CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 1213|Reply: 11

[Tempatan] Curi sarung tangan bayi, wanita hamil dijel 14 hari

 Close [Copy link]
Post time 9-8-2016 12:31 PM | Show all posts |Read mode



KOTA BHARU – Seorang wanita yang sarat mengandung anak kelima dihukum penjara 14 hari oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini selepas mengaku salah mencuri sarung tangan bayi, baju serta selipar kanak-kanak.

Majistret, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri turut mengenakan denda RM3,000 terhadap tertuduh dan mengarahkan dia menjalani hukuman penjara tambahan selama tiga bulan jika denda itu gagal dijelaskan.

Tuan Maziham Yasma Tuan Abdul Wahab, 38, dengan niat mencuri di pasar raya Tesco iaitu dua selipar kanak-kanak, enam pasang baju kanak-kanak dan satu t-shirt kanak-kanak.

Tertuduh juga mengambil tiga pasang sarung tangan bayi dalam kejadian jam 3.55 petang, 21 Mac 2009. Keseluruhan nilai barangan itu berharga RM165.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda serta sebat jika kesalahan kali kedua.

Kejadian disedari pengadu yang bekerja di pasar raya berkenaan melihat tertuduh yang membawa satu beg sandang dalam keadaan mencurigakan.

Pengadu memerhatikan tertuduh yang keluar daripada pasar raya tanpa membuat bayaran.

Pengadu kemudian memaklumkan kepada pihak keselamatan dan menahan tertuduh sebelum menjumpai semua barangan itu di dalam beg yang dibawa.

Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam awam memohon hukumannya diringankan kerana mempunyai anak kecil dan suami hanya bekerja sebagai buruh.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wong Siew Mun, bagaimanapun memohon hukuman berat dengan hujah tertuduh membawa anak-anaknya bersama ketika melakukan kegiatan curi itu.

“Selepas ditahan tempoh hari, tertuduh dibebaskan dengan jaminan polis dan gagal dikesan hingga baru dapat dituduh hari ini. Mohon satu hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada dia dan orang lain supaya tidak mengulanginya,” katanya.

Tertuduh yang mengandung lapan bulan dan dijangka bersalin bulan depan itu diarah menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh sabitan, manakala denda dijelaskan ahli keluarganya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2016 12:34 PM | Show all posts
Salah tetap salah..

Tetapi

TESCO gila, benda macam ni boleh diselesaikan dengan rundingan dan takpayahla nak serah sampai ke polis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 12:40 PM | Show all posts
Samm_BM replied at 9-8-2016 12:34 PM
Salah tetap salah..

Tetapi

bukan tesco gila takberperikemanusiaan.
tapi mungkin silap wanita tu tak bawak kad ahli puteri bersama.

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 12:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2016 12:43 PM | Show all posts
kentel replied at 9-8-2016 12:41 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1012255

@spiderman80

Sorry la nuh, dok search kat atas tu, tengok2 tak da lagi.. (tapi dah ada rupanya) sebab tu buka.. sebab tersentuh dengan berita nie..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 12:50 PM | Show all posts
Samm_BM replied at 9-8-2016 12:43 PM
Sorry la nuh, dok search kat atas tu, tengok2 tak da lagi.. (tapi dah ada rupanya) sebab tu buka.. ...

sbb dia curi barangan...bkn makanan...kalau makanan myb org tau dia terdesak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 12:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih dalam perut bayi tersebut telah mengikut ibunya mencuri.Kalau sudah besar...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2016 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Wakaakakaka ummah melayu merempat tak mampu beli....
Kalau da tak mampu tak payahlaa buat anak...
Spesis kucing jr ummah melayu ni..
Merempat tak mampu buat anak pandaiii jee...
Rezeki katanya nanti.....
Rezeki wak luu.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mana le laki dia, tak bersedia nak sambut anak ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 02:48 PM | Show all posts
tak tahu nak kesian ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 02:50 PM | Show all posts
ok
seperti biasa
curi barang murahpuluhan ringgit pun kena penjara 14 hari

baik curi biliyon-biliyon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.086012 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list