Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12
Return to list New
6276
View
31
Reply

[Accesories & Hobbies] Kelas English DEWASA (Kerja,MUET,iELTS,SPM Ulangan) / Cuti Sekolah, Universiti, Kolej / Terbuka utk yg langsung tidak fasih B.I

[Copy link]

Author: AnisSophea       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 7-5-2019 10:55 AM | Show all posts

Mahu Anak Anda Pintar & Pandai Membaca Sebelum Masuk Tadika?


Perhatian Bagi Ibu Yang Sedang Mengandung Atau Yang Mempunyai Anak Dibawah Usia 5 Tahun!!!


Ketahui bagaimana mendidik anak anda menjadi anak yang pintar cerdas dan pandai membaca sejak kecil disini..
Assalammualaikum & salam sejahtera buat ibu-ibu serta bakal ibu.
Boleh dikatakan, hampir semua ibu-bapa inginkan anak mereka menjadi anak yang pintar dan cerdas. Namun, seringkali, tanggungjawab untuk mendidik anak itu, diserahkan bulat-bulat kepada pihak penjaga, nursery, guru tadika dan kadangkala ada juga yang menyerahkannya kepada orang gaji.
Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi.
Namun begitu, untuk ibu-ibu yang sudah melahirkan anak, usah risau, ianya masih belum terlambat untuk membentuk anak-anak anda untuk menjadi anak yang pintar dan cerdas.

...BACA LEBIH LANJUT >> DISINI >> https://mycambridge.blogspot.com ... pandai-membaca.html


.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-5-2019 10:52 AM | Show all posts
Past Tense

Past tense mempunyai kata kerja yang bersifat regular dan juga irregular.

Untuk regular kebiasaannya anda hanya perlu jadikan akhirannya ed.

Manakala untuk irregular, anda perlu merujuk jadual yang disediakan oleh English Page, sebagai contoh.





Present Tense

Untuk present tense pula anda hanya perlu menambahkan ing di hujung kata kerja.

Selain itu, jangan lupa untuk menambahkan s pada kata kerja yang subjeknya ialah He, She dan It.

Anda juga perlu mengingati konsep atau peraturan untuk verb to be.





Future Tense

Kami yakin anda rasakan future tense lebih mudah difahami.

Ia hanya melibatkan dua tambahan sahaja, iaitu will dan going to.

Perkataan will sudah boleh digunakan terus bersebelahan dengan subjek

Manakala going to, mestilah menggunakan verb to be yang betul.



Kelas Bahasa Inggeris Dewasa ->> http://www.MyCambridge.blogspot.com






.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-6-2019 01:11 PM | Show all posts
Cara Bagaimana Berniaga Di Shopee ? - Jana 40 Ribu sebulan !

Mungkin anda juga pernah beli barang di Shopee tu!
Tapi, rugilah kalau asyik keluar duit sahaja bila masuk dan guna apps Shopee tu!
Apa kata kita tukar dan buat duit pula dengan apps Shopee tu?
Caranya... Dengan kita jual barang dan jadi peniaga pula disitu! Website Shopee
Apa Yang Best Jual Barang Kat Shopee?.
Shopee ni lebih kurang sama je macam ebay, lelong dan juga lazada.
Ianya sebuah website marketplace! Iaitu tempat orang ramai boleh menjual dan membeli barang!
Bahasa mudahnya.. Shopee ini adalah sebuah PASAR! Tetapi secara online!

Kalau nak cerita apa yang best jual barang kat shopee ni! Memang banyak sangat kelebihan dan keistimewaannya!

Lebih-lebih lagi kalau sebelum ini, anda pernah menjual di FB atau Instagram serta menggunakan Whatsapp untuk Close Sale! Memang leceh sikit kalau guna cara tu!

Nak kena layan satu-satu customer untuk dapatkan sale!
Tapi kat Shopee, proses jualan itu jadi lebih mudah!
Tak perlu dah nak layan satu demi satu customer!

Hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga! Siap!
Kalau ada orang beli! Nanti akan dapat notification dari pihak Shopee!
Tak perlu dah 24 jam tenung handphone dan berbalas mesej di Whatsapp sebab dok layan customer yang belum tentu pun nak beli!

Apa yang paling menarik! Di Shopee ni, pelawatnya ramai! Ramai giler! Secara kasar! Bilangan pelawatnya dianggarkan seramai 21 juta orang sebulan!.. Iaitu kira-kira 700,000 orang sehari!


... BACA LEBIH LANJUT >> http://mycambridge.blogspot.com/ ... di-shopee-jana.html





.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-7-2019 10:52 AM | Show all posts
MUET : BASIC INFO yang kena tahu


enapa kena ada MUET?

          MUET ini antara syarat kelayakan untuk course degree (undergraduate) untuk masuk university sama ada IPTA atau IPTS. IPTA memang wajib ambik. PM, Datuk Seri Najib telah mewajibkan MUET sebagai syarat kelayakan untuk masuk course degree.


Muet ini ada 3 sesi setahun. Boleh tengok kalendar sini.
    > Mac
    > Julai
    > November

Requirement Band MUET untuk course degree



   Band MUET


Makin tinggi band, makin bagus markah MUET.



