JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
22751
View
19
Reply

JENIS-JENIS LIMAU (CITRUS FRUITS)

[Copy link]

Author: Ipo       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-9-2016 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Ipo at 24-9-2016 09:56 PM

Limau mempunyai banyak jenis, tempatan mahupun luar negara. Limau atau citrus ini banyak kegunaannya bergantung kepada jenis limau. Di Malaysia sahaja, terdapat lebih dari sepuluh jenis limau samada yang boleh dimakan ataupun hanya dibuat sebagai hiasan atau untuk tujuan perubatan.

LIMAU NIPIS (Citrus aurantifolia)

Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Sapindales
Famili:Rutaceae
Genus:  Citrus
Spesies: Citrus aurantifolia


limau_nipis.jpg


Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupkan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika. Limau nipis biasanya ditanam secara tut di Asia Tenggara. Di kawasan lain, bijinya digunakan sebagai benih. Limau nipis juga boleh membiak melalui kaedah cantuman tetapi jarang dilakukan.
Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.
Buah limau nipis adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm C 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Buah limau nipis mengeluarkan bau yang wangi.
Antaranya, buahnya boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kelemumur.
Buahnya juga sering kali digunakan untuk menyental dan mengilatkan kuku di samping boleh dijadikan sebagai bahan pencuci bagi menghilangkan bau badan.
Bagi suri rumah pula, buah limau nipis sudah tidak asing kerana selalu digunakan sama ada sebagai perisa masakan dan makanan.
Dalam pada itu, di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut.
Limau nipis juga banyak digunakan dalam perubatan mistik.


LIMAU KASTURI ( Citrus microcarpa)
Lima13.jpg    tv18.png
Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.
Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.




LIMAU PURUT (Citrus hystrix)
images.jpg khasiat-limau-purut-2.jpg

Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix , tanaman saka ini berasal dari Asia Tenggara dan kini ianya terdapat hampir di semua Negara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand. Tumbuhan ini kalau di barat ia dipanggil Keiffer lime ;Kafir lime, bagi orang-orang Thailand mengenalinya sebagai Bai makrut, manakala orang-orang Indonesia pula memanggilnya dengan Jerut purut,

Khasiat Limau Purut

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman. Khasiat Limau Purut yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti antikanser atau pencegah kanser, Citrus hystrix, Limau purut, melancarkan sistem pernafasan, menghilangkan bau badan, merawat resdung.

Limau ini juga sering digunakan dalam ilmu perawatan mistik.



LIMAU KERAT LINTANG ( Citrus medica)


2.jpg 6294127455_05002a56a5.jpg


Juga dikenali sebagai asam kiya di Kelantan. Limau ini diperahkan dalam masakan terutama kerabu dan juga diperah dalam budu. Limau ini juga dikatakan mampu merawat penyakit mistik dan mempunyai khasiat yang banyak. Baunya yang sungguh harum dan agak lain dari bau limau yang lain telah membuatkan limau ini terkenal di kalangan penduduk Kelantan.


Limau ini dikenali sebagai limau sundai yang digunakan dalam perawatan mistik.



LIMAU LELANG GUNUNG

limau-lelang-gunung.jpg


Limau Lelang Gunong ini sangat berkhasiat untuk ubat kanser dan Pengasih. Dan untuk kanser ada ramuan lain yang mesti di campor dengan limau ini. Limau ini hanya ada sebatang saja di Puncak Gunong. Di seluroh bahagian Limau ini. Samada daun,batang,dahan,duri,bunga,akar dan paling berkhasiat buah nya !!!.Tapi semua bahagian pokok ini bolih guna kan.Memang ada perbezaan ;


Limau Lelang biasa tiada nilai Pengaseh. Dan buah nya kecil sedikit !!!.Biasa nya Pokok Limau Lelang Gunong ini tumboh di gunong.





LIMAU LELANG LAUT (Merope angulata)


limau lelang paya.jpg    Lelang.1c.jpg


Limau ini juga dikenali sebagai limau paya kerana limau ini hanya terdapat di kawasan paya. Pokok limau ini mudah tumbuh di kawasan paya tetapi sukar sekali ditemui. Ini kerana limau ini dikatakan hanya tumbuh di perkampungan bunian sahaja. Ianya digunakan dalam perubatan mistik. Seperti limau lelang gunung, limau lelang laut ini juga digunakan sebagai ubat pengasih.




LIMAU BERI (LIMEBERRY)



902a38b0dae94f25efcd24cbd290a40b.jpg    limau lelang gunung.jpg
Limau yang diberi jolokan limau beri ini selalu digunakan untuk mencantikkan kuku.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-9-2016 10:53 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 24-9-2016 10:18 PM

LIMAU BALI (Citrus garandis)
images (2).jpg limau bali.jpg
Limau bali atau juga dikenali sebagai limau tambun (Bahasa Inggeris: Pomelo) merupakan sejenis limau besar yang banyak ditanam di sekitar Tambun, Perak.Nama saintifik bagi Limau Bali ialah Citrus Grandis (L) atau Citrus maxima juga dipanggil sebagai Pomelo, Limau Besar, Limau Abung, Limau Tambun atau Limau Betawi. la dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan banyak ditanam di Indonesia, China dan Thailand. Di Malaysia, Limau Bali banyak ditanam di negeri Perak, Kedah, Melaka, Kelantan, Johor dan Sabah.


