Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123Next
Return to list New
4917
View
44
Reply

Suami di Pusat Serenti, isteri bersama laki lain di rumah

[Copy link]

Author: lurvelylorra       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-12-2016 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua forumer..

Tujuan saya buka tread ni untuk minta pandangan atau cadangan untuk masalah saya ni.
Ceritanya macam nie...

Beberapa bulan yang lepas, abang saya dan isterinya telah ditahan polis atas kesalahan menghisap dadah. Selepas perbicaraan, abang saya telah dihantar ke pusat serenti selama 2 tahun manakala isterinya dibebaskan atas pengawasan selama 2 tahun. Kakak ipar saya ni tinggal di rumah mak saya bersama-sama 2 orang anaknya yang berumur 11 dan 19 tahun. Dia tidak bekerja. Anaknya yang besar sudah bekerja manakala yang kecil masih bersekolah. Segala perbelanjaan rumah dan belanja sekolah anaknya ditanggung oleh mak saya.

Setiap bulan, kakak ipar saya perlu datang ke AADK untuk membuat ujian air kencing. Berdasarkan rekod mereka, dia ni masih positif dadah. Pernah beberapa kali dia keluar rumah dan tak balik berhari-hari. Bila mak dan dia ada di rumah, dia akan berkurung di dalam bilik sahaja. Bila mak keluar, barulah dia akan keluar dari bilik.

Pada suatu pagi, mak saya keluar ke kedai. Bila balik, mak dapati pintu belakang rumah berkunci padahal masa keluar tadi mak tak kunci pun. Mak nampak ada sebiji motor di bawah pokok di belakang rumah, mak kate, motor siapa pulak tu? Mak pun masuk dalam rumah. Dari tingkat dapur mak jenguk-jenguk bilik kakak ipar, tiba-tiba mak nampak ada seorang lelaki sedang baring atas katil dalam bilik tu. Mak cepat-cepat keluar balik. Bila mak dah balik semula, lelaki tu ada kat motor yang kat bawah pokok tu. Mak pun tanya, dia dari rumah mak ke?tapi dia tak mengaku. Tapi mak tau dia bohong sebab dia pakai selipar mak. Lepas tu, mak pun marah kakak ipar. Mak cakap, kalau nak buat maksiat jangan dalam rumah mak. Kalau dia dah tak boleh tunggu suaminya, pergi tuntut cerai di pejabat agama. Dia diam je. Sejak hari tu, dia keluar rumah dan tak balik-balik. Anak-anaknya masih tinggal bersama dengan mak. Makla yang uruskan semuanya. Mak cakap, ade jugak dia balik amik baju dan keluar balik.

Boleh dikatakan, sepanjang masa mak akan berada di rumah, cuma kadang-kadang mak akan pergi KL kalau ada urusan di rumah adik-beradik yang lain. Sekarang ni mak saya berada di KL, mungkin sampai Jumaat ni. Semalam, kakak saya bagitau yang dia bawa balik lelaki masuk rumah lagi. Kebetulan, time tu anak saudara balik kampung. Dia nampak lelaki tu sedang baring di sofa tengok tv. Tak malu betul! Dala dengan bini orang, kat rumah mertua dia pulak tu! Mak pesan pada jiran-jiran, kalau nampak motor report je kat pejabat agama. Tapi, pada pendapat saya, takkanla jiran-jiran nak memerhati rumah saya tu 24jam. Tambahan pula, anaknya ada di rumah ketika itu. Memang tak tahu malu!

Kami dah tak tahu nak buat macam mana. Kami sangat berharap agak kakak ipar kene tangkap dengan laki tu dan bercerai dengan abang kami. Sia-sia kalau bila dia keluar pusat serenti nanti, disebabkan isterinya masih menagih dadah dan takut-takut dia akan terjerumus kembali.

Apa pandangan atau cadangan forumer untuk masalah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tebalnya kulit muka kak iPar tt
Kak iPar tu masih ada mak bapak x? Kalau ada, mintak mak TT bgtau smua hal dia ngan besan dia tu..aku rasa mak TT trlampau brlembut..sbb tu dia pijak kepala mak TT..taik dadah dh 1 hal..tmbah pulak 1 bala lg buat maksiat ngan jantan lain dlm umah mak TT sndiri..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-12-2016 10:44 AM | Show all posts
kuzaime replied at 19-12-2016 10:06 AM
Tebalnya kulit muka kak iPar tt
Kak iPar tu masih ada mak bapak x? Kalau ada, mintak mak TT bg ...

