CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Abahmung

[Tempatan] Bantuan datang mencurah lepas kibar bendera putih

[Copy link]
Post time 1-7-2021 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Megikari replied at 1-7-2021 10:53 AM
Kawan aku hari tu upkan scrrenshot pasal sorang ni mintak bantuan daging batang pinang sebab nak ter ...


mak aiiii...org skrg dah mmg xde rasa malu nak mintak2 eh..zaman kita kat uni dulu pun reti ikat perut kan..i ingat lagi, penah 1 sem tu duit tak berapa nak ada tapi malas nak minta kat family sbb dah nak abis sem..family i takde susah pun..cuma lagipun seminggu dua lagi dah nak balik umah..i catu2 duit beli makan roti canai je sekeping pagi,sekeping petang..zaman skrg bukan main org demand itu ini..macam i cakap kat page depan la, masalah org skrg bukan takde benda nak makan (kecuali berat mulut nak gi bgtau ketua taman@ketua kampung) sbb  bantuan makanan kat mana2 senang je dpt...masalah sesetengah org yg smpi bunuh2 diri tu sbb takde duit nak byr hutang @ komitmen itu ini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2021 12:28 PM | Show all posts
family yg ada baby tak susu badan atau OKU ni, kos susu je dah kayangan.

memang tak tertanggung time PKP ni..

semoga mereka semua dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan punya FB Hambamu Seikhlas ni apasal ejaan dia teruk sangat? Maaf jadi maad. Memberi jadi memeberi. Mencukupi jadi mencupi. Eh banyak la. Ko sekolah tak (Ala Diva AA)

Haih cerita sedih dah jadi kelakar. Baca komen2 ni lagi angin satu badan rasa.

Geng2 xtau malu mcm dia ni la buat org baik making kurang kat dalam dunia. Keje nak kelentong orang, nak hidup senang, nak menipu. Letih.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kes ni knp dia ckp nk p kerja dan nk sedekah balik makanan yg dia dpt? Iolss tertinggal keretapi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2021 01:04 PM | Show all posts


T-shirt putih depan rumah 13 sekeluarga
N Faizal Ghazali

Diterbitkan 1 Jul 2021, 12:08 pm
A+
A-
Sejak dua bulan lalu, sebuah keluarga dari Kampung Pasar Lama, Pasir Tumboh, Kelantan, seolah-olah hilang punca apabila sumber pendapatan mereka terputus.

Selain bergantung kepada sedikit wang simpanan sedia ada, Noramaslina Nazir, 45, dan 12 ahli keluarganya yang lain hanya menanti bantuan yang disampaikan wakil rakyat untuk bertahan hidup, itu pun hanya dalam jangka masa tertentu.

Apa yang pasti Norasmaslina dan suami Suhaimi Idris, 51, hanya mampu menyediakan nasi berlauk telur kicap sebagai makanan harian mereka sekeluarga.

Noramaslina berkata, suaminya yang bekerja sebagai buruh binaan tidak dapat melakukan pekerjaan sejak dua bulan lalu khususnya sejak pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) bermula 1 Jun lalu.


"Kami mempunyai 8 anak berusia dua hingga 16 tahun, selain tiga anak saudara yatim piatu tinggal bersama kami.

"Sejak dua bulan lalu memang suami tidak dapat bekerja, kami makan apa yang ada saja. Biasanya nasi dengan lauk telur.




"Sesekali ada terima sumbangan wakil rakyat yang penghulu hantar barangan keperluan seperti beras, minyak dan telur," katanya ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya, hari ini.

Namun beberapa hari lalu bekalan keperluan harian di rumah Noramaslina hampir habis sekali gus memaksa mereka menggantung sehelai t-shirt putih ketika kempen kibarkan bendera putih sedang rancak berlangsung.

Jelas Noramaslina, keputusan menggantung baju putih di tangga depan rumah mereka dibuat jam 3 petang semalam sebelum badan bukan kerajaan (NGO) hadir dua jam kemudian untuk menyerahkan sumbangan kepada keluarga berkenaan.

"Selepas disarankan oleh rakan supaya menggantung bendera putih, saya dan suami sepakat menggantung baju putih di depan rumah memandangkan bekalan makanan hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja lagi.




"Malah, wang simpanan selama ini juga sudah habis memandangkan suami sudah lama tidak bekerja," katanya.

Tambahnya, setiap hari dia dan anak-anak hanya mampu menyediakan telur kicap sebagai hidangan harian memandangkan dia mempunyai ramai anak.

"Bukan kerana anak tidak suka ayam atau ikan, namun makanan itu agak mahal dan telur lebih jimat.

"Alhamdulillah semalam ada beberapa NGO hadir memberikan keperluan asas termasuk wang tunai selepas inisiatif yang saya lakukan.

