cakap sabarlahhhhh ko ingt aku cop duit ... lepas tu kita plk rase takot nak minx.. end up sampai kesudah x bayar hahhahahahah ... tpii serius, walaupun tu zaman budak, tpi smpai ke hari ni mmg hati2 nak bg pinjam kat org huhu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2018 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cousin saya belajar overseas, n jd kan ayah saya penjamin kedua. Dia tak habis belajar and tak balik Malaysia, n now ayah saya blacklisted dgn Mara tanggungjawap hutang dia. Penjamin pertama dah meninggal.

N lg sakit hati, mak and akak-akak dia suka berlagak. Kawan dgn dato-dato, pakai Mercedes, travel overseas pergi jumpa my cousin yg x reti nak balik Malaysia tu. Tp hutang Mara dia RM 200k ayah saya kene settle kan. Geram gila ok!!! Ayah saya tu baik sgt, mak saya bebel suruh mintak kat diaorg, ayah ckp, kalau diaorg ada duit, diaorg mesti bg. Masalah nya diaorg sikit pun tak rasa bersalah ayah saya setiap bulan tolak duit nak settle kan hutang anak/adik diaorg. Eeeeeee.... Sakit hati kalau ingat!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
HUTANG???

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.
[Riwayat al-Baihaqi ]


Pengajaran hadis:

i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada mengatakan Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat qanaah iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan.

iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut. Hal ini termasuk juga hutang yang berlaku dengan orang yang bukan Islam serta seseorang yang berhutang tetapi telah meninggal dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Maka ahli waris si mati hendaklah berusaha untuk melangsaikannya.

iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan.

v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang menghutangi kita adalah suatu perbuatan yang mulia. Ganjaran yang besar menanti iaitu berupa naungan Arasy di akhirat kelak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
My own experience.

Ada kawan2 yg hutang duit. Satu kawan kata i will pay in a month tapi terus lesap dah 11 tahun dah.huhu.
2nd friend kata pulak halalkan tak hutang i? Kalau halalkan,tak yah I susah2 cari duit.
3rd friend sama gak i will pay u in a month. Tapi in a month tu jugak, asik pinjam duit.

I bukan nak aib dorang. Cuma nak kata. Kalau u said mcm certain2 time/period/month u nak bayar and u tak boleh bayar, at least pay a small amount will do tiap2 bulan pun ada. Bukan hilang terus. Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer pasal hutang ni buat me panas je. Ade sorg tu until now tak byr lagi 18k i since last year. Dia buat modal utk biz, so kira mcm i invest kat dia la.

Masa nak mintak labur tu kemain manis mulut dia. Now bila nak tuntut balik kemain sombong lagi dengan beribu alasan. Payah sangat nak mintak maaf. Dengar citer masa biz tgh sedap, dia spend money like theres no tomorrow. Rumah baru, kete baru, designer handbags, so on.. now mcm dah melingkup. Hutang pun byk. Tu pun masih lg biadapppp!

Haishhhh harapnya dipermudahkan la dia utk setel hutang meols wlpn ibarat menanti bulan jatuh ke riba. Sedih la bukan senang nak kumpul duit zaman jibby ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Princess_Archer replied at 3-1-2018 09:28 PM
Cerita pasal hutang ni boleh buat lemah jantung. Hahahaha

Ada seorg member ni sangat suka berhuta ...

Manusia mcmni pon ada ke? Aiyohhhhh
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-1-2018 09:06 AM | Show all posts
Oct 25, 2017

Hutang Along? apa nak buat?
(cara selesai masalah hutang Along)

Ada ahli surau nampak warak, alim, bila kita borak dari hati ke hati, tajuknya ke arah nak pinjam duit, kitapun bagi, siap buat surat saksi sebab pinjam jumlah agak besar, lepas tu bila sampai tarikh janji nak bayar, katanya tak ada duit.

Siasat punya siasat, rupanya ada masalah dengan ALONG.

Ada lima Along dia pinjam, jumlah pinjaman tak sampai RM10 ribu, tapi dah bayar RM20 Ribu dan ada lagi baki hutang bunga Riba RM 20 ribu.

