CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18563|Reply: 85

Pemburuan Mistik Barangan Antik--oleh theflash 21hb update PG 3 dan TAMAT!

  [Copy link]
Post time 17-1-2017 01:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by theflash at 21-1-2017 01:37 AM

Nota kaki-Kalau siapa masih ingat kisah Antik Dan penunggunya, ini kisah lebih kurang juga la,cumanya ini kisah dari pengalaman one person only.
Kawan saya sejak sekolah form 5,Roslan merupakan anak jati Lenggong. Berikut adalah cerita beliau.


Hari ni merupakan hari murung untuk aku sekeluarga,mana tak nya,Nenek aku meninggal dunia pada usia 89 tahun.
Panjang umur nenek, sempat la aku sambut Hari Raya Puasa dengan nenek.

Hubungan aku dengan nenek amatlah baik,dari aku sekolah sampai masuk Universiti sampai la aku kahwin dan dapat sorang anak,oh ya..masa aku kahwin nenek ada,siap tepung tawar.Masa tu tak silap.umur nenek 85 tahun.Steady lagi naik kereta dari Perak ke Kelantan.

Berbalik hal pengkebumian nenek,semua berjalan lancar.


Ayah aku stay 3 hari di rumah nenek. Emergency Leave.Sama macam aku.

Ok.Aku nak cerita tentang hal diri aku.Aku berkerja sebagai cikgu dan gemar mengumpul barang barang antik.Sebut je la, dari memoribilia CocaCola sampai ke seterika lama, aku akan kumpul.
Benar orang kata, hobi boleh jadi duit.

Isteri aku pun seronok la tengok aku kumpul benda macam tu. Ye la. Sekali aku jual seterika lama RM200 dah tentu dalam tangan.!Lepas la selai tudung designer ye dak?

Jadi,nenek aku memang banyak. Aku ulang memang banyakkk sangat koleksi barang lama. Dari pinggan mangkuk sampai la ke katil.almari,beg dan baju kebaya lama zaman 60s dia simpan.

“untuk kenangan anak cicit nanti” itulah kata nenek dulu.
Benar.Sekarang ni aku yang jenuh pi hunting benda klasik.

Hari kedua aku di rumah nenek, Makcik aku bagitahu aku.


“Mak Tok ada kabo kat Acu,dia nak kamu jaga barang dia,ikut suka..nak jual boleh.nak simpan pun boleh” ujar Makcik aku.
Sambil tu di baginya aku kunci.

Kunci stor nenek.
Lepas makan tengahari.Berbekalkan torchlite dan penutup mulut.aku ke bawah
( Rumah lama.bahagian dapur belah bawah,dan stor tepi jamban)

“Fuh!! Padlock nenek pun dah kira klasik,vintage habis ni!Boleh try ebay!”bisik hati dia.

Seronok Roslan bila tengok padlock jenama Corben ni ( kira rare la ni )

Daun pintu di kuak.Habuk dan sarang labah labah yang menerpa wajah Roslan
Umpama kucing mendapat ikan,Roslan terus menerus mengeledah isi stor terbabit

Hampir 2 jam dia mengeledah.Sempat di sapa isterinya, Hamidah.


“Power tak bang?” sapa Hamidah
“Bukan power lagi.Harta Karun ni !”balas Roslan.


Didalam geledahan Roslan,dia terpandang satu set tepak sirih,dan beberapa set utk perkahwinan ( termasuk set merenjis,bunga pahar etc) di buat dari solid tembaga.Dan ada beberapa keris dan parang lama.Ada made in USA,made in Brazil.(parang)


Segera dia masukkan barang2 yang dia nak belek dan nilai di luar nanti,ini kerana stor tu pakai lampu kuning,mentol kecik!

Malam nya,lepas tahlil arwah,terus Lan ke beranda rumah dan di jinjitnya kotak berisi barang2 antik tadi.

Ada radio lama.dulang,pinggan mangguk,beberapa syiling lama dan juga barang tembaga tu
.
Baru Lan perasan,barangan tembaga tu banyak,siap ada sudu garfu,pinggan,mangkuk,tekur meludah dan teko teh .Semuanya tembaga.