   Komponen MUET





         Selalunya MUET ini dia asingkan 2 hari. 1 hari untuk Speaking test sahaja. 1 hari lagi untuk semua writing test (Listening, Reading, Writing). Jangan risau, nanti kat slip muet akan diberitahu tarikh & masa ujian. Contoh gambar slip muet klik sini. Macam dalam gambar, tempat test (test centre) pun akan diberitau.



   Perkara basic perlu ada sebelum ujian MUET

    Print siap-siap slip MUET dari link ini dan kena bawa untuk setiap kali peperiksaan.
    IC dan kad matriks kena bawa juga
    Alat tulis (untuk semua writing test)





   Perkara basic lain (I wish somebody told me before I took MUET)

    Kena pakai baju yang sesuai. Kasut bertutup. Laki baju berkolar. Pakaian yang sopan dan sesuai.                                                                                                                                                      
    Untuk speaking test, alat tulis pensil, pemadam dan kertas disediakan. Speaking test sahaja!                     
    Untuk semua komponen writing test (Listening - Reading - Writing), jarak masa dari satu test ke test yang lain tak jauh, jadi pepandailah bawa air masak secukupnya. Biskut ke roti ke untuk makan kalau lapar. Pastikan tidur kena cukup baru dapat jawab power ye tak?                                      
    Pakai jam walaupun anda membencinya. Datang awal sebelum waktu yang dia tulis terutamanya Listening. Lambat datang listening, dia takkan ulang semula rakaman suara untuk kita. Untuk test centre yang jauh, rancang perjalanan supaya tak terlambat.                                         
    Untuk listening test, akan ada kuarantin sebelum masuk bilik yang lain. Gunakan masa ini untuk berkenalan dengan candidate group kita dan bincang untuk task B.





        800/1 - Listening      

> Boleh tengok format kertas kat buku latihan.
> Basically, dengar dan isikan tempat kosong (tapi tak semudah yang disangka)
> Perlukan banyak latihan



        800/2 - Speaking      

> Anda akan masuk dalam satu group terdiri daripada 4 orang. (Atau 3 orang kalau tak cukup)



Handphone / sebarang gajet tak boleh digunakan masa kuarantin & masa dalam bilik test speaking.


> Ada 2 task. Task A dengan Task B.

    Task A  (Individual)

Kena bercakap selama 2 minit (boleh kurang, tak boleh lebih masa) mengikut topik yang diberi (tak boleh pilih - ikut nasib). 4 orang akan dapat topik/point yang berbeza tapi di bawah tema yang sama.

Contoh soalan : What is the best present you can give to your brother?

Candidate A : Laptop
Candidate B : Money
Candidate C : Car
Candidate D : Holiday trip


Candidate A akan mula dulu. Then, B - C - D. Giliran ikut urutan huruf. Selalunya tak boleh pilih kita nak candidate A ke B ke C atau D. Ikut nasib.


# Anda akan diberi masa untuk membaca soalan dahulu
# Next, akan diberi masa untuk tulis semua point ikut topik yang diberi
# Kena catat apa yang candidate lain cakap untuk bantu diri sendiri untuk task B
# Kertas, pemadam dan pensil disediakan.

# Task A -
    Introduction (Kenalkan topik yang diberi)
    Point (Sekurang-kurangnya dua point)
    Conclusion ("In conclusion, I strongly agree.." - contoh ayat untuk kuatkan hujah)

Pastikan semuanya dalam masa 2 minit. Jangan lebih. Jangan kurang sangat. Cuba optimumkan 2 minit tersebut.



    Task B (Group)

Tiada giliran tertentu. Tentukan siapa yang akan bagi introduction dan siapa yang akan concludekan isi-isi masa dalam bilik kuarantin BUKAN masa dalam bilik speaking baru nak tentukan ye.

# Akan diberi masa untuk tulis points (Boleh guna points orang lain dalam task A)
# Boleh sokong mana-mana point
# Pastikan ada interaksi
# Maksimum masa ialah 10 minit.




        800/3 - Reading      

# 45 questions
# 90 minutes
# Objective questions (hitamkan kertas OMR - tak semudah yang disangka)
# Kena cuba skor yang ini sebab dia bawa banyak markah





        800/4 - Writing      

# 2 section. Section A & B.
# Section A ada format tertentu. Report writing essay. (rujuk buku latihan MUET)
# Pastikan patah perkataan (150-200 words ONLY). Jangan lebih dan jangan kurang!

# Section B ada cara tertentu. Section B Extended writing essay. Selalunya argumentative essay.
   Introduction
   Content - Min 3 Main Point
   Conclusion
# (minimum 5 paragraph, 350 words). Pastikan lebih 350 words ya!



...Baca post pasal tips-tips nak skor MUET band 3 ke atas ->> http://MyCambridge.blogspot.com




.








Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-8-2019 11:25 AM | Show all posts
Kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan MUET. Adakah anda kini sedang berada di dalam keadaan rungsing memikirkan tentang peperiksaan MUET yang akan hadapi tidak lama lagi?

