CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Jenayah] Tragedi MH17 V4 : Kemungkinan MH17 ditembak jet pejuang Sukhoi?

 Close [Copy link]
Post time 24-7-2014 09:24 AM | Show all posts
Majlis pembukaan turut peringati mangsa MH17
Glasgow: Majlis pembukaan Sukan Komanwel 2014 di sini, pagi tadi turut memperingati mangsa yang terbabit dalam tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, kata penganjur.

Presiden Persekutuan Sukan Komanwel, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar, berkata penghormatan diberikan kepada semua mangsa, yang kebanyakannya dari Malaysia dan negara Komanwel lain.
Pesawat berkenaan berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, bersama 298 penumpang dan anak kapal - kebanyakannya warga Belanda - terhempas di kawasan dikuasai puak pemisah di utara Ukraine, Khamis lalu.



Negara barat berkata, bukti menunjukkan ia ditembak jatuh menggunakan pelancar roket oleh pemisah pro-Russia.

Tragedi itu berlaku selepas pesawat MAS MH370 hilang pada Mac, bersama 239 penumpang dan anak kapal.


Dua tragedi
“Saya dari Malaysia dan ia satu lagi peristiwa sedih terhadap negara kami, dan untuk penerbangan itu,” kata Tunku Imran ketika sidang akhbar di Glasgow.

“Ia adalah perkara yang amat sukar melalui dua tragedi dalam tempoh sebulan antara satu sama lain.”

David Grevemberg, Ketua Eksekutif Glasgow 2014, berkata: “Kami memberikan penghormatan.”

Temasya itu dibuka secara rasmi oleh Ratu Elizabeth II pada majlis di Stadium Celtic Park, yang disaksikan kira-kira satu bilion penonton televisyen.

Sebahagian besar daripada mangsa yang bukan dari Belanda adalah dari negara Komanwel.

Daripada 298 penumpang, 43 menggunakan pasport Malaysia, 27 Australia, 10 British dan masing-masing seorang dari Kanada dan New Zealand. Ada juga seorang mangsa memiliki dua kerakyatan Afrika Selatan dalam pesawat malang itu.

Kuala Lumpur pernah menjadi tuan rumah pada Sukan Komanwel 1998.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 09:26 AM | Show all posts
camflo03 posted on 24-7-2014 09:22 AM
ni perarakan apa ni? kat mana?

tu kejohanan sukan
sekolah2 jenis kebangsaan
kat jinjang

malaysiakini dengan malaysian insider
tak ada lapor yang ni

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:27 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 24-7-2014 09:12 AM

Tgk yg live tadi...sayu..betul...siap dengar suara tangisan kat belakang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:37 AM | Show all posts
Suchi posted on 24-7-2014 06:15 AM
taktahulah nih ada ke belum
tapi tolonglah nasihatkan dia nih
sekali dua tersilap di maafkan

mamat nih mmg sel otak tak berapa berhubung. ari tuh dia question kenapa MH370 jatuh kt ukraine dia dah pening MH370 dgn MH17
siap mengamuk bila ade org ckp dia tak baca utusan meloya n tgk buletin utama


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:41 AM | Show all posts
Suchi posted on 24-7-2014 07:05 AM
ya acc dia lah
tp ada org buat page gak utk dia
page utk share status dia yg merapu tu

adakah ini lobai bodo @bangcak????
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:41 AM | Show all posts
Cars carrying MH17 victims bodies from Eindhoven airport.






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2014 09:42 AM | Show all posts
geenie posted on 24-7-2014 09:37 AM
mamat nih mmg sel otak tak berapa berhubung. ari tuh dia question kenapa MH370 jatuh kt ukraine :l ...


ada betulnya

bila langsung tidak membaca akhbar2 tempatan
dan menonton media arus perdana,

ramai macai yang menunjukkan kebodohan
secara terang2 an tanpa langsung
tahu akan perkembangan semasa terkini

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:44 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 09:44 AM | Show all posts
Suchi posted on 24-7-2014 07:05 AM
ya acc dia lah
tp ada org buat page gak utk dia
page utk share status dia yg merapu tu

beb, bdk opis aku kater, nih akaun parody


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:45 AM | Show all posts
camflo03 posted on 24-7-2014 09:22 AM
ni perarakan apa ni? kat mana?

