PUTRAJAYA 16 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan bekas pemandu peribadi pelakon Zahida Mohamed Rafik, Noor Azman Azemi membayar ganti rugi RM200,000 dan kos RM50,000 kepada aktres tersebut berhubung saman fitnah berkaitan kehilangan wang RM200,000.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Lim Yee Lan yang bersidang bersama Datuk Dr. Badariah Sahamid dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan balas pelakon berkenaan.
Kuorum berkenaan membenarkan rayuan Zahida dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas pemandunya kerana memfitnah.
Noor Azman memfailkan saman terhadap Zahida pada 27 November 2013, berhubung satu artikel bertajuk 'Zahida Rafik Terkedu' selepas pelakon itu menuduhnya melarikan RM200,y000 selepas dia diarahkan untuk memasukkan wang berkenaan dalam akaun banknya. - UTUSAN ONLINE
"Hasnah pula semasa membacakan keputusannya berkata Mahkamah Rayuan berhak untuk campur tangan dalam kes itu kerana terdapat bukti meyakinkan untuk menunjukkan wang diperolehi Zahida dan kelakuan Noor Azman pada hari kejadian - iaitu 29 Februari 2012 - boleh dipersoalkan."