Maklumlah, peperiksaan MUET ini mungkin salah satu perkara yang terpenting di dalam hidup anda. Ianya akan menentukan sama ada anda akan berjaya untuk menyambung pelajaran ke IPT atau tidak?, atau ia juga akan menjadi tanda penentu bahawa sama ada anda layak atau tidak untuk dinaikkan pangkat di tempat kerja anda.


Pada tahun 2015, seramai 183,631 calon telah menduduki peperiksaan MUET, tetapi malangnya, hanya 0.05% sahaja yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang (Band 6). Sebahagian besar, hanya mendapat Band 3, dan bakinya, memperolehi keputusan yang kurang memuaskan.

Keputusan yang kurang memuaskan ini akan menyukarkan anda untuk memperolehi jurusan yang anda idamkan di Universiti. Keputusan untuk kenaikan pangkat di tempat kerja mungkin perlu dipertimbangkan semula oleh pihak atasan apabila melihat keputusan peperiksaan MUET anda yang kurang memuaskan. Mahu atau tidak, anda terpaksa mengambil sekali lagi peperiksaan MUET dan ianya akan mengambil masa anda selama 6 bulan lagi.


...Baca teknik yang betul menjawab MUET disini >> https://mycambridge.blogspot.com ... periksaan-muet.html




.





Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-9-2019 01:30 PM | Show all posts
CARA MEMBINA AYAT DALAM BAHASA INGGERIS


Dalam catatan-catatan yang lepas kita telah mempelajari tatabahasa secara asas. Ini termasuk punctuation mark tanda bacaan, word class kelas perkataan, phrase frasa, sentence ayat dan sebagainya. Walaupun kita belum mempelajarinya secara terperinci, saya rasa ada baiknya jika kita bincang cara membina ayat dahulu. Saya percaya bahawa mempelajari cara membina ayat diperingkat awal boleh membantu dalam memahami pelajaran tatabahasa dengan lebih mudah. Selain itu, saya percaya bahawa ia boleh juga membina keyakinan diri untuk mempraktikkan apa yang dipelajari, sekali gus membolehkan perbualan dilakukan secepat mungkin, insya-Allah.
Dalam Bahasa Inggeris, membina ayat dipanggil sentence construction. Berikut adalah perkara-perkara mengenai sentence ayat yang telah kita bincang sebelum ini. Sentence hendaklah:

    Bermula dengan capital letter huruf besar.
    Di akhiri dengan full stop tanda titik(.), question mark tanda tanya(?) atau exclamation mark tanda seru(!).
    Menggambarkan subject subjek dan predicate predikat. Predicate mengandungi verb kata kerja dan boleh juga mengandungi object objek.
    Mengandungi clause klausa. Simple sentence Ayat mudah mengandungi satu clause manakala compound sentence ayat majmuk dan complex sentence ayat kompleks mengandungi dua atau lebih clause.


Persoalannya sekarang adalah "bagaimana caranya nak bina ayat?". Katakanlah kita ternampak seorang lelaki yang telah mencuri sebuah kereta dan kita ingin menceritakan hal ini kepada kawan kita. Berikut adalah langkah-langkah membina ayat untuk cerita kita:

Langkah 1: Tentukan subject subjek
Lazimnya subject adalah orang atau sesuatu yang melakukan aksi. Dalam cerita kita subject adalah:

    A man Seorang lelaki


Langkah 2: Tentukan verb kata kerja
Verb adalah aksi yang dilakukan oleh subject (atau pun keadaan subject itu). Dalam cerita kita verb adalah:

    stole telah mencuri


Langkah 3: Tentukan object objek
Object adalah seseorang atau sesuatu yang terlibat dalam aksi tetapi tidak melakukan aksi itu. Dalam cerita kita object adalah:

    a car sebuah kereta.


Dengan tiga langkah di atas maka kita telah membina ayat yang mengandungi subject, verb dan object. Oleh itu, ayat (atau cerita) kita akan berbunyi seperti berikut:

    A man stole a car. Seorang lelaki telah mencuri sebuah kereta.


Kita boleh tambah maklumat mengenai subject (A man Seorang lelaki) dengan menggunakan adjective kata sifat, contohnya perkataan young muda. Ayat kita akan jadi seperti berikut:

    A young man stole a car. Seorang lelaki muda telah mencuri sebuah kereta.


Kita boleh juga tambah maklumat pada object (a car sebuah kereta) dengan menggunakan adjective kata sifat, contohnya perkataan big besar, menjadikan ayat kita:

    A young man stole a big car. Seorang lelaki muda telah mencuri sebuah kereta besar.


Kalau kita ingin menggambarkan cara dia mencuri kereta itu maka kita boleh menggunakan adverb kata keterangan, contohnya perkataan easily dengan mudah, dan ayat kita akan berbunyi:

    A young man easily stole a big car. Seorang lelaki muda dengan mudahnya telah mencuri sebuah kereta besar.


