CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

   Close [Copy link]
Post time 27-10-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
irise666 replied at 27-10-2018 02:20 PM
Nak tau mcmna riak wajah semua OKT bila nama disebutkan dalam keterangan. Plz lah munculkan info or  ...

Setuju sgt. Tang ni sememangya dah lama di nantikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2018 05:05 PM | Show all posts
Cadang guna khidmat pengamal perubatan tradisional - Saksi
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
[email protected]

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia memberi cadangan kepada tertuduh pertama dalam kes kematian Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain, untuk menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional bagi mencari pencuri komputer riba rakannya itu.

Saksi pendakwaan ke-25, Mohd Syafiq Abdullah, 22, berkata, dia mencadangkan demikian kepada Muhammad Akmal Zuhairi Azmal supaya mendapatkan pertolongan daripada bapa tertuduh ke-18, Muhamad Ashraf Abdullah selepas mengetahui bapa Muhamad Ashraf mempunyai kelebihan untuk mencari barang yang hilang.

Mohd Syafiq berkata, sebaik tiba di asrama, Muhamad Ashraf kemudian menghubungi bapanya sebelum bapanya itu memberitahu dia ‘melihat’ Zulfarhan Osman mencuri sebuah komputer riba namun tidak menyatakan milik siapa.

”Saya kemudian beritahu Muhammad Akmal Zuhairi jangan buat tindakan terburu-buru... cari dulu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah pada prosiding perbicaraan hari ke-17 kes kematian Zulfarhan Osman.

Di awal prosiding, Mohd Syafiq memberitahu mahkamah, dia menerima mesej menerusi aplikasi Telegram daripada Muhammad Akmal Zuhairi memberitahu komputer ribanya hilang dan mengesyaki Zulfarhan Osman mencurinya.

Menurutnya, Muhammad Akmal Zuhairi meminta pertolongannya yang juga rakan sebilik Zulfarhan Osman untuk mencari komputer riba itu di dalam bilik mereka.

”Saya cari dalam loker Zulfarhan dan sekitar bilik, tak jumpa. Saya beritahu Muhammad Akmal Zuhairi yang saya tak jumpa komputer riba itu, tetapi dia masih lagi syak yang arwah ambil komputer riba itu,” katanya.

Dalam keterangannya juga, Mohd Syafiq memberitahu pada jam 1 pagi, 21 Mei 2017, dia melihat beberapa rakannya memukul, menumbuk serta menendang Zulfarhan Osman bagi mendapatkan pengakuan salah, bagaimanapun mangsa tetap tidak mengaku mengambil komputer riba itu.

“Di UPNM tu selalunya mereka ni (penuntut) kalau dapat kes curi macam ini, mereka akan pukul dulu sampai orang yang kena pukul tu mengaku salah,” katanya ketika menjawab soalan Othman mengapa rakan-rakannya masih memukul mangsa walaupun mangsa menafikan mencuri komputer riba itu.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama-sama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 12 November ini.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berit ... n-tradisional-saksi
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 08:28 AM | Show all posts
yg mn satu syafiq ye
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 03:56 PM | Show all posts
e.gurl replied at 30-10-2018 05:05 PM
Cadang guna khidmat pengamal perubatan tradisional - Saksi
Oleh Nor Azura Abdul Jalil

alhamdulilah dpt jgk baca perkembangan arwah. dh berkurun tak bukak thread ni. harap thread ni tak berkubur smpai la nasib arwah terbela.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni & esok ada lagi sambungan perbicaraan.
Tolonglah sesiapa yg ada pergi @ ada info tlg update du sini ya
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 12-11-2018 01:45 PM
Hari ni & esok ada lagi sambungan perbicaraan.
Tolonglah sesiapa yg ada pergi @ ada info tlg update ...

tgk ig adik arwah...malam nie dia update
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2018 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsanggul replied at 12-11-2018 07:34 PM
tgk ig adik arwah...malam nie dia update

Aalahai sorry Dear, tak ada IG
Harapan ada yg sudi update di sini ya
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsanggul replied at 12-11-2018 07:34 PM
tgk ig adik arwah...malam nie dia update

Apa ig nya you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2018 09:04 PM | Show all posts
Saya nampak siapa yang buat - saksi

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Biarpun tidak pasti pada bahagian mana Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain ditekap seterika wap serta dipukul, seorang bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yakin bahawa dia melihat individu yang melakukan perbuatan tersebut.

