Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
284
View
0
Reply

"Banyak Complaint, Nanti Saya Lantik Dia Jadi Ahli Jawatankuasa"

[Copy link]

Author: top5complete       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-10-2017 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Presiden, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi memerli luahan Tiz Zaqyah semalam sebagai satu tindakan sia-sia jika ianya hanya dilontarkan di media sosial. Menurutnya, sepanjang pihak mereka mengadakan mesyuarat, tidak pernah nampak kelibat selebriti itu hadir andai beliau mempunyai seribu satu masalah
Cakap senang, kita buat mesyuarat panggil semua pengiat seni tidak pernah nampak batang hidung pun. Kalau dia rasa berhadapan dengan masalah sila utarakan dalam mesyuarat nanti. Kalau banyak sangat complaint saya nak lantik dia jadi Ahli Jawatankuasa tahun depan. Jangan samakan kita dengan industri luar, katanya kepada m Star Online.
Kenyataan Zed itu bagi mengulas luahan Tiz semalam di Instastory yang mengkritik dan mempersoalkan fungsi seniman yang tidak memberikan manfaat dan menjaga kebajikan selebriti tempatan. Selain itu, Tiz turut mendakwa perlu berdepan dengan pemikiran skeptikal orang ramai yang sering beranggapan golongan artis tidak berpelajaran tinggi.






Tambah Zed lagi, Tiz hanya pandai mencari kesalahan orang lain sahaja tanpa mengambil tahu kegunaan kad ahli Seniman yang turut dipersoalkannya. Malah katanya, antara usaha untuk mengelak persepsi orang terhadap artis yang dianggap bodoh ialah sediakan peluang untuk artis sambung belajar peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Utara Malaysia.
Kami pasti bukan itu maksud sebenar Tiz apabila menyuarakan luahan mengenai tanggapan orang mengatakan selebriti bimbo. Rasanya apa yang lebih tepat disini adalah kelakuan selebriti itu sendiri dalam menjaga maruah industri tempatan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043772s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list