Begitulah seterusnya kita boleh menjadikan cerita kita lebih menarik dengan menambah lagi perkataan-perkataan dari berbagai kelas perkataan seperti yang ditunjukkan di bawah:

    Noun Kata nama - Merujuk kepada nama seseorang atau sesuatu.
    Pronoun Kata ganti nama - Menggantikan noun untuk mengelakkan penggunaan noun berulang kali.
    Article Kata sandang - Mengkhususkan atau mengumumkan seseorang atau sesuatu.
    Adjective Kata sifat - Memberi keterangan mengenai orang atau benda.
    Verb Kata kerja - Menggambarkan aksi, perbuatan atau keadaan.
    Adverb Kata keterangan - Mengubah sedikit maksud verb.
    Conjunction Kata hubung - menyambung perkataan atau ayat.
    Preposition Kata sendi nama - Menghubungkan satu perkara kepada perkara yang lain.


Jika kita meneliti dengan betul maka kita akan sedar bahawa ayat yang telah kita bina di atas adalah jenis simple sentence ayat mudah iaitu ia mengandungi satu independent clause klausa bebas. Dengan kata lain, ia mengandungi satu aksi (atau verb kata kerja). Kita boleh juga menambah aksi dengan mengatakan bahawa orang yang mencuri kereta itu kemudiannya memandunya pergi, seperti berikut:

    A young man easily stole a big car and he drove off. Seorang lelaki muda dengan mudahnya telah mencuri sebuah kereta besar dan dia memandunya pergi.

Kini ayat kita telah menjadi compound sentence ayat majmuk iaitu ia mengandungi dua independent clause klausa bebas yang telah disambung dengan coordinating conjunction kata hubung setara iaitu perkataan and dan.

Seterusnya kita boleh menambah aksi lagi dengan mengatakan pencuri itu ternampak polis seperti berikut:

    A young man easily stole a big car and he drove off after he saw the police. Seorang lelaki muda dengan mudahnya telah mencuri sebuah kereta besar dan dia memandunya pergi setelah dia melihat pihak polis.

Ayat kita di atas sudah menjadi complex sentence ayat kompleks kerana ia mengandungi dependent clause klausa pautan iaitu after he saw the police setelah dia melihat polis. Perkataan after setelah adalah dari kelas subordinating conjunction kata hubung tak setara yang menjadi penyambung dependent clause klausa pautan kepada independent clause klausa bebas.

Cara membina ayat yang telah dibincang di atas adalah dalam peringkat asas. Semoga ia dapat memberi keyakinan kepada kita dalam memahami struktur ayat-ayat dan perbualan Bahasa Inggeris.



...TUISYEN MUET & IELTS EXPRESS -> http://MyCambridge.blogspot.com





.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-10-2019 10:47 AM | Show all posts
sijil MUET.. hanya laku untuk 5 tahun sahaja


kepada rakan-rakan yang sedang menghadapi peperikasaan-peperiksaan.. 'good luck' dan 'do the best' saya ucapkan. Saya juga sedang sibuk membuat persiapan sebelum menghadapi peperiksaan akhir kursus pada minggu hadapan, dan peperiksaan final semester dalam pertengahan bulan lima ini.. rasa berdebar-debar pula..

Pasti ramai yang sudah tahu apakah maksud disebalik perkataan MUET.. MUET is standing for Malaysia University English Test, dimana setiap pelajar yang belajar di Malaysia untuk mendapatkan ijazah hendaklah mendapatkan sekurang-kurangnya band 3 dan ke atas dalam peperiksaan ini. Tetapi apa yang saya ketahui, terdapat juga beberapa course yang tidak memerlukan sijil MUET untuk melayakkan mereka memperoleh ijazah.. Cuma saya tidak berapa pasti course apa yang dikecualikan..


Apa yang saya hendak maklumkan di sini ialah, tahukah anda sijil MUET sebenarnya hanya laku dan boleh diguna pakai untuk lima tahun sahaja!! Saya telah difahamkan oleh salah seorang lecturer saya tentang pernyataan ini. Actually pada mulanya saya tidak berapa pasti tetapi setelah ditekankan berulang kali, hendak atau tidak maka terpaksalah saya  repeat resit semula paper ini.. Saya harap jika rakan-rakan ada informasi sebenar tentang MUET bolehlah berkongsi nanti.

Even sebelum ini saya telah ambil peperiksaan MUET ketika di matrix, tetapi jika dicongak tempoh pembelajaran saya di maktab selama lima tahun setengah ( setahun setengah = foundation, 4 tahun = ijazah ), tarikh saya digraduasikan telah melepasi due date sijil MUET, nak tak nak kenalah ambil lagi.. sebenarnya bukan apa, saya agak tertekan la nak ambil MUET ni, dah ler banyak lagi fokus study yang perlu saya utamakan, tetapi sekarang ini saya kena bersedia pula untuk MUET..


Yang lebih menyukarkan saya adalah, fokus study kini saya lebih tertumpu kepada Bahasa Melayu, jadi setelah lama meninggalkan writing dan reading comprehension, ini membuatkan saya agak terkesima, terkejut, tersedak dan ter ter lagi la untuk bersedia MUET. terus terang saya nyatakan di sini, adalah satu kesilapan bagi saya kerana meninggalkan begitu sahaja pembelajaran formal Bahasa Inggeris.. kerana pembelajaran bahasa mestilah berjalan secara berterusan supaya penguasaan bahasa itu semakin kukuh dan bertambah maju. Tapi apa kan daya, kini saya seolah-olah perlu merangkak semula untuk mengingati semua pembelajaran saya dahulu.