Malah, Mohd. Syafiq Abdullah, 22, dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menegaskan biarpun bilik berkenaan hanya diterangi cahaya daripada lampu meja, dia nampak kejadian tersebut.

Bekas penuntut jurusan Sumber Manusia itu turut menafikan dia memberi keterangan tersebut ekoran takut dibuang daripada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya pasti...saya nampak siapa yang buat,” katanya menjawab soalan peguam Amer Hamzah Arshad ketika sesi pemeriksaan balas dalam perbicaraan hari ke-18 berhubung kes kematian Zulfarhan Osman.

Dalam kes tersebut, enam penuntut iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemua berusia 22 tahun itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mereka bersama 13 penuntut lain turut didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang-sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba yang dikemukakan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Saksi pendakwaan ke-25 itu bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam berkenaan bahawa dia tidak dapat mengingati dengan jelas bahagian tubuh badan mana yang dipukul dan ditekap seterika itu.

“Saya pasti siapa yang pukul, cuma bahagian mana mungkin tak berapa ingat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Syafiq memberitahu yang tertuduh pertama dalam kes kematian Zulfarhan Osman iaitu, Muhammad Akmal Zuhairi tidak menyatakan akan memukul mangsa sebaliknya hanya inginkan penjelasan mengenai kehilangan komputer ribanya.

Malah, ujarnya, Muhammad Akmal Zuhairi juga tidak mengetahui tentang perjumpaan kedua dengan mangsa yang diadakan pada 22 Mei 2017 di bilik 4-10.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 85932#ixzz5We3fbxWT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesak dada baca 1st page. Takde belas kasihan langsung. Nasib baik ada saksi yang nampak perbuatan diorg tu. Gantung je lah sampai mati 6org okt tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 12-11-2018 09:04 PM
Saya nampak siapa yang buat - saksi

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Biarpun tidak pasti pada bahagian mana ...

Thanks for the updates, much appreciated
Harapan thread ni dpt bertahan dan kekal sehingga dpt keputusan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq utk update...esok ada.lg bicara kann?mohon bantuan ehh update...tq sume..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 10:13 PM | Show all posts
Mohd Syafiq ni kenapa bekas penuntut? dia saksi pun kena buang ke? yang OKT 330 pun ada yang tak terlibat pun terheret sama takleh sambung belajar..wasted betul..naya betul laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 10:16 PM | Show all posts
oops sorry..dia jadi bekas pelajar sebab sekarang menjalani latihan tentera di Kedah...kalau kes ni tak berlaku OKT2 dah hujung2 pengajian dah...ada yang dah grad pun...

Kes Pelajar UPNM:Saksi nampak mangsa ditekap dengan seterika

KUALA LUMPUR - Seorang saksi dalam kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia dipercayai didera rakan seuniversitinya,  memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia sangat pasti siapakah individu yang memukul dan mencederakan mangsa  kerana  dia melihat kejadian itu dengan jelas.

Bekas penuntut UPNM, Mohd Syafiq Abdullah, 22, yang juga rakan sebilik Zulfarhan Osman, memberitahu bahawa dia masih mengingati siapakah individu yang terlibat memukul mangsa kerana dia melihat kejadian itu dengan jelas walaupun ketika itu bilik asrama penginapan UPNM hanya diterangi cahaya dari lampu meja.


“Saya pasti, sebab saya nampak,” katanya ketika pemeriksaan balas peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, tertuduh pertama dan Muhammad Azamuddin Mad Sofi, tertuduh kedua dalam prosiding perbicaraan hari ke-18, hari ini.