Mak bapaknya masih ada. Mak saya pernah bagitau kat diorang pasal hal ni. Mak bapaknya kate, die tak pernah balik ke rumah diorang langsung. Mereka serahkan pada mak saya untuk buat keputusan nak buat macam mane. Kak ipar saya ni memang degil orangnye, tak boleh ditegur langsung. Memang daripada zaman sekolah lagi agaknye perangainye dah macam tu. Mak bapaknye pun tak larat nak ambil peduli. Tapi yang saya geram sangat, diorang ni macam tak berusaha langsung serah bulat-bulat pada mak saya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 11:11 AM | Show all posts
jantan yg tala kakak ipar tt kije ape tgal mana, ntah2 geng penagih jgk.


mohon kakak ipar cerai aje ngn abg tt, pegi la bina hidup baru ngn jantang lain. abg tt semoga berubah jgn jd sampah masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Untuk keselamatan ibu, sila lah laporkan kepada pihak berwajib. Dah pandai bawak lelaki balik rumah? Dah banyak sangat berita kita baca warga tua dibunuh, dicederakan penagih. Mintak simpang ye dik. Masukkan kak ipar ke pusat. Bila abang dah keluar, kepala dah betul biar dia buat keputusan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya lah TT. Risau keselamatan mak TT. Boleh saya tahu dadah apa yg dimaksudkan?
Tukar lah kunci pintu/rumah. Cuba dapatkan bukti kalau laki tu datang ke rumah tu lagi. Gambar etc. Mungkin laki tu yg supply dadah kat kakak ipar u sekarang. Ada tak sesiapa yang boleh duduk with your mom sementara ni? Saudara lelaki if possible.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 12:26 PM | Show all posts
kalo dah tiap2 bln g buat urine test pastu result positif dadah x kena tahan ke?
ke polis amek kira cmne tu?

tt abg ko baran ke x...kang kuar serenti dpt tau cite binik skendel ngan laki lain
takut jd benda buruk je..
tau la kalo org dah otak weng ni..kang x pasal2 kena blasah smpai mati

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-12-2016 02:33 PM | Show all posts
chinta89 replied at 19-12-2016 11:11 AM
jantan yg tala kakak ipar tt kije ape tgal mana, ntah2 geng penagih jgk.

tak pasti...sebab saya tak pernah nampak lelaki tu. Saya dapat berita daripada adik-beradik lain yang balik ke kampung. tapi saya rase spesis macam die jugak tu. Kalau tak, takkanla boleh selambe duduk kat rumah orang walaupun dah pernah kantoi. Sekarang ni ada anaknya yg besar. tapi bila anaknye pergi keje, tinggalla mak sorang kat rumah. Takde sape yang dekat, kebanyakannya kerja dan tinggal di Klang valley, cuma kadangkala akan balik untuk jenguk mak. Saya sendiri risaukan perkara yang sama. Manela tau bila 22 ekor tu takde duit, takut mak saya pula yang jadi mangsa. Bila dah berani bawa orang lain masuk rumah memang dah perkara parah.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-12-2016 02:34 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 19-12-2016 11:15 AM
Untuk keselamatan ibu, sila lah laporkan kepada pihak berwajib. Dah pandai bawak lelaki balik rumah? ...

maaf, saya ni kurang arif. Kalau kes macam ni nak lapor pada polis atau Jais?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-12-2016 02:36 PM | Show all posts
chinta89 replied at 19-12-2016 11:11 AM
jantan yg tala kakak ipar tt kije ape tgal mana, ntah2 geng penagih jgk.

Inilah yg kami harapkan. Dah bgtau die suruh buat macam tu. tapi kalau die sendiri tak nak kami nak buat macam mane. Kami tak sampai hati nak beritahu abg kt pusat serenti, takut fikirannya terganggu dan buat perkara macam-macam seperti lari daripada pusat
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-12-2016 02:44 PM | Show all posts
lolen replied at 19-12-2016 12:26 PM
kalo dah tiap2 bln g buat urine test pastu result positif dadah x kena tahan ke?
ke polis amek kira ...

dia macam nie..
bila seseorang dilepaskan atas pengawasan, selama tempoh pengawasan tu dia tak boleh ditahan walaupun keputusan air kencingnya positif. Cuma, dia kena hadir untuk sesi kaunseling oleh AADK. Melainkan kalau polis buat rush dan die kene tahan, barulah boleh dihantar ke pusat pemulihan. Asalnya memang tujuan kami supaya abg dan kakak ipar dihantar ke pusat serenti, biar 22 menjalani pemulihan, tapi dah mahkamah putuskan macam tu. Alasannya, ini adalah kes pertama untuk kakak ipar. Untuk abg pula dia memang sebelum ni pernah masuk pusat pastu lari, bila kene tahan terus kena masuk penjara sebab ada kes lari dari pusat. hurm...macam tulah ceritanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
report pada orang masjid atau pejabat agama la..
so dorang boleh pantau bila-bila..
pastu suruh je mak awak tukar kunci pintu semua..
so tak de la orang boleh masuk suka suki..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahayanya..nnti kang di apa2kn pulak mak awak tu..