Dalam peperiksaan MUET, terdapat 4 paper yang perlu diambil, iaitu ; Reading Comprehension , Writing, Listening and Speaking.. Bagi saya kelemahan yang paling ketara yang dapat saya kaji adalah dari segi writing dan listening. untuk menjawab paper Writing, penguasaan bahasa dan gaya penulisan harus dititikberatkan terutamanya dari segi grammar dan vocabulary.. selain itu kemahiran menganalisis dan menginterprestasi jadual atau carta perlu dikuasai agar gaya penulisan bertepatan dengan kehendak soalan.


Namun yang paling lemah untuk saya adalah part listening. Agak mengecewakan paper listening saya pada 24 April 2010 yang lepas kurang memberangsangkan gara-gara kesilapan audio dan kekurang jelasan alat auditori saya.. Terdapat 3 part dalam listening, tetapi bagi part kedua dan ketiga, saya rasa macam tak faham dan tidak jelas  apa-apa. Slanga dan dialek yang diperdengarkan oleh audio terlalu berdengung dan berbeza dengan sebutan biasa. Contohnya bagi perkataan ' fire, fire '.. saya pun tidak tahu mengapa telinga saya dengar 'bang, bang'.. sedangkan saya dah memastikan telinga saya suci lagi bersih dari segala halangan. malah rakan saya juga mendengar perkataan selain daripada di atas iaitu ' pear, pear '.. jadi kiranya telinga saya ni masih berfungsi secara normal.. hehe.. pasti pemeriksa akan tergelak bila melihat jawapan yang berbagai ragam daripada rakan-rakan yang mengambil MUET kan



Tuisyen MUET seluruh Malaysia >> http://www.MyCambridge.blogspot.com



.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-10-2019 09:48 AM | Show all posts
Aku berumur 20,aku seorang yang cintakan negara.Aku minat dan sayang pada bahasa Malaysia dek kerana bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi negara kita.Aku juga peminat tegar pada sejarah negara,dunia.

Selapas tamat SPM aku dapat A+ dalam subjek BM manakala SJ aku dapat A . sedih la juga time ni sebab SJ A jaa .. Tapi tak apa . rezeki Allah.Semua subjek yg aku ambil aku peroleh credit manakala 1saja subjek aku dapat D tak credit iaitu bahasa Inggeris .

Bermulalah episod duka dalam hidup aku. Lepas SPM aku ditawarkan Maktab Peguruan .Semua sesi aku lulus sehinggalah sesi terakhir iaitu sesi speaking .Masa tu aku kaku. Keputusan keluar aku gagal. Hancur hidup aku sedih semua ada.Aku berharap sangat dapat maktab .Aku nak jadi cikgu wehh ,apakan daya Allah penentu segalanya.

Dari zaman sekolah aku belajar english tahap gila.Waktu rehat dulu aku akan pergi bilik guru jumpa mana-II cikgu english untuk rujukan.Aku manfaatkan masa sebaik mungkin.aku beli buku english.Ada juga buku yang dihadiahkan oleh guru english pada aku kerana mereka lihat aku betul betul nak belajar english.

Aku pun tak tau kenapa aku tak pandai english.Macam macam dah aku buat untuk pandai english.Aku jeles lahh juga tengok orang dok speaking depan aku.Dunia sekarang kena pandai english baru senang dapat kerja. Haihh. Lagi buat aku gusar lerrr. Masa apply U pun aku dapat kos biasa2 sebab bi aku tak kredit.semua sangkut sebab bi.

Aku ada minta kerja kat satu hotel. Kebetulan hotel tu 5bintang.Aku sedar bi aku teruk. Tapi x apa lah . aku sekadar nak mencuba memandangkan aku jobless.Aku pergi lah interview .Masa interview tu lelaki yang interview aku.Lelaki india ,apa yang buat aku kagum ialah BM dia lancar wehh dia juga buleh berbahasa Mandarin dan B.ingeris mestilah lancarkan.Kagum dan ketar jiwa aku ni sebab takut nanti dia tanya soalan speaking2 matilahh aku.

Aku bernasib baik,sebab lelaki india tu cuma tengok result SPM aku.Lelaki india tu hanya bercakap dengan aku mengunakan bahasa malaysia sahaja.Lega wehhh haha .Tetiba terus dia suruh aku start kerja beberapa hari kemudian.Maybe dia tengok muka aku nampak Nur kutt . haha

Bermulalah episod kerja aku.Guest india datang speaking aku dapat handle.Guest cina datang speaking aku dapat handle.Guest mat salleh datang ja.haha garu kepala aku wehh. Aku tak dapat tangkap apa yang mat salleh tu cakap.rapper kut haha .laju sangat .Sebutan mereka pun lancar betul, punya susah aku nak faham.Staff kat situ mula sedar kebodohan aku dalam speaking nih.

Aku sebenarnya banyak mulut.Memandangkan smua staff speaking aku hanya berdiam diri.Sampai ada yang cakap aku ni pendiam ,pemalulah .Mereka tak tengok lagi aku kat luar macam mana . Melayu sama melayu pun mereka nak speaking.biasalah standart 5bintang maybe haha.

