CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4236|Reply: 10

Jom Bikin Sendiri Sambal Ayam Penyet, Boleh Makan Banyak-banyak!

[Copy link]
Post time 24-11-2016 04:11 PM | Show all posts |Read mode


Enaknya rasa sambal ayam penyet yang sememangnya pedas dan mengancam jiwa. Ia juga sering dihidangkan bersama pecel lele yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.


Namun, masih ramai yang belum mengetahui resipi rahsia yang datangnya dari negara Indonesia ini. Maklumlah, ia bukanlah resipi asal dari negara ini, kan.


Pun begitu, masih belum terlewat untuk belajar dan membuat sendiri sambal pedas yang super enak ini. Jom cuba!






Bahan-bahan:


Sedikit minyak masak
10 batang cili merah
10 biji cili padi
10 biji bawang kecil, hiris
3 biji bawang putih, hiris
5 biji tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan bilis
3 sudu gula merah




Cara-caranya:

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing dan rangup. Angkat dan ketepikan.


Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.


Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.


Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.


Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.


Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.


Masukkan gula merah dan gaul rata.


Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. - CARI




Kredit resipi: Blog Seripayaku



Foto: Carian google
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2016 06:16 PM | Show all posts
terpaling sukaaa. boleh try jap g masak ni.perut dah kruk kruk
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pedasss tp sdpp
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
lapaaaaaaaq......!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 11:56 AM | Show all posts
dah meleleh air liur,dap nya pedas2
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 03:34 PM | Show all posts
sedapnyaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2016 05:51 PM | Show all posts
berasapppp!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 01:39 PM | Show all posts
Dah buat post lah gambar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2016 05:16 PM | Show all posts
blh try jugak nnt
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 09:40 AM | Show all posts
dapat makan dengan nasi panas je pun dah cukup ni... meleleh peluh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 02:54 PM | Show all posts
Peh berasap nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.476862 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list