CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1975|Reply: 18

Ditahan Polis, Wanita Mengaku sudah 23 Tahun Memandu Tanpa Lesen

[Copy link]
Post time 12-10-2017 04:29 PM | Show all posts |Read mode
sumber : Facebook Sujith Kariyawasam




Peningkatan kes memandu dan menunggang tanpa lesen sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat semakin menjadi-jadi.


Pada tahun lepas, menurut Ketua Pengarahnya Datuk Nadzri Siron, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan sebanyak 1.2 juta rakyat di negara ini yang layak tetapi tidak mempunyai lesen tersebut ketika memandu di jalanraya.


Memetik laporan South China Morning Post, tular di media sosial satu rakaman yang bertempat di Canberra, Australia mengenai seorang wanita yang ditahan polis.


Mengejutkan, ketika diarah membawa lesen apabila ke mahkamah, wanita tersebut memaklumkan beliau sudah memandu selama 23 tahun tanpa lesen.


Difahamkan, ketika kejadian wanita berkenaan sedang memandu kereta mendiang suaminya yang baharu meninggal dunia baru-baru ini.


Anggota polis tersebut yang terkejut hanya mampu ketawa dengan pengakuan wanita itu.


"Anda seorang konstabel yang baik," kata wanita berkenaan sambil ketawa.


"Saya pun tak tahu nak cakap macam mana," balas anggota polis tersebut.


Rakaman yang tular di laman Facebook sudah ditonton lebih 150,000 pelayar.- CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 04:31 PM | Show all posts
wow kentalnya beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:31 PM | Show all posts
australia ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jpj sila buat operasi di australia
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:41 PM | Show all posts
Habis, korang ingat kat mana? ingat kes ni berlaku di China ke? Korang ingat negara orang putih semua mengikut peraturan dan baik-baik semua kaa... kolot lah pemikiran korang
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:42 PM | Show all posts
Dulu jiran mak aku sampai pencen dah baru tau selama hidup tak pernah ada lesen
Yg peliknya tak pernah kena tahan , polis kesian berlemoih kerja gardener dan guard
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2017 04:42 PM | Show all posts
dah tau salah idak la dia kuar sambil memaki hamun polis mcm yg selalu jadi kat msia ni

u tau kaaaaa, saiyyyyyaa mauuuu beli makanan utk okuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:51 PM | Show all posts
peraturan kecik macam ni pun tak boleh nak ikut, macam mana nak buat hudud macam ni.....




owhhh kat ostalia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 04:55 PM | Show all posts
aku rase ramai je cm ni. just kantoi or x je
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 05:10 PM | Show all posts
mmg pun ramai yg memandu xder lesen...bila tanya kenapa tak ambil lesen? katanya malu.... ambil ujian komputer tu pon smpai 4x...pastu terus dah x dtg2 ambil ujian dgn JPJ... jadi smpai ke tua la xder lesen...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 05:17 PM | Show all posts
ikut andaian aku..kt malaysia lagi ramai
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 12:25 AM | Show all posts
hebat makcik relax je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 03:05 AM | Show all posts
Saya baru aja dapat British driving license setelah memandu 20 tahun lebih dengan international driving license dan Malaysia driving licence. Ingat kan bila saya guna British driving license..car insurance lagi murah ..rupanya naik dari £450 setahun naik sehingga £950  untuk first year dan mungkin  untuk second year. Kalau saya tau lebih baik tak perlu bagi tau kat insurance company.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
bdk2 dh abis spm 17 tahun dh bole amek lesen moto n kerete ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 11:42 AM | Show all posts
tapi
ramai maut kemalangan sebab ada lesen kereta

cume lesen ni mudahkn urusan klu ada apa2

tapi klu ada lesen, bawa cm setan pn sama tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 11:55 AM | Show all posts
Kat Malaysia pun ramai macam ni hanya belum kantoi dengan abam polis ngan jpj je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa kat Malaysia pun ramai.  Cuma nasib baik betul diorang ni tak pernah pulak kena tangkap ..ker bayo
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 01:01 PM | Show all posts
Untunglaaa memandu dah 23 tahun satu sen tak kuar duit.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 01:17 PM | Show all posts
kalau jadi di malaysia...

"apa salah saya..apa salahan saya...u apa mau saman saya..u mau apa...mau apa..." sambil rekod dan viral kononnya polis membuli mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.574138 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list