CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4770|Reply: 10

Lalat Terlampau Banyak Di Dapur? Halau Segera Dengan 5 Petua Ini

[Copy link]
Post time 2-9-2016 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ

Sumber foto - sinarharian.com.my





Kehadiran banyak lalat di dirumah sudah pastinya menimbulkan rasa kurang senang kerana lalat merupakan sejenis serangga yang gemarkan sampah dan tempat kotor.


Bayangkan lalat yang kotor itu menghurung pula makanan anda ketika anda hendak makan, sudah pasti kekotoran dan kuman bawaan lalat akan masuk dalam makanan anda. Akibatnya kesihatan anda sekeluarga akan terganggu.


Tapi jangan risau kerana terdapat beberapa petua terbaik untuk menghalau lalat-lalat dari bebas berleluasa di dapur anda.  Boleh cuba 5 petua dibawah :


Pilihan 1: Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.


Pilihan 2: Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.


Pilihan 3: Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.


Pilihan 4: Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.


Pilihan 5: Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.



Selamat mencuba dan lihatlah hasilnya. Pasti lalat-lalat didapur anda akan mula berkurangan. - CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2016 04:03 PM | Show all posts
Info berguna
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 04:49 PM | Show all posts
Geli pulak aku dkt gambar 1st tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilihan 6:sembur dengan racun serangga..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 02:03 AM | Show all posts
boleh try nih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli shieldtox letak kat tempat lalat selalu hinggap . Boleh sembur terus bila nampak. Setakat halau saja tak cukup berkesan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2016 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaedah guna daun kari kira not bad utk halau lalat
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 06:30 PM | Show all posts
ooo baru tau pki daun kari tu.. igtkan gune nk masak kari je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2016 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
time kenduri biasa beli perangkap lalat yang kertas ade pelekat tu,kesian makcik2 rewang terpijak
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 05:43 PM | Show all posts
kat rumah aku, ada raket dah separuh bengkok tepi dekat area dapur-meja makan

asal aku nampak je lalat terbang, cepat2 aku smash
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2018 03:54 PM | Show all posts
info berguna..tq tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.077406 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list