LIMA KUMQUAT atau LIMAU PAGAR (Fortunella crassifolia)
) limau-kumquat-hong-kong.jpg limau-kumquat-meiwa.jpg limau kumkuat meiwa.jpg


LIMAU KUKU HARIMAU
limau kuku harimau.jpg    buddhahand2.jpg

Limau ini juga dikenali sebagai limau Buddha. Buah bernama tangan Buddha berasal dari China dan sekitar Myanmar. Bentuknya mirip jari tangan yang panjang dan berisi. Meskipun tak bisa dimakan langsung. Buah yang asam sedikit getir ini kaya khasiat.

Buah dengan nama latin Citrus Medica var. sarcodactylis ini memiliki berbagai macam sebutan di beberapa daerah, seperti bushukan (Jepang), tangan dewa (Jakarta), kuku macan (Aceh), dan hiong-I (China dan Myanmar). Buah ini merupakan keluarga jeruk. Pohon buah ini termasuk dalam pohon perdu yang tumbuh di semak-semak.


LEMON

petua-limau.jpg




LIMAU SUNKIST

oranges.jpg


LIMAU MADU

Limau madu.JPG    limau madu 1.jpg




LIMAU MANDARIN
1280px-Mandarin_Oranges_(Citrus_Reticulata).jpg
Limau mandarin (Citrus reticulata) atau oren mandarin[1] ialah sejenis tumbuhan sitrus kecil yang menyerupai buah oren. Kebiasaannya, limau mandarin boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai salad buah-buahan.
Menurut kajian molekular, limau mandarin, limau mata kerbau (sitron), limau bali dan papeda merupakan leluhur kesemua spesies sitrus lain dan jenis-jenisnya sama ada melalui melalui pembiakan atau penghibridan semula jadi.[





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2016 11:23 AM | Show all posts
nice info, Ipo...

kadang keliru limau nipis dengan limau kasturi. limau kasturi tiap-tiap minggu beli (guna nak hilangkan hanyir ikan dan ayam)

limau lelang gunung / laut tak pernah nampak. limau kuku harimau pun. (mahalnya sebiji). tengok macam kaki ayam je.

limau madu dapat yang manis memang best.

lemon, kita ada jenis-jenis juga kot. ada yang keras, ada yang lembut bila dipicit. yang lembut airnya banyak sikit.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-9-2016 11:48 AM | Show all posts
bianglala replied at 25-9-2016 10:23 AM
nice info, Ipo...  

kadang keliru limau nipis dengan limau kasturi.  limau kasturi tiap ...

hehhee...tertukar limau nipis dgn limau kasturi??

mana lagi sedap, kalau buat air teh ais campur limau ni

air teh + limau kasturi +ais
air teh + limau nipis + ais
air teh + lemon + ais

selalau buat, lemon + teh + ais +daun pudina
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 01:37 PM | Show all posts
Ipo replied at 25-9-2016 11:48 AM
hehhee...tertukar limau nipis dgn limau kasturi??

mana lagi sedap, kalau buat air teh ai ...
air teh + limau kasturi +ais
air teh + limau nipis + ais
air teh + lemon + ais
selalu kat kedai makan tu, limau kasturi atau limau nipis? contoh : teh O ais limau. sirap limau.

tak pernah try lemon dengan air teh. kalau lemon kelapa memang sedapppp..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 03:24 PM | Show all posts
ada satu lagi jenis limau nama... limau gedang kalau tk silap.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-9-2016 05:43 PM | Show all posts
SuteraPurple replied at 28-9-2016 02:24 PM
ada satu lagi jenis limau nama... limau gedang kalau tk silap.

ya la..limau gedang atau Grapefruit (Citrus paradisi)

bigstockphoto_Grapefruit_5544063.jpg

Limau ni selalunya dibuat jus.

Terima kasih SuteraPurple

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2016 06:22 PM | Show all posts
limau bali saya suka picit isinya je.

kalau tk silap limau bali bleh buat kerabu.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2016 08:10 PM | Show all posts
good info TT. aku kerap beli limau masa CNY
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-10-2016 09:27 PM | Show all posts
Farini replied at 2-10-2016 05:22 PM
limau bali saya suka picit isinya je.

kalau tk silap limau bali bleh buat kerabu. {:3_91 ...

Eh boleh buat kerabu ya?
Saya selalu makan cicah dgn kicap campur gula, cili
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-10-2016 09:28 PM | Show all posts
mogwaii replied at 3-10-2016 07:10 PM
good info TT. aku kerap beli limau masa CNY

Seronok kan masa CNY dpt byk limau mandarin
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-10-2016 09:29 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-9-2016 04:43 PM
ya la..limau gedang atau Grapefruit (Citrus paradisi)

Terima kasih lala...byk dpt tacang

Comments

sama2 ipo.  Post time 4-10-2016 11:55 PM
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 05:45 PM | Show all posts
Ipo replied at 4-10-2016 09:27 PM
Eh boleh buat kerabu ya?
Saya selalu makan cicah dgn kicap campur gula, cili

tau sbb google pasal limau bali. saya tak prnah buat dan mkn
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Limau purut ni iols suka lumur kt kepala je..bau pon wanfi & fresh je rasa scalp..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ada gout, limau nipis ni cepat je bg sakit. tp tengok benang ni buat air liur banyak je. mouth watering gitu. limau bali cicah kicap sedapnyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita ada pokok limau kasturi..tak perlu beli
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 02:47 PM | Show all posts
menarik info..thanks tt
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 01:52 PM | Show all posts
Lama cari limau kerat lentang ni.  orang kata sedap makan dengan budu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu pengetahuan yg baru ada limau yg tak pernah tahu kewujudannya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054696s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list