CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1691|Reply: 14

Apa Nak Jadi Ni? Remaja 16 Tahun Suspek Jual Dadah

[Copy link]
Post time 26-3-2017 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan bersama 35 penyedut minuman berisi syabu di sebuah kediaman di Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching, semalam.




Foto: Harian Metro




Memetik Harian Metro, selepas menerima hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching menyerbu rumah itu pada jam 3 petang.


Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, anggaran nilai dadah seberat 6.4 gram itu mengikut harga pasaran ialah RM1,152.


Dalam masa sama, polis berjaya merampas sejumlah wang bernilai RM445 dipercayai hasil jualan dadah kepada penagih di sekitar kawasan berkenaan.

"Hasil saringan daripada kencing yang dijalankan, suspek berusia 16 tahun yang masih bersekolah itu juga positif dadah amphetamine.

"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2017 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Carik modal nk beli ip7
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 01:54 PM | Show all posts
remaja kucing menjual dadah.

advancenya dikk ko mencari duit..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 01:58 PM | Show all posts
kenapa dadah jadi pilihan bisnes? sebab sendiri menagih, sebab dah ada regular buyer..

cuba adk ni berkuli dengan tauke ikan, nanti tahu sepak terajang dan skill buat duit niaga ikan, ketam, udang.. tentu adk ni berani bisnes seafood..

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 02:11 PM | Show all posts
dh kau knpe dik..

thread sana kat IPT awam..
kat sini d rmh...


dua2 nk cari duit lebih?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2017 02:14 PM | Show all posts
chinta89 replied at 26-3-2017 02:11 PM
dh kau knpe dik..

thread sana kat IPT awam..

masalah kewangan rakyat makin meruncing sekarang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2017 02:17 PM | Show all posts
ronapink replied at 26-3-2017 02:14 PM
masalah kewangan rakyat makin meruncing sekarang ni

Rajin kerja sikit lah, bangla indon nepal boleh hidup , orang malaysia tak boleh hidup ? kerja nak complain memajang kerja tak jalan , waktu kerja pergi minum teh tarik
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
MacamMacamLa replied at 26-3-2017 02:17 PM
Rajin kerja sikit lah, bangla indon nepal boleh hidup , orang malaysia tak boleh hidup ? kerja nak ...

Bangla,nepal pon malas kt negara sendiri....malaysian pon rajin kt negara orng....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2017 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 27-3-2017 01:06 AM
Bangla,nepal pon malas kt negara sendiri....malaysian pon rajin kt negara orng....

Betul la tuh.. Sebab yang merantau ke negara orang nih selalunya yang memang betul2 nak keja cari rezeki bukan nak bermalas2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:59 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 26-3-2017 01:58 PM
kenapa dadah jadi pilihan bisnes? sebab sendiri menagih, sebab dah ada regular buyer..

cuba adk n ...

kenapa dadah jadi pilihan bisnes?sebab dia tau dia x kan kena hukuman org dewasa. dia tertakluk pada akta kanak-kanak 2001. Sek. 39A(1) tu kalau dewasa penjara minimum 2 tahun sebat minimum 3 hingga 9 sebatan. sama ada dia sendiri tau keistimewaan dia sebagai kanak-kanak atau tauke dia yg pandai. iols di sini sebulan 2 kali bersidang mahkamah kanak-kanak. sangat sadis. dadah tu jadi makanan. diaorg akan dpt perintah. x mcm kita org besar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 03:04 PM | Show all posts
Adik oh adik.. Kenapa la kau jual dadah? Kan dah kena tangkap polis..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 03:19 PM | Show all posts
Lg bagus ko tolong owner nasik lemak pondan tu berniaga dekk..untung2 dpt gaji skali services
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 03:51 PM | Show all posts
ms_furby replied at 27-3-2017 02:59 PM
kenapa dadah jadi pilihan bisnes?sebab dia tau dia x kan kena hukuman org dewasa. dia tertakluk pa ...

oh... hurm..kena gubal undang2 balik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 04:28 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 27-3-2017 03:51 PM
oh... hurm..kena gubal undang2 balik ni..

Budak2 yang datang mahkamah kanak-kanak tu yang kali kedua ketiga pun ada..diaorg tahu lagi x lepas 18...diaorg akan dapat perintah. kalau x jamin pun, diaorg x duduk penjara. diaorg duduk kt asrama akhlak. siap boleh lari lg dr asrama..huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 04:33 PM | Show all posts
Banyak cam tu mesti dah lama niaga baru tertangkap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.276108 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list