Segera dia amik Autosol ( sejenis pencuci barang besi macam colgate) .dia lap dan polish la barang tembaga tu.
Sambil di perhati sedara mara yang lain yang turut bersembang dengan Lan.

Esok paginya,Hamidah panggil suaminya.Dengan suara yang agak nyaring!

“Sayanggg oii!”
Tergesa Lan bergegas dari bawah rumah ke pintu dapur

“Ni apehal ada pinggan,cawan dengan teko tembaga ni bang dalam sinki? Herghhh” bebel Hamidah.

Terpinga pinga Roslan.


Aik.Aku dah simpan dalam kotak la lepas polish.


“mana?” tanya Roslan.

Sambil itu isteri nya menudingkan jari ke dalam sinki.

Ya.Memang ada satu cawan tembaga,teko tembaga dan pinggan tembaga dalam sinki.
Dan yang menarik.Ada bekas nasi.dan di teko ada serbuk kopi ( teko tembaga tu ada jaring dari dalam di tempat muncung)


“Tak kancing gigi ke sayang makan guna ni” bebel Hamidah lagi!


Roslan masih lagi terpinga2 sambil membilas barang tersebut.
Mana boleh kena air sebenarnya tembaga ni!


“Kopi boleh basuh tembaga la Kak Yong” sampuk pakcik Roslan
Andak.

“Ye la. Lain kali basuh ye sayang” sambil Hamidah berlalu


Dari hujung tangga,Andak memandang tepat muka Roslan.

Sambil Roslan mengelap barang berkenaan.
Roslan naik menuju ke kotak tersebut,dan ya.memang ada kesan di buka.
Hatinya tak sedap.

“Lan.ada benda aku nak cakap!” jerkah Andak dari belakang
Hampir melatah Roslan!


“Apa dia Andak” tanya Roslan.


“Malam tadi,aku bangun nak terkencing..masa aku nak turun tangga.tak jadi aku...sebab aku nampak ada lelaki berpakaian songket lengkap,tengah makan bersila atas lantai dapur tu!
Tapi,maksud aku,dia tak bersila betul tau. Macam terapung!
Guna pinggan tu la!” sambil Andak menudingkan jari ke pinggan dan cawan di tangan Roslan!


“Haaa! Allahuakbar! Biar betul ni Andak!” balas Roslan


“Ya.serius ni ! Yang buat aku seram..aku nampak Mak aku.Mak aku masa muda.dengan songket merah dia.kain di tutup kain batik dengan beberapa orang wanita berpakaian macam Mak tengah hidang lelaki tu. Mak pun terapung kau tau! Aku tak tahu apa yang lelaki tu makan, tahu tahu je dulang mak kau pegang ada lauk!”


Sambung Andak lagi

“Mak dah lama tau buang saka dia!”


Mak pakcik aku tak lain tak bukan NENEK la!
Dan serius.Aku tak tau pulak nenek penah berSAKA!





Bersambung
Padan muka korang
Kah kah kah



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2017 01:31 AM | Show all posts
gambo goggle
macam ni barang tembaga

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 01:32 AM | Show all posts
ni padlock corbin yang power tu
kalau ada dekat rumah meh jual kat aku

(gambo goggle)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 01:32 AM | Show all posts
ni Autosol
bukan colgate

boleh guna utk kilatkan kereta

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 01:33 AM | Show all posts
Edited by theflash at 18-1-2017 09:02 PM

Hari ini merupakan hari last aku di rumah Nenek,oleh itu kesempatan yang ada aku habiskan masa mengemas rumah nenek ( sebab dah takda orang) dan loading barang2 antik nene ke dalam kereta.

Aku sempat berborak dengan Andak pasal Nenek.
"Lama dah nenek buang 5-6 tahun lepas.Aku sendiri yg jemput Tuan Ustaz tu dari Kuala Kangsar.

