cruz2 posted on 10-3-2014 09:55 AM 
Ntah apa2 pembaca berita tv3 skrg ni dok sebut2 Gong Kedak di Terengganu..bukan Gong Kedak tu di are ...
Pangkalan Udara (PU) Gong Kedak ini merupakan sebuah pangkalan yang unik kerana lokasinya yang terletak di dalam dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Keluasan keseluruhan pangkalan adalah 3,581.54 ekar di mana 2,827.14 ekar (78.9%) berada di dalam negeri Kelantan manakala 754.40 ekar (21.1%) berada di dalam negeri Terengganu. Panjang pagar perimeter pangkalan adalah 21.6 kilometer. Secara amnya pangkalan ini terletak lebih kurang 10 km ke Bandar Jerteh dan 12 km ke pekan Besut. Ianya juga dihubungkan ke bandar Pasir Puteh melalui jalan belakang pangkalan sejauh lebih kurang 16 km. Kawasan pangkalan ini dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kompleks Gong Kedak (kawasan teknikal) dan Kompleks Bukit Peteri (kawasan domestik). Pembahagian kawasan inin dipisahkan oleh jalan raya Jerteh – Kuala Besut.
sumber: http://www.airforce.gov.my/organisasi/pangkalan/gong-kedak/
|