"Saya bercadang untuk menggantung baju putih hanya beberapa hari saja bagi memastikan bekalan makanan cukup. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang hadir menyampaikan sumbangan," kata Noramaslina.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Si suami kena belajar bekerja, cari rezeki utk tanggung anak bini
Bukan tawu angkat tangan tadah derma orang. Rezeki kena cari, lepas tu solat jangan tinggal!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan la ambil kesempatan atas kebaikan orang lain.. rakyat Malaysia sebenarnya sangat prihatin..so jgn la kibar bendera putih kalau mampu..yang betul2 susah aje lah..minta bantuan sampai nk scooter tu tak menahan .agak2 la kak oii..zaman PKP nie dapat mkn 2x sehari pun dah syukur bg orang yg betul2 susah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mari kita didik mereka pakai yang jimat2. Contohnya kain lampin. Jimat bukan. Kena rajin cuci. Macam tu jugaklah hidup. Kena rajin usaha tanpa putus asa. Bukan rajin meminta sampai hilang malu kemaluan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2021 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jugak bagi kerja kat depa ni. Tak tau la kenapa si suami x kerja, i faham susah cari kerja sekarang tapi sekurang2 amek la upah apa2.  Ni siap pregnant, dah bersalin nanri nak bantuan post natal pulak, susu baby, diapers baby..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 1-7-2021 08:58 AM
Cadangkan pleasee kat Syed Azmi. Bagi kain lampin dan sabun sekali. Sepeket tu ada 10 helai kain l ...

Syed azmi srh hormati pilihan penerima bantuan..  Org komen utk educated penerima spy blh baiki lain kali.  Nnt pembekap dtg Allahuakbar sedihnya bc komen,  sabun top lebih jimat,  milo tu nk merasa,  sedihnya bc bila org pertikai apa yg puan ni beli "

Dah jd mcm org yg niat nk educate tu plk jht.   Better diam amek tauladan je laaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 1-7-2021 12:28 PM
family yg ada baby tak susu badan atau OKU ni, kos susu je dah kayangan.

memang tak tertanggung t ...

Boleh x kalau wujudkan team laktasi dlm mana2 ngo yg serah bantuan makanan ni? Atleast disamping bagi bantuan makanan, dorg yg pakar laktasi ni tolong ajar ibu2 yg ada anak kecik ni menyusu badan...atleast dpt jimat byk Kat situ kan...tapi yelam dah tension xde duit , susu badan leh drop jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 30-6-2021 12:18 PM
terpaksa turunkan bendera
sebab kwn2 dan org2 yg pernah bantu dia
viralkan dia

duduk rumah teres tu, mesti mahal sewa, baca haritu mcm bagusnya ckp duit dah cukup rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 04:24 PM | Show all posts
Mudah saja penunggang agama buat duit..

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 05:00 PM | Show all posts
cik_chili replied at 1-7-2021 09:06 AM
byk sis...

Phatcathaus one of the ...cari ig dia...

ok,thanks for the info. mcm aku ckp, lg baik aku bg mkn anjing dan kucing dr manusia manusia penipu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 05:03 PM | Show all posts
Abahmung replied at 1-7-2021 01:04 PM
T-shirt putih depan rumah 13 sekeluarga
N Faizal Ghazali

Yg ni kat Kelantan, kubu PAS. Apasal Nik Abduh tak pergi sana cek rakyat sendiri tak cukup mkn. Tp sibuk pertikaikan orang nak gantung bendera putih.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 05:09 PM | Show all posts
Kangkung1M replied at 1-7-2021 08:25 AM
Suka ayat you, Riak Terhalang, Aib Terlindung.

bg aku food basket tu klu boleh letaklah ayam ke, ikan ke, sayur sayur. Bagi rakyat kita mkn yg berkhasiat. bukan bg milo,gula semua tu. Beras, minyak masak, biskut, mihun, telur tu semua ok sebab makanan asas. tp megi, milo, gula,teh tu, klu takde pun bukan mati pun. Bagilah makanan berkhasiat terutama sayur,dan sumber protein mcm ayam klu ikan terlalu mahal. Aku bg sumbangan makanan kat org2 susah flat di pandan jaya, aku tak bg megi, gula, teh,milo bagai. benda tu bukan mati klu tak mkn. beras, sayur, telur, biskut, bihun, ayam. hepi gila derang dpt mkn ayam. benda yg kita pandang ringan, tp sgt berharga pd derang. Ayam dah jd makanan luxury utk org susah tp khasiat protein tu yg kita nak org2 miskin ni mkn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 30-6-2021 10:37 PM
Logik nya org yg susah akan minta bantuan family sendiri dulu...xde family, jiran2 pun akan bantu (k ...

Itulah biasa org ssh ni mntk dgn family members dgn kwn2 dlu klau yg ni tk leh tlg pn dia tkkn mntk dgn stranger.Yang suka DM org2 tk knl ni rmai bila netizen viral kluar crita yg sebenarnya biawak bkn tkde kerja tp malas nk kerja nk duit free je
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sardintin replied at 30-6-2021 10:49 PM
kita ni yg mampu pon tetap pakaikan lampin kain kat anak tp yg memintak2 pempes ni demand sgt pera ...

Lg stu yg pakai pampers smpai ank umur 3-4 thun tu mmg i tk blh pemalas btl nk train ank msk toilet
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahmung replied at 1-7-2021 01:04 PM
T-shirt putih depan rumah 13 sekeluarga
N Faizal Ghazali


Rimaslah tgk pesen asal bertudung tapi baju nampak ketiak. Dia pun budak lagi tak yah tutup kepala pun.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 1-7-2021 12:09 AM
Org ssh demand mmg tah hape2..  Aku ni haa klu jumpa ikan  pelaling rm6 sekilopon seronok gila bel ...

Beli milo,air botol n meggi nt kne penyakit mntk bantuan lg dorang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.233774 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list