" Pasal perkakas tembaga tu,ko tak payah bawak pegi Ipoh la,tinggal je dekat sini,ambik je barang yang ko nak jual je.Aku tak sedap hati la pasal benda tu.Tinggal tau!" ujar Andak

Sebenarnya,aku tak berapa terkejut bila dapat tahu hal nenek bersaka ni. Sebab background nenek masa muda..fuh penuh kot kalu buat resume!

Nenek penah menentang komunis ( pakai parang je!) ,nenek pandai bersilat,panjat pokok kelapa. Dah tu pulak pandai buat minyak urut dan urut bersalin.
Bidan terjun pun nenek penah,ya..Nenek aku penah sambut 3 pasangan bersalin,sebab nak tunggu bidan lambat,nenek aku volunteer!
Bab bab urus kebun tu nenek upah orang,tapi yang dia urus sendiri pun ada.Bab bab saka tolong jaga aku tak penah dengar pulak!

"Aku balik dulu Lan,ingat...jangan bawak ya" pesan Andak sebelum kereta nya beransur keluar dr perkarangan rumah nenek.

Aku angguk,tp aku tipu! Aku tetap nak bawak balik!
Sebab apa? Entah,aku rasa ini legasi nenek,sayang kalu di tinggalkan.Hampir semua barang antik nenek aku bawak balik.Selamat la aku memandu Nissan Navara,mmg aku sumbat habis!

-----------------------------------------------

2 minggu selepas pemergian nenek.

Ada beberapa kotak barang nenek aku tak punggah,cuma ada satu kotak tu mmg aku asingkan,sebab dalam tu ada cawan Coca Cola,F&N, tin tin MILO lama dan beberapa bekas letak rokok vintage berserta ashtray.
All this item mmg aku dah ada buyer ,Diorang memang collector tegar.Hampir RM900 jugak la aku dapat dengan kesemua barang barang tu,dalam hati nak belanja buat tahlil nenek hujung bulan or sedekah nasi kat masjid hari Khamis.

Beberapa hari kemudian..

Satu malam..
Hujan renyai di bandar Ipoh.
Aku duduk di Taman Song Choon.

Isteri aku malam tu balik lewat,ada makan makan dekat office dia.Aku malas,lagipun time tu aku sibuk dengan Sukan Bola Baling Daerah ( aku coach sekolah). Lagipun penat la.
Tinggal la aku dengan Amar ( anak aku)

Jam dah 930pm
Zila ,wife aku kol.Dia dah ontheway dari Kinta Riverfront Hotel.

Aku melayan tv,sambil anak aku dah lama di buai mimpi.

Dangggg!! bunyi benda jatuh dari atas!

Tersentak,aku cepat cepat naik.
FYI, semua barang antik aku mmg simpan dalam satu bilik yg tak gunakan, sebab rumah aku ada 4 bilik.

Bunyi tu datang dari bilik tempat barang antik!

Pintu aku kuak.Suis lampu di petik

"Astagafirullahalazim!!"
terkejut aku.
Mana tak nya.

semua barang perkakas nenek ELOK TERSUSUN DI TENGAH BILIK!

Cantik di letak .Dengan kacip,dengan gobek,dengan tepak sirih dan pinggan dan sudu.

Tindakan pantas aku.terus aku tutup lampu ,tutup pintu dan lari turun bawah!

Aku terus buka pintu dan tunggu di luar.!
Mujur la Cina jiran sebelah rumah aku ni tengah sidai kain!
Terus aku borak hal hal dunia.

Wife aku pun balik,10 min macam tu.
Aku tak cerita pun dekat dia.
Masa nak tidor,aku saja jenguk bilik tu..

Memang takda pun.Semua elok dalam kotak ( barang tembaga tu)
Selotep dia pun tak bebukak.
Aku syak perasaan aku.Maybe la...

Satu malam.masa aku tengah bersihkan dan snap picture barang3 dari rumah nenek tu,untuk aku buat jualan..
Jam 1am.hari Sabtu.
Holiday la beb


Aku ke tandas.Masuk semua ke bilik.

aku tutup pintu.sebab taknak ganggu wife/anak aku tidur
(aku suka pasang radio lama ni)

aku tutup je pintu.