Lebih tragis, kad ATM nya Along pegang, setiap minggu bunga RM1500 kena bayar, dan dia selalu pinjam duit jiran jiran untuk makan.

Jadi dia buntu nak selesai masalah hutang yang menjerit leher, sungguh orang beriman sepatutnya tak akan buat dosa sama berulang kali, dan dia nampak kurus, muka susah hati, dan katanya nikmat tidur dah takde.

Waktu aku borak dengan dia, ada kereta pusing pusing depan rumah dia siap bunyi Hon, lepas kereta tu pergi dia bagitahu itulah Along, sekarang Along tu call tapi dia tak jawab phone. Aku suruh report Polis dia takut sebab Along ada ugut dia katanya.

Jadi hari ni aku call PPIM. Dan aku share info ini supaya korang yang ada masalah ALONG boleh selesaikan masalah dengan tenang dan berhikmah. Bunuh diri bukan jalan penyelesaian sebab nyawa kita milik Allah, bila kita 'rampas' milik Allah dengan bunuh diri berkumungkinan besar kena azab dengan  api neraka selamanya- Nauzubillah!

CARA BERTINDAK

    Buat report Polis dan bagitahu jumlah hutang Along dalam report, jika ada ancaman bunuh dan sebagainya, tulis dalam report, jangan takut ugutan Along, takutlah Allah, jika mati ketika bertaubat dan berusaha menyelesaikan masalah, boleh dikira mati dalam keadan jihad, jadi beranikan diri report polis.
    Waktu Along Call, cuba rakam sebagai bukti, jika ugut ikut whatsapp, simpan ugutan itu, tapi biasanya melalui rakaman, rakam dan rakam, jika takde takpe, boleh cerita dulu dalam report polis.
    Dah siap report, call No ini: 013-3071 999  atau ini,  019-3458 44403 atau ini, 4257 7222  dan ini 03-4256 6618
    Pejabat mereka dekat KL, berhampiran Pusat Tahfir terbakar itu hari, alamat detail:


Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur

    Bila call, mereka akan bagi tarikh untuk jumpa dan bincang, bawak RM50 untuk daftar ahli, dan setiap Along akan di cas RM30, dalam kes kawan aku ni, beliau akan dikenakan cas RM150- jangan cakap cas ini mahal sebab Riba Along ribu ribu korang sanggup bayar, cas perkhidmatan nak komplen pulak, adohai..
    Bawak segala butiran berkaitan Along tu, bawak report polis dan paling penting No telefon Along.
    Lepas tiga hari mereka akan bertindak dengan cara hubungi Along untuk bincang dikurangkan Riba dengan jumlah yang lebih logic dan masuk akal. Bila dah setuju korang akan bayar duit pada PPIM dan PPIM akan bayar pada Along, hujung sekali baru korang bayar cas perkhidmatan mereka 10 peratus, boleh bayar ansur ansur dan penting, cas perkhidmatan PPIM takde Riba!!


Kesimpulan:

Jadi bertindaklah, menangis tak selesai masalah, hutang adik beradik nak tutup lubang riba pun tak selesai masalah! Bertindaklah, report dan oergi kerja cari duit, harta yang sedia ada jual dan gadai, jangan susahkan orang. Bunuh diri tak menyelesaikan masalah dan akan menyusahkan anak bini, cukuplah susah masa hidup sebab jika bunuh diri, matipun lagi susah, Allah cerita dalam Al-Quran, ramai orang yang dah mati nak hidup semula kalau diberi peluang untuk beramal soleh. Jadi ketika kita masih hidup ni, kena hargai waktu hidup dengan tambah peluang buat amal dan pahala. Tambah peluang untuk taubat dari semua dosa.

Ujian hidup ni banyak, ada yang cacat, gila, pesangan gila, anak cacat, anak gila dan sebagainya, jadi ujian korang sekarang ni ada hutang keliling pinggang, just akui kesilapan yang lalu. Bertaubat dan go on! Siapa berusaha keras untuk bebas dari hutang, hidupnya lebih mulia dari putus asa dan bunuh diri. Andai korang mati dalam jihad bebas hutang ini, mati begini jauh lebih mulia dari mati menangis berputus asa.