Oleh itu, saksi pendakwaan ke-25 yang kini menjalani latihan ketenteraan di Kedah  menafikan kemungkinan dia tersalah mengenal pasti individu yang memukul dan mencederakan mangsa dalam kes itu.

Bagaimanapun saksi itu bersetuju dengan cadangan Amer Hamzah bahawa dia mungkin tidak dapat mengingati dengan pasti di bahagian manakah di badan mangsa yang dipukul dan ditekap seterika oleh individu-individu berkenaan.

“Saya pasti siapa yang pukul, bahagian mana mungkin tak berapa ingat,” katanya.

Terdahulu kepada cadangan Amer Hamzah bahawa saksi itu memberi keterangan mendakwa dia boleh mengecam individu-individu terlibat adalah kerana dia takut dibuang oleh Angkatan Tentera Malaysia, Mohd Syafiq dengan tegas berkata “tidak”.

Pada prosiding sebelum ini Mohd Syafiq ada menamakan beberapa penuntut UPNM termasuk tertuduh-tertuduh yang didakwa, sebagai individu yang memukul, menekap seterika dan individu yang berada di dalam bilik ketika kejadian Zulfarhan Osman dipercayai didera di bilik 3-5 dan bilik 4-10, asrama UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. 


Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/ma ... n-seterika-1.903618

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga ada keadilan untuk adik farhan....
amin..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
anarina replied at 12-11-2018 08:50 PM
Apa ig nya you

_zulhelmieidros ig nya you...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 12-11-2018 09:04 PM
Saya nampak siapa yang buat - saksi

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Biarpun tidak pasti pada bahagian mana ...

terima kasih tolong update ya
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
minahsanggul replied at 13-11-2018 12:22 AM
_zulhelmieidros ig nya you...

Thank youu love
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2018 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR – Seorang saksi menggambarkan kejadian pukul yang dilakukan terhadap penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang meninggal dunia dipercayai didera rakan seuniversitinya, tahun lalu, ibarat perlawanan tinju.

Bekas penuntut UPNM, Mohd Syafiq Abdullah, 22, yang menyaksikan kejadian itu memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Zulfarhan Osman kelihatan menahan sakit dan berpeluh-peluh ketika dipukul oleh rakan-rakannya sebelum  seorang daripada tertuduh, Noriznan Izzairi Noor Azhar, yang merupakan tertuduh ke-17, yang didakwa mencederakan Zulfarhan Osman, mengelap peluh mangsa.



“Ya, masa tu arwah tengah berpeluh sebab kena pukul,” katanya ketika pemeriksaan semula Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah pada perbicaraan hari ke-19.

Saksi pendakwaan ke-25 yang merupakan rakan sebilik Zulfarhan Osman itu menjelaskan, selepas Noriznan Izzairi mengelap peluh mangsa, tertuduh-tertuduh lain kemudian menyambung semula perbuatan memukul mangsa.

Kepada soalan Othman adakah perbuatan mengelap peluh dan menyambung semula pukulan itu ibarat perlawanan “boxing”, saksi itu yang kini menjalani latihan ketenteraan di Kedah berkata, “ya, lebih kurang macam itulah,”.

Terdahulu ketika pemeriksaan balas peguam Ariff Hazami Hussin yang mewakili Noriznan Izzairi, saksi itu memberitahu ketika kejadian pukul Zulfarhan Osman di bilik asrama 3-5 pada malam 21 Mei 2017 itu, ada beberapa pelajar yang cuba menghalang kejadian itu dengan memarahi individu-individu yang memukul mangsa.

“Ada yang datang tengok dan tak buat apa-apa,” katanya sambil menambah dia tidak pasti berapa ramaikah rakan yang cuba menghalang Zulfarhan Osman daripada dipukul.

[ ARTIKEL BERKAITAN: 'Hypervolemia' punca Pegawai Kadet UPNM maut ]

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 23 Januari tahun depan. – Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_sparky replied at 13-11-2018 08:06 PM
KUALA LUMPUR – Seorang saksi menggambarkan kejadian pukul yang dilakukan terhadap penuntut Universi ...

Thanks for the article lil_sparky
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.574198 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list