Bam!!!! ada benda menghentak dinding bilik tu!!

Bam!!! sekali lagi!!

Aku terduduk terkejut.Cepat2 aku terus keluar dari bilik!

Aku tenangkan diri di ruang tamu.
Last2 aku tengok bola
Lebih kurang jam 2am camtu...

Tengah seronok melayan..
aku terdengar bunyi loceng berdecit
(bunyi macam loceng leher kucing )

bunyinya dari arah tangga.

Cing....Cing...

Serta merta tubuh aku rasa panas dan keras..
aku padamkan tv.

Mata aku tertumpu pada tangga.

(TV rumah aku,belakang tv adalah tangga)

Aku nampak kaki...dan dia turun perlahan lahan.

Ya Allah!
Zila!!
Kenapa Zila pakai macam penari Dabus??!!!!
berkata dalam hati aku!!

Suara nak menjerit tak keluar.
Mata Zila melilau.Merah dan memandang tepat pada aku!

Cing...cing....bunyi anak dabus
( alat yang digunakan dalam tarian dabus)

Aku jadi macam beku,terbaring atas sofa..melihat isteri aku meliuk2 kan tubuhnya sambil menari dabus!

( aku penah tengok tarian ni dekat Bagan Datoh masa aku kecik dulu,masa tu bapak aku bawak)

Zila menjunjung anak dabus dan menikam lengannya!!
cappp!!!cappp!!

serta merta darah memancut keluar dari lengan dia
dan yang buatkan aku terkejut adalah bila zila menikam lehernya dengan anak dabus dan matanya !!
sambil memancut mancut darah,Zila senyum ke arah aku!

Aku terpaku!
Zasss! Sekelip mata Zila melompat ke atas aku seraya menikam2 leher ,mata dan lehernya!
Berjurai darah memercik pada aku

Tanpa di sangka,Zila terus memeluk aku dan mencium aku.
Seterusnya...jujur aku cakap
aku separa sedar

maaf cakapla.aku rasa lepas tu aku bersetubuh dengan Zila.
rasa nikmat suami isteri lepas tu
aku ingat ingat lupa.tapi memang kami beromen malam tu.


Esok paginya..Zila datang mengejut di ruang tamu.

Bukak je mata. terus aku terpa Zila dan melihat tangan dan leher nya!
Zila terperanjat dengan tindakan aku!

"Kenapa sayang ni??!!" soal Zila

Memang tak da satu kesan pun!

"Takda apa" pantas aku jawab!

" tidur bawah tengok bola ke...hehehe..jahat betul ya malam tadi..dah sudaah turun..sapa ajar fourplay pakai baju hulubalang silat silat ni ha? hihihihi" rengek Zila di tepi telinga aku.

Aku ketawa sinis.
Badan mula rasa peluh.

"I buatkan sarapan dah tu,pegi mandi.sarap sama ya" ujar Zila
Aku iyakan

Kepala hotak.Mana ada aku naik atas
dan siapa pulak yang beromen sakan dengan aku?!!

Aku dah mula rasa ini punca tembaga nenek!!
Aku rasa nak hantar balik ke Lenggong esok!


bersambung!!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 01:33 AM | Show all posts
Edited by theflash at 19-1-2017 10:38 PM

Sejak peristiwa hari tu ( dabus etc), badan aku jadi lesu,penat dan kekadang aku out of focus bila mengajar di kelas. Selalu rasa seram je bila teringat.

Kadang2 aku nak tanya Zila,tapi aku takut dia takut dan kaget.Aku tahu benda ni agak serius untuk dibincangkan. Hampir 2 minggu benda tu terjadi.Aku nak hantar tembaga tu je Lenggong,tapi aku sibuk dengan kejohanan Bola Baling Peringkat Kebangsaan pulak. ( Roslan ni org kuat bola baling negeri Perak sebenarnya).
Kalau aku kol Andak, mestila kena maki.