Aku ulang, menangis tak menyelesaikan masalah sebenar. Dah habis menangis karang, pergi keluar rumah dan carilah rezeki untuk membayar hutang-hutang tersebut. Ada rezeki untuk orang yang berusaha dan bertawakal.

Susah dalam hidup ini adalah normal, ujian tanda Allah sayang, sebab tu Nabi-nabi yang Allah sayang, semuanya diberi susah lebih daripada kita. Itu ujian dari Allah untuk tingkatkan darjat kita supaya kita jadi orang yang lebih baik di dunia dan akhirat. Setiap Ujian yang datang akan menjadikan kita lebih layak masuk syurga  kalau kita hadapinya dengan betul dan sabar, insyaAllah.

Susah-susah kita pun, masih lagi ada tempat berteduh, masih ada makanan untuk hidup, masih sihat tubuh badan dan yang paling penting, ada anak bini yang sanggup sehidup semati, jadi susah hanyalah apa yang bermain dalam fikiran dan perasaan sahaja.

Ingat pesan kereta mayat:

Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini.

Atau,

Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini.!

Sekian. Takde Woha untuk entry ini. Bertindaklah!

Ps: rujuk hadis Nabi: Jika semua manusia berkumpul nak bagi kesusahan pada kita, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan, dan jika semua manusia berkumpul untuk bagi kesenangan pada kita mereka juga langsung tidak boleh berbuat apa-apa kecuali apa yang Allah telah tetapkan, inilah tauhid!"

Posted by Hamka Kereta Mayat
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang berhutang ni takde onisiatif nak bayar even rm10 sebln . Even jumpa pun buat bodoh je macam talde hutang ...sekarang tak bagi duit kat sape 2 .. even alu yang tak berkerja sekarang  pun orang yang berhutang tetap tak nak byr ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan org suka berhutang tapiii mmg susah nak bayar..ada je alasan.Lpstu kita yang si pemberi hutang ni pulak dijadikan mcm pengemis terpaksa ingatkan bila nak bayar.Bila si kita mintak tu takleh bayar or mmg xnak bayar pn mula la deme jadikan kita musuh plk.

Time nak bhutang kemain la manis mulutnya janji sekian2 pastu dah dapat terus lupa janji.
sbnrnya prcaya atau tak kbanyakan org yg brhutang ni sbnrnya berhutang utk byar hutang. Byr utang kete,utang org lain n utang PTPTN etc.Mcm gali lubang tutup lubang la.Tp time meminjam tu nak sedebuk,time mbayar ade je alasan nk byr sikit2 la acah2 xmampu pdhl dh sayang duit nk byr utang sedebuk.

Manusia ni kadang2 xleh diramal.Arini baik esok blom tentu..lg2 klo psl duit,adik badik pn boleh bergaduh apatah lg org luar yg suka meminjam tp xreti byr.Tp hat tak reti byr tu jgk la sbnrnya ada je duit siap pegi travel sane sini,beli branded stuf tp hutang kita buat2 lupa.Pemberi utang ada hak nk mintak walau kebanyakkn kite mmg malu.Tp tu la kebiasaan penghutang ni mmg tak sedar diri reti bhutang tp xreti byr