Moga keluarga awak dilindungi Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok anak yg sulong pun dah 19 tahun. selama belas2 tahun abg TT & kakak ipar berkawen, selama tu mereka hisap dadah? anak2 tak terpengaruh ke?

adik beradik TT yg lain tak pegi sound kaka ipar bawak blk jantan? ke itu kakak ipar sulong. mgkn mereka segan nk tegur? mak TT ni keje apa sampai bole menanggung kakak ipar & anak kakak ipar?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by munchkin at 20-12-2016 03:11 AM

1. Mahkmah tengok dua dua problem tapi ada anak
2. Pulihkan yg bermasalah teruk yakni abang you yg telah punya rekod larikan diri. Thats why lepaskan sorang penjaga dgn harapan sil boleh jaga anak dia tapi hampeh.


3. Pegi report polis ada orang asing tidak dikenali dlm rumah sebab rumah tu bukan kakak ipar you punya rumah.
4. Jangan nak harap jiran nak pi report jabatan ugama bagai, report sendiri or you tolong on behalf of your mother
5. Life mother/nenek and anak2 at stake and nak pikir sentimen abang lari/penjara. Kalau dia buat so be it dia kena penjara.

6. Jadah sebab nak jaga hati kulu kilir (2 orang taik dadah) mak and anak buah ko pulak jadi mangsa. Sil curang/taik dadah buat diam biar orang luar masuk keluar rumah. Maksiat tu 'smaller' isu berbanding stranger masuk rumah tau dak. Jgn twist kata aku sokong bla bla bla maksiat. Isu dia kini antara your mom and stranger tu. Bukan sil vs rakan curang. Dia nak kena apa2 Tidak setanding your mother's safety and security issue!

7. Kesian wont help the situation. Tough love is much needed. Kalau kena penjara penjaralah jawapannya. (Jika abang tidak dapat terima berita). Kenalah serve apa hukuman bukan sweep the problem under the carpet.

8. Dari penceritaan responsibilities being pushed around. Somebody take a stand and just be firm buat saja. sebaik saja tahu kelibat laki tu datang terus panggil polis. Jangan tunggu lagi.

Depa duduk dalam lubang hitem. In order kamu nak tolong kamu kena duduk luar lubang baru boleh menolong. Ni masing masing kesian, separuh badan masuk sekali tunggu nak ditarik masuk saja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2016 08:57 AM | Show all posts
kalau dah sampai tahap boleh mengancam keselamatan,
takleh kesian2
takut menangis tak berlagu di kemudian hari
harap tt pertimbangkan apa yg diusulkan oleh @munchkin  tu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-12-2016 09:25 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-12-2016 02:55 PM
report pada orang masjid atau pejabat agama la..
so dorang boleh pantau bila-bila..
pastu suruh je ...

baru je call pejabat agama semalam. diorang cakap, make sure orangnye ada baru boleh report. Mereka cakap, takdela orang pejabat agama kene pergi banyak kali. lepas tu, kalau ada orang lain kat dalam rumah akan kene caj bersubahat. Masalahnye, orangnye datang on off on off. Saya pun tak faham dengan prosedur pejabat agama ni..mereka kata mereka nak membanteras maksiat dan kemungkaran tapi macam tak nak buat kerja lebih je gayenye..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-12-2016 09:26 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 19-12-2016 10:30 PM
Bahayanya..nnti kang di apa2kn pulak mak awak tu..

Moga keluarga awak dilindungi Allah...

harap-harap begitulah...aaminnn...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-12-2016 09:29 AM | Show all posts
zuri154 replied at 19-12-2016 11:22 PM
tengok anak yg sulong pun dah 19 tahun. selama belas2 tahun abg TT & kakak ipar berkawen, selama tu  ...

mak saya tak bekerja tapi ada duit pencen arwah ayah. Mereka tinggal di kampung.. cukuplah kalau setakat untuk makan dan pakai,

setakat ini, kami tengok anaknye tak ambil bende tu, mungkin dah nampak contoh di depan mata. tapi yang kesiannye, anak-anak die ni macam takde motivasi, takde keinginan untuk berusaha untuk mencapai yg lebih baik, cukup sekadar apa yg ada je
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-12-2016 09:33 AM | Show all posts
munchkin replied at 20-12-2016 02:16 AM
1. Mahkmah tengok dua dua problem tapi ada anak
2. Pulihkan yg bermasalah teruk yakni abang you yg  ...

saya akan cuba call balai polis dan minta pandangan mereka pula. terima kasih di atas nasihat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.088160s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list