Sukan Commonwealth di Glasgow

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:47 AM | Show all posts
d'zeck posted on 24-7-2014 09:42 AM
ada betulnya

bila langsung tidak membaca akhbar2 tempatan

ada orang terlalu prejudis, pabila baca akhbar tempatan ibarat membaca akhbar kerajaan BN
ibarat tiada satu pun benar pun di dlm akhbar tersebut



Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:48 AM | Show all posts
geenie posted on 24-7-2014 09:37 AM
mamat nih mmg sel otak tak berapa berhubung. ari tuh dia question kenapa MH370 jatuh kt ukraine :l ...

Salam perjuangan !!baru lepas bersahur bersama-sama dengan DS Anwar Ibrahim dan rakan-rakan parti disebuah kedai mamak berhampiran bandar Kajang sebentar tadi..saya bersahur makan roti canai bersama air sirap je...thanks DSAI..!! Lawan tetap Lawan..REFORMASI !!! #AnwarIbrahimBakalPM


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:49 AM | Show all posts
Anden posted on 24-7-2014 09:27 AM
Tgk yg live tadi...sayu..betul...siap dengar suara tangisan kat belakang..

owh yeke. kita yg takde kat sana pun terasa sgt kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:49 AM | Show all posts
thanks for the images
sgt meruntun hatiku, huhu
ada trip lain lgkan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:50 AM | Show all posts
Anden posted on 24-7-2014 09:08 AM
Kan dah jadi viral..statement bodoh dia tu..aku pun boh kat wall aku hencap sepuasnye...

Asrul Samad July 19


Saya nak jawab mengenai posting pasal kapal terbang itu...kan itu hanya firasat dan teori saya sahaja tetapi kenapa ramai yang cuba share dan jadikan viral diFB...??padahal ramai juga golongan pembangkang dimalaysia yang posting mempunyai teori dan firasat mereka tersendiri tetapi kenapa tidak share dan jadikan viral juga...???Tolong hormat sikit privacy saya...Inilah perangai orang Malaysia yang suka besar-besarkan perkara yang kecil dan sebab itulah ramai rakyat Malaysia ini bodoh-bodoh belaka...Satu lagi sebab kerajaan UMNO/BN masih berkuasa sampai sekarang sebab ada ramai manusia bodoh macam rakyat Malaysia ini lah dan salah satu sebab juga pembangkang sampai dari dahulu tak boleh berkuasa juga disebabkan ramai orang cerdik pandai macam saya jugalah....Lawan Tetap Lawan..REFORMASI.!!! #AnwarIbrahimBakalPM




Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:52 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 24-7-2014 09:47 AM
ada orang terlalu prejudis, pabila baca akhbar tempatan ibarat membaca akhbar kerajaan BN
ibarat  ...


tu la

antara kerosakan yang dibawa akibat
prejudis dan syak wasangka yang diada2 kan
secara berlebihan sehingga mewujudkan kelompok
masyarakat jumud yang bodoh sombong

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 09:56 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 24-7-2014 06:55 AM
meleleh air mata tengok kontinjen Malaysia berarak masuk dgn disertai MAS crew, bendera separuh tian ...



Atlit Pakai uniform mas jer kak
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:57 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 24-7-2014 09:50 AM
Asrul Samad July 19

hanya mampu gelak dgn komen manusia nan sorang ni....
cerdik la sangat
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:00 AM | Show all posts
sorang forumer di ssc salah sorang mangsa mh17
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:01 AM | Show all posts
pagi tdi tngok opening commonwealth ada crew MAS berarak sekali dgn team malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.222325 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list