CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2988|Reply: 5

Ayo Poligami Bantu Wanita Cari Jodoh Atau Tolong Lelaki Berbini Dua?

[Copy link]
Post time 13-10-2017 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Di Indonesia diberitakan ada seorang lelaki yang “kesian”atau “prihatin” terhadap golongan wanita pertengahan umur yang belum berkahwin. Jadi apa yang dia lakukan?

Dia develop satu aplikasi smartphone atau menurut Agensi berita AFP  “a Tinder-style dating app” untuk golongan “poligamists”- iaitu lelaki yang berminat berpoligami.


Aplikasi itu percuma dan dinamakan Ayo Poligami atau ayuh poligami.

Penciptanya bernama Lindu Cipta Prayanama, berusia 35 tahun yang mendapat ilham mencipta aplikasi berkenaan setelah dia sendiri gagal untuk mendapatkan atau bertemu calon isteri menerusi beberapa dating app.


Pengasas Ayo Poligami.


“Saya hanya mahu tolong wanita pertengahan umur yang belum berkawin”, katanya seperti dilapor AFP.


Ayo Poligami dicipta untuk menemukan atau memadan (match) lelaki Muslim sama ada yang sudah berkahwin atau yang masih bujang dengan wanita yang mahu  “berkeluarga besar”.


Didakwa app itu ada 56,000 ahli sejak ia dilancarkan April lalu. Namun kumpulan  hak wanita atau  women’s rights campaigners mengkritik keras app Ayo Poligami memberi amaran terhadap “kaitan poligami dengan keganasan rumah tangga.


AFP memetk Prayana sebagai berkata berikutan kontroversi itu dia pada mulanya mahu tutup aplikasinya tetapi “bila saya tengok ramai wanita berusia 40an dan 50an yang masih dara dan belum kahwin saya teruskan app ini".






Di Malaysia bilangan pasangan Muslim bercerai meningkat menurut perangkaan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang dipetik Malay Mail Online pada tahun 2014. Malas saya nak cari latest statistics kerana mungkin bilangan itu sudah bertambah. I hope I’m wrong.

Dan Februari lalu menurut laporan Star Online pula, bilangan wanita Malaysia yang single – maknanya belum kahwin -  meningkat. Saya tidak bercadang memberi perhuraiannya.


Cuma nak tanya – adakah sesiapa yang mahu ikut jejak langkah Prayanama di Indonesia yang mahu “tolong wanita pertengahan usia cari jodoh"? Jika dilihat pada satu lagi sudut – sebenarnya tolong lelaki berkahwin atau berbini dua?

Lantas wujudkan aplikasi ala Ayo Poligami di Malaysia? Mungkin dinamakan Jom Poligami? Atau Mari Poligami atau Moh Poligami? Meh Bini Dua atau Ayuh Kahwin Lagi, itu nama agak catchy.  






Rasanya ramai lelaki yang akan ucapkan terima kasih kepada anda. Tapi bersedialah untuk dibelasah kumpulan hak wanita mahu pun NGO wanita dan sebagainya.


Dan jika anda sudah berumah tangga jangan tolak kemugkinan dibelasah isteri sendiri. Ada berani?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 04:09 PM | Show all posts
kalau xde benda ni pun dia org tahu mcam mana nak berpoligami
terpulang pd diri masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 07:29 PM | Show all posts
bosannye topik ni...
org yg teringin nak poligami pun bosan dgn topik ni..ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2017 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa nak poligami, pastu taknak dihencap, boleh la yo install app nye.. harap maklong para lobai
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 06:05 PM | Show all posts

<a href="http://google.com/">game</a>
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 06:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.547672 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list