Satu malam, aku macam biasa membelek barang barang aku,hampir 30% barang dari rumah nenek aku dah terjual.Dalam hati seronok,tp rasa seram bila terpandang kotak bertanda
'tembaga' ( aku tagging kotak sebab nak mudah,lagi satu nak elak pecah kalau masa proses angkat barang)

Segera aku bukak kotak tu,lama dah aku tak tengok sejak benda ni 'terhidang' tiba tiba. Aku belek,sama je macam tembaga yg penah aku jumpa dan beli dekat Loken Ipoh,dekat Bazar Karat JB dan beberapa antik shop even dekat Publika ada jual macam ni.

Then aku amik tempat tepak sirih tu,aku bukak.
Terkejut aku.ada sepasang anak dabus!
Aku tak buka pn benda ni masa amik dari rumah nenek.Dalam tu selalunya ada kacip,gobek dll.( alatan maka sirih)

Macam anak dabus malam tu.Aku pasang besi tu dengan loceng tu...dan sengaja aku goyang goyangkan

Cing...cing...

Seram pulak.
Then tetiba aku perasan hujung dia ada kesan merah!
Ya.aku syak darah.Dan ada sikit dekat area loceng tu.
Cepat2 aku simpan dalam bekas tu.
Esoknya aku buat keje gila
Kawan aku ada keje sebagai Doktor di hospital goverment.

Jadinya aku suruh dia test DNA. Aku bagi sample aku.bini aku ( berus gigi.sikat) dan anak aku

Hampir sebulan baru aku dapat result.
Hasil dia.Darah tu memang darah aku,wife dan Amar!

Amar? ah sudah.bila masa jadi ni?
Aku ada juga belek2 bada Amar,takda pun kesan luka.

Hati aku semakin tak sedap sejak penemuan baru ni.
Zila takda pun lesu,penat mcm aku,rilek je macam biasa,cuma aku ni.

One day.
"Sayang,dah banyak jual ke bla bla bla" Zila tanya hal barang antik nenek.
Kami pun berborak hinggalah..

"Sayang, U jadi penasihat kelab Silat ke sekarang,reti pulak u.hihihi" ujar Zila

Berkerut dahi aku,Aku la insan paling malas belajar seni pertahankan diri ni.Aduh.

"Heh. kenapa" soal aku.

"Yela, I selalu nampak U bersilat dekat bawah.kadang kadang tidor pun pakai baju silat bila I bangun kencing.pengotor tau" ketawa Zila selepas tu.

Aku hirup kopi dan pandang wife aku
Aduh.
Apa aku dah buat ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 01:33 AM | Show all posts
Edited by theflash at 19-1-2017 10:53 PM

Aku malaw dan takut nak kol Andak.Sure aku kene bambu,rasa menyesal,tapi tak guna. Weekend tu aku free,jadi aku pun balik ke Lenggong,kebetulan semua sedara mara aku ada.Dorang buat tahlil,kali ni giliran bapak aku pulak buat.

Selesai semua.
Yang bestnya.Aku tak bawak pun tembaga tu.Sebab aku rasa kalu aku pulangkan, mesti dia datang balik!
( sebenarnya aku silap bab ini.nanti korang paham)

Malam tu aku lepak dengan Andak dan pakcik aku yang lain.Macam macam kami sembang
Hal sukan,artis,politik,dan lain lain.
Aku saja korek hal nenek.Deme rilek,cool je cerita hal nenek masa muda.Memasing ada pengalaman manis dgn arwah

"Nenek pandai main dabus ke Andak?"soal aku

"Tak! Nenek kau paling tak suka Dabus,Tarian Bubu ke,Kuda Kepang ke,Makyong ke. jenis tari menari mistik ni dia tak layan.kalau joget lambak nenek kau suka la dulu!" kata kata Andak di selangi dengan hilai tawa.

Malam tu ,aku termenung.Kalau nenek tak suke dabus. Apasal aku nampak semua benda ni?