Dan hari yang aku sedang meniap ni adalah hari ke-6 aku berkerja dan mungkin hari ini hari terakhir aku juga.Aku sedih semua hidup aku sangkut sebab BI aku teruk. Adakah perlu aku untuk berhenti kerja ?

Aku ada cerita pada seseorang,mereka cakap aku boleh belajar .Ya aku mengaku aku boleh belajar .macam sebelum ni aku belajar dari sekolah sampai lah keputusan SPM aku. Tapi tak kan bila dh masuk kerja baru aku nak belajar. Bayangkan penjaga pintu kat sana lebih pandai BI dari aku . hari ke-4 aku kerja ada seorang penjaga pintu datang dan perli akukalau nak pandai english kena baca paper ni(sambil tunjuk surat khabar yang dia pegang),anak pakcik pandai english pandai buat karangan penuh umur baru 17 aku hanya diam dan dengar ja la. Hati terasa kut.Mungkin dia cuma bagi pandangan.Memandangkan aku kerja waktu tu aku rasa lain laa. Mungkin lepas habis waktu kerja dia nak tegur pasal english smua aku tak lah terasa.

Tapi tak apalah.Mungkin nasib aku memang macam ni.Aku mula rasa nak give up dengan english.Dalam handphone aku penuh dengan apps berkaitan english .aku download,aku belajar.Tapi aku tetap blurr . Aku buleh cakap english dan bila orang cakap aku susah nak faham.Practice make perfect. Aku dah practice tapi masih tak perfect.

Pada yang membaca aku harap korang jangan jadi macam aku.Susah sangat.Belajar dan jangan putus asa.Mungkin lepas ni aku akan masuk kelas bahasa english.Doakan aku.Sesiapa yang ada pandangan ,kongsilah pada saya .
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-11-2019 10:40 AM | Show all posts
READ, READ & READ + WRITE, WRITE & WRITE

READ, READ & READ


Sekiranya anda memikirkan hobi membaca ini suatu yang membazir, anda memang silap besar. Aku ingin memberikan cadangan kepada sesiapa yang berminat untuk membaca tetapi kekurangan wang untuk membeli buku, anda boleh berkunjung ke MPH (tempat selain perpustakaan). Faham sangat kehidupan sebagai pelajar yang kita mungkin kekurangan duit untuk membeli buku yang mahal semata-mata untuk membaca. Sekiranya ada masa terluang ambil peluang berkunjung ke MPH NU Sentral untuk membaca buku yang berkaitan dengan motivasi, inspirasi dan sebagainya. Seronok kerana ada tempat duduk yang disediakan (walaupun terhad) kerana dapat membaca buku secara percuma (cuma kena luangkan masa anda sahaja).

    Kakak, you must read this.

    Kakak, these articles are good for your essay writing.

    Kakak, please read newspapers and magazines if you want to excel in your writing.

     Kakak, don't forget to cut the articles from the newspapers.

    Kakak, don't forget to study smart.

All those "Kakak, please read these and that" : resembled my childhood memories.

    Alamak kena baca lagi?

    5 minit baca, mata dah kuyu

Nampak tak pelbagai alasan untuk 'avoid reading'. Pernah tak parents anda paksa anda untuk membaca? My parents forced me to read (forced me in a good way). Pada mulanya, memang malas dan tidak suka membaca - masa zaman budak-budak dulu lah kan (Buat confession pulak dekat sini. Ahaha). Bagusnya kena paksa untuk membaca kerana lama-lama sikap suka membaca ini menjadi satu minat! Thumbs up to my parents ;)








WRITE, WRITE & WRITE



Teringat kembali detik Semester 1 ketika mengambil subjek Writing for Academic Purposes. Berdebar lain macam kerana pada masa itu jarang menulis esei. Rasanya 'skill' menulis dah berkurang sedikit. Menulis itu ibarat satu ekspresi seni. Ekspresi seni di mana kita sebagai penulis bebas melakar pandangan serta idea yang mungkin tidak sama dengan orang lain.


Yeah, writing is the hardest thing ever!

Di sini, aku ingin berkongsi 9 tips bagaimana untuk menulis esei dengan baik tanpa menggunakan ayat bombastik atau 'jargon words' (I got an A : Writing for Academic Purposes subject. Thank you Bonda Ijun (Madam Mahizun Kasiron) Sayang lebih. Hee):

    Brain-storming
    Letak tajuk di tengah-tengah kertas (Mind-mapping)
    Tuliskan Main Points anda
    Nomborkan Main Points ikut keutamaan (Pilih yang paling penting dahulu - senang untuk huraikan esei nanti)
    Tuliskan points yang anda ingin tambah untuk 'elaborate' Main Points anda
    Pastikan ada Introduction, Body and Conclusion (Overall essay)
    Tambahkan 'example' untuk setiap Main Points
    Gunakan simple sentences untuk permulaan mengarang esei (Practice makes perfect!)
    Semak 'grammar', 'spelling error', 'sentences structure'

Nampak simple tapi bukan semua orang boleh lakukan dengan baik. Sekiranya anda sering melakukan draft menggunakan tips di atas, inshaaAllah anda akan nampak rentak menulis anda dalam masa terdekat!

