CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2949|Reply: 6

Rindu Nak Dapat Kad Raya Lagi, Boleh Simpan Buat Koleksi

[Copy link]
Post time 8-6-2016 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Pejam celik pejam celik sudah tiga hari kita berpuasa di bulan Ramadan. Sungguh pantas masa berlalu, kurang dari sebulan lagi masuk pula bulan Syawal iaitu bulan dimana seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.



kredit foto - randommory.blogspot.com



Di era 70-an, 80-an, 90-an dan awal tahun 2000 dulu, kita semua pasti pernah mendapat kad raya dari kaum keluarga mahupun kenalan rapat. Bermacam-macam jenis kad raya siap ada lampu kelip-kelip dan muzik pun ada. Kebiasaannya kad raya di pos lebih awal untuk mengelakkan kelewatan kerana biasanya kalau pos seminggu sebelum raya jawabnya selepas raya baru kad sampai ke destinasi.


Tetapi di zaman teknologi canggih ini, budaya menghantar kad raya dilihat sudah semakin luput ditelan zaman dengan kewujudan berbagai-bagai media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan sebagainya. Walaupun kemajuan teknologi memudahkan dan menjimat masa dan kos, tetapi "sentimental value" tetap tidak sama seperti mendapat kad raya. Dulu-dulu bila dapat kad raya pasti penuh dinding dijadikan sebagai deco raya.






Fikir-fikir balik, dalam setahun berapa kali je kita menulis menggunakan pen. Rata-rata menghabiskan masa dengan menaip sahaja samada menggunakan keyboard pc atau pun telefon bimbit. Sekali dalam setahun apa salahnya kirimkan kad pada ibu bapa, keluarga dan teman rapat. Bukan apa, risau takut dah tak pandai menulis sebab dah lama tak pegang pen kan.


Jom raya ni kita kembalikan semula budaya menghantar kad raya. Pasti keluarga dan rakan-rakan kita terkejut dan tersenyum menerima kad raya.  - CARI Infonet.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2016 01:39 PM | Show all posts
ada sentimental value pakai kad ni

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 02:07 PM | Show all posts
zaman dulu, masa akak kecik2, weols adik beradik dapat banyak kad dari kawan2 sekolah..jadi masa nak raya, weols akan buat satu pokok ranting kayu then gantung kad2 itu kat pokok tu.. hishhhh..memori sangat
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 03:32 PM | Show all posts
seronoknye tak terkata bila dapat kad raya masa zaman rumaja dedulu...dari kenalan yang jauh..sedara mara..dari someone spesel..pastu gantung berjurai2 cam langsir..ehehehe..nostalgia sangat masa tu..memori terindah gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 05:00 PM | Show all posts
Terima kad raya rasa lebih bermakna dari beri ucapan dengan hanya guna phone ada personal touch
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kad raya cap kucing paling popular di zaman sekolah rendah dulu.ada di jual kat kedai buku sekolah lagi..satu seposen je kalo tak silap.kalo kt kedai luar kad ni jual sepeket..ade sepuluh camtu.mmg sesuwai utk bdk2 srkolah yg bajet ciput
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2016 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
kad raya zaman meols kecik2 .. gambar paling ngetop mestilah gambar kucing dan gambar pemandangan laut waktu mlm : ada pokok kelapa, bulan penuh, bebayang bulan atas laut ... dan sampan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:23 PM GMT+8 , Processed in 2.031113 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list