Esoknya aku ke stor belakang rumah ,stor ni lebih ke barang2 mesin rumput,barang bertukang,barang meracun,baja dll. Takda barang antik.Saja je aku jenguk.Dalam hati mana tahu ada parang lama.

Then aku terpandang satu bekas kemenyan atas para,dekat area bilah mesin rumput.
Bekas tu dari tembaga!!
Aku capai tangga.dan jengah.

Oh my. ada bekas kemenyan.anak dabus.sanggul emas( tembaga) dan beberapa mangkuk tembaga bersaiz kecil

Segera aku kutip dan sorok .Dalam hati aku nak bawak balik

(dan tindakan ni aku menyesal.)

Aku tiba di Ipoh kira kira jam 12am macam tu.Jalan jem
ada eksiden dekat Menora.

Aku sorok benda tu dalam beg sandang aku
( beg laptop,buku buku sekolah aku)

Esoknya lepas abis sekolah
aku jengah.

Terkejut aku.habis semua buku sekolah aku separuh terbakar!!
Selamat laptop aku ok!
Ada kesan kene bakar dan bila aku cium,bau kemenyan!!
Time ni aku rasa yang aku dah buat salah paling besar
Ada yang tak kena.ada yang ikut ni !
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Cik abang... petua barang berpuaka.. abg kena tanam dulu selama sebulan.. ai dulu pernah beli 1 brg tembaga kat amcorp mall.. pastu malam2 ada plak budak pompan umo lingkungan 5 tahun main bukak tutup pintu dapur umah ai.. so barang tu ai tanam setahun.. skrg dah ok dah. Kisahnya benda yang ai beli tu pernah mengambil nyawa budak tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2017 06:45 AM | Show all posts
anishacute replied at 17-1-2017 02:12 AM
Cik abang... petua barang berpuaka.. abg kena tanam dulu selama sebulan.. ai dulu pernah beli 1 brg  ...

kalau perawat Darusyifa ada yang kabo

tak payah simpan
buang je

tapi tu la
time tak kene ok
time kene tu payahhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak ada sikit mcm skeptical sket baca citer2 yg libatkan harta karun ni.  Bukan apa teringat citer si Mus bipolar tu. Hareyyy.  Mujurlah mak baca last part je.  Tu pun x abis.  Rasa nyampah.  Bleh gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 08:06 AM | Show all posts
nak follow thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 08:41 AM | Show all posts
nak lagi nak lagi... cter la!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
theflash replied at 17-1-2017 06:45 AM
kalau perawat Darusyifa ada yang kabo

tak payah simpan

Harta nenek ai 1 rumah kena buang dek kata pujangga darusyifa.. kononnya bersaka.. dah hangus 1 umah nenek ai camtu je.. biasa la sakit tua xleh bangun kadang2. nak kata meracau ke kena rasuk ke xde plak.. siap solat dan ngaji lagi walaupon x larat..e
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 01:30 PM | Show all posts
best lah flash,...mcm novel seremm..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Barang2 antik nie,memang berantu tau...jgn ambik& buat sebarangan...
Sambung laa lagi TT
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 04:54 PM | Show all posts
Nak lgi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 06:30 PM | Show all posts
Barang bersaka. Rumah arwah nenek dulu masih ada tepak sireh dan gobek sireh lama.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 09:16 AM | Show all posts
rumah mak aku banyak barang2 tembaga ni..dulu2 rajin mak aku ngilapnya...tak pasti dia beli atau diwarisi.. sekarang tak de maknanya dia nk gilap2... aku pun tak tahu mana dia simpan benda2 tu...yg pasti ada barang2 tembaga tu serupa macam gambar di atas
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 12:09 PM | Show all posts
siottt smpt lagi gelakkan org
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 12:10 PM | Show all posts
makneng replied at 17-1-2017 07:58 AM
Mak ada sikit mcm skeptical sket baca citer2 yg libatkan harta karun ni.  Bukan apa teringat citer s ...

cite mus tu sah2 menipu ke mak?

iols bc2 je tp malas nk pikir tipu ke btl


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.246431 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list