Ada kawan-kawan bertanya bagaimana aku boleh menulis esei dengan baik dan ini jawapannya:

    Tips yang paling ringkas boleh bagi adalah buat esei yang senang difahami, ada isi yang menarik untuk dikongsi, mencari 'own voice in writing' (kerana setiap orang mempunyai 'writing style' yang berbeza)



.....Kelas English Dewasa ->> http://www.MyCambridge.blogspot.com





.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-11-2019 10:02 AM | Show all posts
Improve ENGLISH! - Tips 4 : BERCAKAP dengan CERMIN

Ini juga antara perkara yang selalu dipraktikkan. Bercakap di depan cermin bukan sahaja dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris malah kita dapat lihat cara 'body language' kita ketika bercakap. Untuk yakin dalam sesi pembentangan, 'eye contact' itu sangat penting.


...lagi banyak tips >> http://www.MyCambridge.blogspot.com



.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-12-2019 09:40 AM | Show all posts


  

Basically nak ambil exam IELTS ni bolehlah rujuk dengan British Council ataupun IDP. Jangan malas eh nak research website diorang. Korang ni asyik nak bersuap je (oh gila tak ikhlas aku nih bagi tips). Yuran dia memang mahal. Almost RM600. Kalau tak lepas kena ambil lagi. Sebab tu kamu kena buat betul-betul jangan bazir duit untuk exam yang harga dia begitu mencekik darah ni.

Macam yang aku katakan dalam entri lepas, exam ni ada 4 bahagian. Jadi aku akan cerita pengalaman aku mahupun kawan lain dan juga tips tulus ikhlasss dari iolss untuk uolss yang manjewww sangat nihh! (eh macam marah je Sophie)


University di UK kebanyakannya mahukan band minimum 6.5 ke atas. Ada juga yang boleh terima 6.0.. Top universities mungkin mahukan band 7.0.. Jadi jangan tanya aku, tanya universiti  yang korang nak mohon tu berapa requirement untuk lepas masuk uni tu, okey.

Kadang-kadang orang yang terer English pun susah nak lepas. Sebab nak jawab pun berformat & kena pandai tackle soalan. Eh macam nak main bola pula kena tackle2.Kena jawab dengan smart gituh.

So, straight to the point. (lepas mukadimah yang panjang lebar baru nak sraight to the point Sophie??)

Untuk exam Listening:
Okay, ini mencabar. Sebab conversation dalam tape itu, speaker nya adalah dari mereka yang native speaker, maksudnya tukang cakap tu memang mat salleh with British/Australian accent. Tak mainlah speaker dari Malaysian kan. Ada 4 section dalam test ni. Sebelum sesuatu section bermula, kamu akan diberi masa untuk baca soalan.

Tips saya: Bila baca soalan dulu, ingat key words. Bila conversation bermula, sambil dengar conversation, jangan sambil tu nak baca soalan, renung je blank paper, dengar dan kaitkan conversation dengan key words. Kenapa? Secara teorinya(sebab aku baca fakta sains ok), otak kita tak boleh fokus 2 benda dalam satu masa. Kalau kamu baca soalan waktu conversation runs, kadar tumpuan kamu pada conversation itu akan berkurang. Sebab tu baca dulu sebelum conversation bermula, amek key point & fokus pada conversation, bila conversation kena pada key point, catat roughly pada kertas. Lepas tu baru letak jawapan pada tempat kosong.

Komen:
Test yang sangat annoying. Bila tak dapat tangkap rasa macam nak suruh pengawas tu rewind tape je. Hisyh!!

Untuk exam Reading:
Paragraph untuk exam reading ni english dia high standard. Jadi kamu biasa-biasakan lah baca Reader's Digest ke kan. Jawapan pula walaupun dalam bentuk objective dan rupa bentuk yang lain seperti "yes" or "No" dan "True" or "False" tetapi fahamilah bahawa jawapannya juga adalah tricky. Kadang rasa cam nak bukak kamus je sebab tak faham perkataan.

Tips saya:
60 minit untuk jawab 40 soalan sangatlah kritikal sebenarnya sebab bahasa yang digunakan adalah tinggi. 40 soalan tu tak silap aku ada 4 ke 5 section camtu. Jadi bahagikanlah masa tu dengan berapa section yang ada. Contoh: kamu ada 15 minit je untuk satu section. By hook or by crook kamu kena gak siap jawab dalam masa 15minit tu. Lepas tu teruskan pada section berikutnya jangan gatai2 nak toleh lagi. Ini soalan bentuk pemahaman. Jadi baca dulu soalan, pick up key point. Bila baca paragrapgh, sambil baca & teringat keypoint yang kamu baca pada soalan tadi, terus garis. Jangan buang masa garis pakai pembaris. Free hand je tau! Lepas tu cepat-cepat jawab soalan.

Komen: To be honest masa memang tak cukup. Takda maknanya kau nak check balik jawapan kau. Jangan termenung langsung! LANGSUNG! telah ku katakan ini kritikal.

Untuk exam Writing:
Writings ni aku rasa macam okay je. Cuma kamu kena biasakan dengan format nak menulis tu. Kena banyakkan latihan. So far rasa macam okay je. Takde benda nak complaint.Haha.

