Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
428
View
6
Reply

Dugong Ditemui Di Kampung Laut Sim-Sim, Dipercayai Sesat

[Copy link]

Author: CARI-LTS       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-8-2017 05:51 PM | Show all posts |Read mode


sumber : mStar



Hari ini, seekor dugong "sesat" ditemui di Kampung Laut Sim-Sim di Sandakan, Pantai Timur Sabah.


Menurut penduduk Kampung Sim Sim, penemuan dugong ini adalah kali pertama mamalia itu muncul di kampung berkenaan.


Bernama melaporkan, dugong itu ditemui sedang berenang di bawah laluan Jambatan 8 perkampungan atas air itu kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.


Jabatan Hidupan Liar Sandakan telah menghantar anggota Unit Menyelamat Hidupan Liar di kawasan itu untuk melakukan pemantauan.


Satu pasukan pakar dari Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah telah menuju ke kampung itu manakala ranger hidupan liar memastikan haiwan yang spesisnya kian terancam itu selamat.


Dugong adalah salah satu mamalia laut dari spesies ordo Sirenia dengan makanan utamanya adalah rumput laut.


Dugong memiliki nama ilmiah Dugong dugon dan habitat asalnya terutamanya di perairan hangat Afrika Timur dan Australia.


Sementara menunggu ketibaan pakar marin dari Kota Kinabalu, pegawai hidupan liar Sandakan, Hussein Muin menggesa orang ramai supaya tidak mengganggu haiwan tersebut.


"ihak UMS akan menghantar penyelidik untuk mengumpul data untuk menjalankan kajian terhadap mamalia tersebut yang juga dikenali sebagai lembu laut."


Tambah beliau, dugong itu disenaraikan sebagai spesies yang dilindungi di bawah Enakmen Perlindungan Hidupan Liar 1997.- CARI




Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dugong kt malaysia tinggal 100 ekor je. Akak harap dugong ni pindah jepun. Kt sana dia org mmg displin tinggi dalam menjaga haiwan pupus. Maria ozawa suka dugong
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2017 10:47 PM | Show all posts
aduii~ sejenis haiwan lagi diancam kepupusan
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2017 08:19 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-8-2017 05:55 PM
Dugong kt malaysia tinggal 100 ekor je. Akak harap dugong ni pindah jepun. Kt sana dia org mmg displ ...

ye ke???? dorg jaga haiwan pupus je..?? yang membiak camni dia biar bunuh la ye...


Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2017 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa dirodok dolphin tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2017 09:46 AM | Show all posts
kentel replied at 12-8-2017 08:19 AM
ye ke???? dorg jaga haiwan pupus je..?? yang membiak camni dia biar bunuh la ye...

maksud akak dalam zoo jepun dik. yang ni kt laut jepun mmg dia orang bunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2017 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
d sabah ada lg... di semenanjung mampus pupus habis di area johor tu..
teringat pernah baca dlm mastika... pakcik di pulau tioman cerita... zaman dulu org tangkap dugong ni dan dagingnya di makan... bahagian apa ntah dibuat batu cincin... org sana percaya dugong ni adalah sepasang manusia lelaki dan wanita yg disumpah jd duyong (dugong)  tp yg herannya... diorang pegi makan pulak dugong tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047300s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list