Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
123Next
Return to list New
3889
View
73
Reply

Trafik Sesak Di LDP Sepanjang 10KM, Gara-Gara Kemalangan Maut Pagi Tadi

[Copy link]

Author: CARI-LTS       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-9-2017 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Sekitar jam 6 pagi tadi, berlaku satu kemalangan maut yang mengerikan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) melibatkan sebuah lori yang membawa muatan pasir berlanggar dengan sebuah kereta, akibatnya seorang lelaki berbangsa Cina mati di tempat kejadian.


sumber :  Oriental Daily News



Memetik laporan Oriental Daily News, kejadian pelanggaran tersebut berlaku di kawasan kira-kira kilometer 22.6 Lebuhraya Damansara Puchong, iaitu depan pasaraya Tesco Puchong.


Menurut saksi, lori tersebut dipercayai hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan yang berada di tengah-tengah lebuhraya, kemudian melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan sehinggakan pemandu kereta tersebut maut tersepit di dalam kereta.


Biarpun berlaku pada pukul 6 pagi, namun disebabkan ketika itu orang ramai mula keluar untuk pergi bekerja sekaligus menyebabkan kesesakan trafik sehingga 10km.


Difahamkan, kesesakan jalan berlarutan sehingga jam 9.30 pagi.


sumber :  Oriental Daily News




Memetik laporan China Press, siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan tersebut telah mengakibatkan lelaki Cina bernama Lin Keat Kheng, 28 mati di lokasi dan pemandu yang bernama Tan Zhi Xuan, 27 mengalami kecederaan.


Pemandu lori yang berbangsa Melayu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.- CARI


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 01:51 PM | Show all posts
Allahuakbar... kesiannya. yang tak bersalah menjadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 01:57 PM | Show all posts
tak pasal yang jadi mangsa orang yg xbersalah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:12 PM | Show all posts
Bos iols masuk opis lambat arini gara2 jem accident tu, dia ckp mmg ngeri tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
iols sampai 10.30 pg td.....merebak hbis die punya je huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:18 PM | Show all posts
tadi kawan tunjuk gambar mayat tu. ngeri gila weh. dari bahagian hidung sampai kepala memang hilang. hancur.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:19 PM | Show all posts
sialnya lori
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:19 PM | Show all posts
ya Allah, kenapalah aku pergi tgok gambar tu

trauma
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:22 PM | Show all posts
ooo ni la penyebab jammed td..pkul 10 aku smpi ofis..huhuk
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:23 PM | Show all posts
eh.bukan kereta yg langgar lori ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:24 PM | Show all posts
pemandu mati ke cedera? atas kata mati bawah kata cedera pulak..
tapi ngeri betul.. hancur muka dia.
habih budak2 ofis masuk keje kul 11 hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:29 PM | Show all posts
ngerinyaaa . takziah pd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:30 PM | Show all posts
memang ngeri tengok keadaan mangsa tu..

tgk gambar kecik tu pun dapat agak mesti teruk punya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:32 PM | Show all posts
honeybucuk replied at 13-9-2017 02:23 PM
eh.bukan kereta yg langgar lori ke?

tulah baca kt berita lain, kereta tu yang rempuh lori.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:36 PM | Show all posts
malang tak berbau...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh memikir mcm mana kejadian tu tp tak boleh imagine. Tunggu pictograph kejadian dlm paper esok la  
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
lori buat hal lagi..dh le area puchong tu mmg jem ya amat bertambah2 jem lg
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:56 PM | Show all posts
kul 10.30 pun jem lagi
melarat2 sampai npe, kesas
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:57 PM | Show all posts
accdt.jpg

laju sgt kete ni rasenye
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:59 PM | Show all posts
Tengok la.
Kadang kita dah habis waspada.
Ada pulak orang lain yang mencari.
Tapi kalau dah ajal, takkan berubah sesaat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 03:02 PM | Show all posts
kalo tulis berita tak sebut bangsa tk boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 03:10 PM | Show all posts
Lorra2411 replied at 13-9-2017 02:18 PM
tadi kawan tunjuk gambar mayat tu. ngeri gila weh. dari bahagian hidung sampai kepala memang hilang. ...

kat facebook pun ada nampak tadi
tapi ada sesuatu yang pelik plak aku nampak tadi



takde yang suruh padamkan gambar...jaga aib mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 03:23 PM | Show all posts
macam sama hala je accident tu..
kalau lori masuk laluan bertentangan, tak pecah pulak devider konkrit tinggi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 03:49 PM | Show all posts
PETALING JAYA: Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dipercayai memandu laju, kata Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias.
Dalam insiden itu, mangsa Lim Ji Qin, 28, yang merupakan penumpang kereta maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori pada kira-kira pukul 6.40 pagi Rabu.
Pemandu kereta cedera, manakala pemandu bagaimanapun lori tidak mengalami kecederaan.
Megat Mohamad Aminuddin berkata, kereta tersebut dipandu di lorong paling kiri di LDP menghala ke Puchong semasa ia merempuh belakang lori.
Beliau berkata, rempuhan kuat mengakibatkan lori dan kereta terbabas ke bahu jalan.
"Ketika kejadian, cuaca dan keadaan jalan adalah baik," katanya.
Kes tersebut disiasat kerana mengakibatkan kematian disebabkan memandu cuai atau berbahaya.
Kemalangan yang berlaku menyebabkan kesesakan teruk dari Sri Petaling dan Kota Kemuning, dan Lebuhraya Bukit Jalil dari Technology Park Malaysia.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... qtiwHpm6QEi4MGTv.99

mstar cakap lain pulak...mana satu betul ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 04:15 PM | Show all posts
dia pandu lorong kiri tapi laju sgt????  kalau laju gi kanan la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.065892s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list