Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
12Next
Return to list New
4272
View
38
Reply

10 Tahun Didera Suami Ganas, Mel B Fail Cerai

[Copy link]

Author: mieymiey       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-4-2017 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Bekas anggota Spice Girls, Mel B membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa suaminya, Stephen Belafonte berkelakuan ganas sejak tahun pertama mereka berkahwin pada 2007.

Daily Mail melaporkan, Mel B mendapatkan perintah larangan daripada mahkamah selepas mendakwa Stephen memukulnya, menghamilkan pengasuh anak mereka dan memaksanya melakukan seks beramai-ramai sepanjang 10 tahun perkahwinan.

Penyanyi itu yang memfailkan perceraian dengan penerbit itu bulan lalu turut mendapatkan perintah mahkamah bagi menuntut Stephen menjauhinya serta tiga anak mereka.

Mel mendakwa ditumbuk, dicekik dan dihempas ke lantai ketika dia membuat persiapan untuk sebuah rancangan televisyen iaitu Dancing With The Stars.

Memetik laporan TMZ, Mel mendakwa bibirnya pecah akibat ditumbuk suaminya selepas rakaman Mel dengan Usher pada 2012.

Selain penderaan fizikal itu, Mel mendakwa Stephen juga menghamilkan pengasuh anak mereka serta mencadangkan mereka bertiga tinggal bersama dengan bayi dikandung pengasuh itu.

Pengasuh itu dikatakan menggugurkan kandungan dan dibayar AS$300,000.

Mel juga mendakwa Stephen memaksanya menyertai hubungan seks dengan lelaki itu serta wanita lain dengan mengancam menyiarkan rakaman video hubungan seks mereka jika dia enggan.

Jelasnya, tindakan Stephen menderanya sebagai peringatan kepada Mel bahawa suaminya itu lebih berkuasa walaupun Mel sudah berjaya.

Bagaimanapun, Stephen menafikan semua dakwaan tersebut. C MYNEWSHUB.CC

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 03:47 PM | Show all posts
lorrr..tgk kt realiti show dia dulu mcm aman2 jaaaa..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-4-2017 03:50 PM | Show all posts
tosei replied at 5-4-2017 03:47 PM
lorrr..tgk kt realiti show dia dulu mcm aman2 jaaaa..

Kan? Dalam reality show, portray imej bahagia. Tak sangka pula si Mel B ni menahan rasa hati.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya, lama tu bertahan 10tahun
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 04:30 PM | Show all posts
biar betul.. kesiannya bertahan bertahun2 utk perkahwinan bsama lelaki semacam ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Betahanla weyy..reliti show dpt duit ..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-4-2017 04:48 PM | Show all posts
hotmak replied at 5-4-2017 04:20 PM
kesiannya, lama tu bertahan 10tahun

Kesian kan? Sejak tahun pertama kahwin pun dah didera
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-4-2017 04:49 PM | Show all posts
chinta89 replied at 5-4-2017 04:30 PM
biar betul.. kesiannya bertahan bertahun2 utk perkahwinan bsama lelaki semacam ni

Mesti laki dia dok ugut macam-macam. Akhirnya dia dah tak tahan
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 04:51 PM | Show all posts
Jelasnya, tindakan Stephen menderanya sebagai peringatan kepada Mel bahawa suaminya itu lebih berkuasa walaupun Mel sudah berjaya.


gila btol..psiko sbb rasa insecure
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 05:08 PM | Show all posts
dgr rumour yg famili Mel B ni tak setuju Mel B kawen dgn mamat sbb kes pukul bekas bini dulu...  

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 06:09 PM | Show all posts
mental ke suaminya??
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 08:16 PM | Show all posts
lamanya bertahan.. dlm AGT iols tgk sheols mcm happy xde msalah.. rupa2nya dlm diam mmendam rasa.. kuat dan tabahnya sheols..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannyaaaa... tak sangka lak suaminya sheols mcm ni... dalam realiti tv ok jek..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-4-2017 06:52 AM | Show all posts
Ternyata gambar dalam socmed atau reality show semua tu tak menggambarkan diri/keadaan yang sebenar. Kita hanya memilih untuk portray imej yang positif untuk didedahkan pada umum. Sebaliknya yang negatif, hanya kita yang tahu. Kesian kat Mel B
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:47 AM | Show all posts
pya la sbr...smpi 10 thn dia betahan
muka dia iras2 nana af
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 09:05 AM | Show all posts
sorry for u mel b..
10tahun bukan singkat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 10:36 AM | Show all posts
Kenapa ye people stay in abusive relationship?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
klu betul crita ni
tahan smpai 10 thun
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 12:51 PM | Show all posts
Star_el replied at 6-4-2017 10:36 AM
Kenapa ye people stay in abusive relationship?

For sure one of the reason is kena ugut
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 02:35 PM | Show all posts
yang dlm Mel B: It's a Scary World tu propa je ke selama ni . OMG
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 02:46 PM | Show all posts
gosh! 10 years babe..
lama tuuuuu... be strong Mel B.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-4-2017 02:51 PM | Show all posts
bobok_berhabok replied at 6-4-2017 02:35 PM
yang dlm Mel B: It's a Scary World tu propa je ke selama ni . OMG

Propa kot, demi duit
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 04:19 PM | Show all posts
ganas2 si mel B ni pun ganas lg laki dia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 06:38 PM | Show all posts
aku suka tgk reality show die. sbb si mel ni jenis tak kisah anak2 sendiri rapat ngan anak2 laki die. skali tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 09:03 PM | Show all posts
Star_el replied at 6-4-2017 10:36 AM
Kenapa ye people stay in abusive relationship?

in some cases...org yg berada dlm abusive relationship ni mcm kena brainwash...die "stuck" because die x dpt nak kawal feelings kasih sayang terhadap partner die menguasai diri...die...
love is blind gituww..

tp dlm kes ni manja pun x phm..Mel B dah lame dah ade name...
she can do well even without him...i mean die org pun bukan ade kluar lagu baru ke ape tp name tetap gah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.071087s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list