Tips saya: Jawab ikut masa yang ditetapkan. Jangan lebih-lebih nak buat ayat novel bunga-bunga. Ayat biar straight to the point, padat dan jitu, gituhh! Sila buat latihan pada buku yang ada skema jawapan so that anda faham apa yang saya maksudkan dengan format nak menulis. Lepas tu jangan tulis lebih dari words yang ditetapkan. Lagi panjang anda menulis, lagi tinggi kebarangkalian anda untuk membuat kesilapan tatabahasa etc. *kan dah bagi hypothesis pulak kan..*


Komen: Yang menjadi masalah bila topik yang keluar tu kita tak faham maksud perkataan dia apa. Selebihnya okey je.


Untuk exam Speaking:
11 to 14 minutes.Boring betul aku dapat examiner ni orang Malaysian muka ketat. Nasib baik dia luluskan aku. Phew. Sebab ada gak kawan aku yang dapat examiner memang betul mat salleh. So boleh rujuk entri sebelum ni pasal cara-cara exam speaking ni berlangsung.

Tips saya:
Masa ni banyak study dengan kawan. Dia tanya soalan, aku jawab sambil kawan tu record timing. Kadang depan skype ke. Kalau bukan dengan kawan pun aku duk dalam bilik atas katil, pandang dinding, aku yang tanya soalan, aku yang jawab depan dinding. Sebab sorang-sorang kan, nak pandang cermin rasa annoying pulak tengok muka sendiri membebel depan cermin kan. So yeahh, praktis lah aku depan dinding. Set time juga jangan terlebih masa. Kalau boleh rakam suara so that bila dengar balik boleh identify tang mana grammar kita silap.


Komen: Jangan rumitkan kepala sangat fikir jawapan kita bagi tu betul atau tak. Nama pun exam speaking, bukan critical thinking. So basically nak tengok kita boleh speak fluently atau tak. Kalau boleh jangan gagap-gagap.


Tips lain yang berguna:

1. Dengar radio yang menggunakan bahasa pengantara bahasa Inggeris. Walaupun accent Malaysian tapi takpe, telinga kita nanti pick up perkataan-perkataan dan grammar yang digunakan walaupun Manglish but it's okeh bebeh daripada kau layan Johara di Pagi Era untuk persediaan menjawab IELTS. bikin sakit perut nak gelak je.

2. Kalau awak masih bersekolah atau lambat lagi nak apply sambung belajar, rajinkan baca buku berbahasa Inggeris. Mulakan dengan Engslih yang tak berapa nak high standard sangat.

3. Bila pasang movie berbahasa Inggeris, cuba tutup sari kata berbahasa Melayu. Supaya anda peka dengan pertuturan pelakon tu.


Kalau orang tanya IELTS tu susah ke senang, susah aku nak jawab, ia bergantung pada individu lah kan. Subjective orang kata. Tapi bagi aku, ia tak terlalu susah, cuma tricky dalam masa yang sama sangatlah tak cukup masa nak menjawab. Kalau bagi masa lama bolehlah jawab dengan senang hati kan. Jadi anda perlu menjawab dengan smart, tangkas.




....Kelas English Dewasa & Al-Quran DiRumah - Tuisyen MUET,iELTS,SPM,PT3 >> http://MyCambridge.blogspot.com




.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-1-2020 05:23 AM | Show all posts
Syarat Keputusan MUET Ke IPTA

Menurut FB Rasmi UPU, keputusan MUET adalah syarat umum yang perlu dipenuhi oleh calon yang memohon kemasukan ke IPTA peringkat IJAZAH bukan untuk kemasukan ke program DIPLOMA dan ASASI IPTA.

    Untuk kemudahan pelajar dan pemohon, sila semak syarat kemasukan terkini dan program pengajian anda di IPTA di Sistem e-MAS. Adalah diingatkan yang memang perlu ada MUET untuk layak memohon di mana Syarat Am adalah MUET band 1 tetapi Syarat Khas permohonan adalah bergantung kepada program apa yang dipohon. Ada kursus yang memerlukan MUET Band 2 dan sebagainya.

Syarat MUET untuk masuk ke Universiti adalah dengan lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada tahap-tahap tertentu berdasarkan kursus-kursus tertentu. Syarat-syaratnya adalah seperti dalam jadual di bawah:


Syarat Masuk IPTA

    a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial C Band 2
    b) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM C Band 3
    c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan C Band 4

Syarat Pengijazahan

    a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial C Band 3
    b) Pengajian STEM C Band 4
    c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan C Band 5

Institusi pengajian tinggi swasta juga digalakkan melaksanakan langkah yang sama kerana pada masa kini syarat kemasukan am ke IPTA memerlukan pemohon mencapai tahap minimum MUET iaitu Band 1.

MUET mula diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada tahun 2000. Pada mulanya, calon ke IPTA hanya perlu menduduki saja peperiksaan itu untuk dapat tempat. Kini segalanya telah berubah dan ditambah baik.



....Tuisyen MUET express -> http://www.MyCambridge.blogspot.com



.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.099197s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list