View: 1627|Reply: 1
|
PERSEMBAHAN MEMUKAU AFGAN SIDES DI MALAYSIA TOUR 2017
[Copy link]
|
|
Edited by isabel at 11-4-2017 04:13 PM
Johor Bahru : Afgan penyanyi tersohor dari negara jiran Indonesia pertama kali menjejakkan kaki ke Johor Bahru bagi menjayakan konsert 'AFGAN SIDES MALAYSIA TOUR 2017' pada 8 AprIL 2017 yang lalu.
Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Afgan bersama 3 orang penyanyi latar dan band iringan peribadinya The Gandarianz memulakan persembahan bertenaga dan menghiburkan.
Kemampuan vokal Afgan diuji menerusi lagu 'Jalan Terus' yang pada beliau agak sukar untuk dinyanyikan serta menghayati lagu ciptaan Alam Urbach namum ternyata lagu tersebut dinyanyikan dengan indah sekali oleh yang memang berbakat dan begitu professional sekali.
Sepanjang konsert berlangsung Afgan begitu ceria berkomunikasi dengan baik dan sering berkongsi kisah suka duka perjalanan sesebuah percintaan. Selain peminat dari Johor Bahru, beliau juga agak kelihatan terharu dengan penghargaan peminat yang datang dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Singapura dan juga Indonesia.
Artis jemputan SonaOne yang terlibat dalam penerbitan album Sides turut memeriahkan acara konsert dengan menampilkan membawakan 3 buah lagu. Konsert berlangsung selama 2 jam itu ternyata tidak mengecewakan peminat beliau.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur IME Production yang telah mengundang CARI Malaysia membuat liputan media ke konsert tersebut.
Senarai lagu:
1. Opening
2. Rollrecoaster
3. Brand New Day
4. Katakan Tidak
5. Count on Me
6. Kunci Hati
7. Jalan Terus
8. Dia Dia Dia
9. Cinta Dua Hati / Sabar / Untukmu10. Ku Dengannya Kau Dengan Dia
11. Thinking About You
12. Bawalah Cintaku
13. X (feat. SonaOne)
14. FireFly (SonaOne)
15. Kamu Yang Ku Tunggu / Percayalah
16. KMO
17. Setia Menunggu / Terima Kasih Cinta (medley)
18. Shape of You / I Feel It Coming / Thats What I Like (medley cover)
19. Panah Asmara
20. Bukan Cinta Biasa
Artikel oleh: Nurul
Foto oleh: IME Production
|
|
|
|
|
|
|
| |
|