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Father aku dari dulu tak benarkan anak2 dia hutang. Kalau boleh dapat scholarship masuk U or dia akan bayar sampai grad. Both bro & sis aku scholar. Tinggal aku (sebab tak pandai sgt) tapi bila masuk U tengok semua kawan apply PTPTN, terus rasa nak jugak ! Sbb jakun bila kawan cerita duit masuk dalam bank boleh joli (so naive) merayu2 kat bapak aku nakkkk nakk! Sempat la pt masuk for 2nd sem and merasa rm350 after a year quit study. Terus dpt surat merah from pt kena bayar 5k whataheckk !! Bapak aku cecepat bayar. Lesson learned lepas ni no more hutang. Grad kat tempat lain guna duit bapak (dia nak aku bayar dgn jadi anak yg taat, done deal!)  Hutang kereta pun 30% je. Kumpul duit separuh mati nak keluarkan kereta sbb nak depo tinggi punya pasal. Takut dengan hutang. Belum cerita psl org hutang aku lagi. Aku siap penah bagi BRIM kat housemate lagi sebab dia kencing aku psl sewa rumah. Bila kantoi janji nak bayar (almost 15k in total) bila kita tanya dia ckp you takkan faham kenapa i terpaksa buat mcm ni ehh kauuu. Ada mintak pinjam sbb nenek meninggal kat ipoh tapi selama 5 tahun aku kenal mamat tu dia mmg org kelantan sbb penah pegi lepak2 umah family dia. Ape ke hal nenek kau sampai ipoh lah badut. Tapi dah bagi pinjam pun, baru sel2 otak berhubung (lembab nawww) jauhilah hutang. Elakkan jadi penghutang atau dihutangi. Kalau nk bg tu bg ikhlas je tapi bagi yg mana kite mampooo dia nk bising lantak koo gy curi duit tabung mesjid !!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 12:27 PM | Show all posts
I pernah bagi hutang byk kali dgn kwn ni pasal kawan kan. Selalu hang out sesama. Bayar makan sekali lps tu, janji balik nnt bayar. Kite pulak, jenis segan nk mintak. Dia relaks je nampak. Lps tu, bila dh lama sgt, i pon mcm hissh x boleh ni, kena mintak jugak. Ye la, kite bukan berduit sgt pon. Bila mintak, boleh pulak dia x igt langsung berhutang. Ada jugak, time yg die dh ckp die dh bayar, padahal x de. Kite dok segan berkurun lama nk tunggu dia byr hutang. Nasib dia byr jugak. Byk kali kena mcm ni. Last2, i buat style dia pulak bayarkan dulu makan minum kat kedai, then bile dia mintak, i cakap tolak hutang lama. Masa tu, baru la igt hutang lama dia sambil mengeluh heheh. Menjadi jgk taktik ni. Tapi kan, bab org hutang dia, laju je mintak balik. Kalau i yg jadi debtor, berjanggut tunggu.

Ade jugak, kwn i yg mmg jenis mintak direct hutang die. Mmg jenis memberi hutang dia igt. time dia berhutang pon dia igt. Mmg wow la dia. Tapi bukan karakter i la nk buat mcm dia, jenis direct x berlapik mintak hutang.

Tapi, skrg mmg i & kawan2 i jenis yg saling ingat-mengingati. Dah pesan awal2 kat kedai time nk berhutang tu, jgn lupa, malu nak mintak balik hutang. Ye la, kadang2, ada jugak time kite x igt kan. So, sesama kita la igt2 kan. Skrg, mmg tenang sikit hidup rase dpt kawan yg baik mcm ni...

Dan, bile dh terkena dkt diri sendiri, i selalu igtkan diri i supaya x susahkan org lain mcm org lain susah kan i. Lagipun, dalam islam pon cakap, hutang wajib dibayar. Roh takkan naik ke langit selagi hutang x habis dibayar. Jgn pulak nanti, bile kite mati, kite tinggal hutang yg byk dkt family kite pulak. Letih la diorang nk setelkan semua hutang tu. Dah la berkabung sedih hilang kita, terkejut pulak dgn hutang kita yg bertimbun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 05:22 PM | Show all posts
Cek pantang toi org mintak pinjam duit...pantang sungguh bab nak bagi pinjam sbb diri sendiri tahu rasa susah nak dapatkan duit sebulan gaji tu...

seboleh2 nya cek elak bagi pinjam kat orang...

tapi....terbagi jugak baru ni....

janji lain...realiti lain....

tapi cek tak bagi chance...follow up kaw kaw sampai dia segan dengan cek...

so akhirnya dapatlah duit cek balik...

so lesson learned utk cek...never ever bagi pinjam duit kat orang lagi dah....

serik!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.082399s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list