CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 2480|Reply: 12

[Dunia] Kaki mabok lpastu pukul bini dikalangan masyarakat india- Menteri India hadiah k

[Copy link]
Post time 1-5-2017 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mimiquee at 1-5-2017 02:25 PM

Kayu hadiah kahwinpariahhh



SEORANG pengantin perempuan memegang mogri dihadiahkan Bhargava. - Agensi














New Delhi: Seorang menteri di Madhya Pradesh memberi hadiah perkahwinan pelik tetapi amat berguna untuk hampir 700 pengantin wanita yang dikahwinkan beramai-ramai di Bhopal iaitu kayu pemukul untuk membelasah suami mereka jika mabuk.

Kayu dikenali sebagai mogri itu secara tradisional digunakan untuk membasuh baju, tetapi menteri terbabit, Gopal Bhargava berkata, ia berguna sebagai senjata untuk mengajar suami yang kaki botol dan enggan berubah.Malah mogri itu turut tertulis kata-kata ‘hadiah untuk kaki botol, polis tidak akan masuk campur.’








Bhargava yang juga menteri negeri bagi pembangunan luar bandar mengakui hadiahnya luar biasa dan mungkin menimbulkan tanda tanya segelintir pihak.
“Namun saya sering mendengar aduan wanita yang dipukul suami mabuk. Itu perbuatan buruk dan disebabkan itu saya menghadiahkan kayu pemukul sebagai peringatan untuk semua pihak.

“Setiap kali saya melawat kawasan pedalaman, itu aduan yang sering diterima. Wanita sering mengadu wang hasil titik peluh mereka dirampas suami untuk membeli arak. Sudahlah begitu, mereka turut dipukul.

“Saya mendapat idea ini selepas seorang wanita bertanya sama ada menggunakan mogri mampu mengubati ‘penyakit’ suaminya,” katanya.
Disebabkan itu, Bhargava menempah 10,000 mogri untuk wanita yang menjadi mangsa suami kaki botol.
Dia menganggap hadiahnya tidak salah malah dapat membawa perubahan terhadap masyarakat dalam menangani masalah alkoholisme.

“Kerajaan dan polis tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Memang ia sesuatu yang perlu diperbaiki dalam masyarakat.
“Sejarah menunjukkan perubahan paling berkesan apabila masyarakat sendiri mengambil langkah sewajarnya. Dalam kes ini, ia turut membabitkan penjualan arak haram,” katanya.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2017 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk elakkan suami minta duit isteri, why not menteri tu tubuhkan industri pengeluaran arak kos rendah?
Dan wujudkan pusat setempat untuk minum dan mabuk (m&m) yang dilengkapi pengawal keselamatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2017 02:28 PM | Show all posts
sebab tu agama islam haramkan arak...maha suci Allah
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 02:33 PM | Show all posts
kokusen naik kapaltebang minum arak pn perangai cm siyal
apetahlagi org yg duduk kt darat
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Arak mematikan kewarasan manusia.  Itupun tak boleh terfikir.  Memang hadiah yg amat bermanfaat. Hadiah kayu baseball lagi baik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sempet liat ni news gatau malu tuh laki
:

Work Hard Dream Big


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2017 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
nanti dodolbabigemok kahwin ..ku nk bg kayu ni kt bini dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2017 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kreatif gak depa ni...lucu tgk depa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2017 06:13 PM | Show all posts
PEPPERMAN replied at 1-5-2017 02:27 PM
Untuk elakkan suami minta duit isteri, why not menteri tu tubuhkan industri pengeluaran arak kos ren ...

kalau begitu - sapa nak urus  kalau ada penyakit substance misue - ketagihan alcohol?

atau penyakit berkaitan liver yg disebabkan oleh alcohol?


balik balik menyusahkan isteri jugak akaibat bergelumang benda haram.


masalah atas masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
The world needs more politicians like gopal bagrava
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2017 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 1-5-2017 02:33 PM
kokusen naik kapaltebang minum arak pn perangai cm siyal
apetahlagi org yg duduk kt darat

kokosen tulah pujaan puak pendatang pro komunis
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 09:12 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-5-2017 06:13 PM
kalau begitu - sapa nak urus  kalau ada penyakit substance misue - ketagihan alcohol?

atau peny ...

arak ni menda urban...
dah rakyat kita pun rasanya ramai yang berpegang pada keprcayaan serupa.
jadi harga mesti dikurangkan suapay lebih mudah diakses pada rakyat pelbagai latar

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2017 09:14 PM | Show all posts
patutnya bagi senapang ja biar kojol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-9-2022 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.095596 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list