|
|
Jangan lupa bini Ostad PAS yang kurang ajar itu kata apa Anya:
"Sambil menganggap hukuman yang dijatuhkan tidak adil, Noorliza turut mengatakan tindakan suaminya melemparkan selipar sebagai satu tindakan yang wajar."
Maideen. Post at 11-3-2012 11:06 
hhmmm... exactly deen...it saddens me thinking about the children and what sort of values being taught here....
firstly, to think that since the father is like that.... the mother should be the voice of reasons and try to right the wrong.... what she needs to do is to remind the children that, that is not the way to act in whatever circumstance pon.... by allowing such action by saying itu tindakan yang wajar.... what are they teaching the children really?... that it is alright to 'baling selipar' at others should your wantings be denied?....
secondly, tengok apa yang hoslan ini cakap sejurus selepas dia baling selipar.... Selepas insiden membaling kasut tersebut, Hoslan secara selamba berkata, "Tidak tahulah, siapa yang kena itu rezekilah". Tiada langsung any sense of remorse.... what value is being taught here?.... that you should not be responsibled to your action,whatsoever? kalau baling selipar itu, tak kira siapa yang kena nasib lah asalkan puas hati ...the thing is, there are always reactions to every action done and one simply cannot claim, saya tidak salah sebab itu tindakan yang wajar regardless....
thirdly, sembahyang sunat sejurus selepas baling selipar...... apakah yang cuba ditunjukkan disini?.... that you can escape your irresponsible action by showing to everybody what a pious person you are?... jadinya it is not a big surprise if the children grow up believing that as long as you wear sorban... as long as you solat sunat kat atas jalan, luar bilik mahkamah.... you can easily fool others of who you really are... that you do not need to own up to all your actions, because as long as you wear sorban, you are molia beyond any shortcoming....
it's just wrong.... anya kesian kat anak2 dia yang comel...  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bersepahnya rumah dia |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

hehe, macam lawak lak. Topik pasal kasut, kluar lak iklan pasal kasut gak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 143# Abangspek
sungguh tajam mata miker walopun pakai spek!  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bg aku tak layak dia ni dipanggil imam...imam bkn mcm ni. merosakkan imej imam dan islam jer. teringat kes sorang bekas imam mesjid negara sepak tong undi. sama je 2 x 5.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
boria Post at 11-3-2012 12:42 
ni baru betol |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ~anya~ at 11-3-2012 19:58
What values?
You see Anya, sebagaimananya it is an inherent power of the court to cite the imam for contempt, in is inherent in folks like the Imam to be kurang ajar! 
What has happened between the Imam and the Federal Court is a clash of civilisations.
To the iman, for reason of his upbringing, he did nothing wrong. As his wife said, it is wajar! 
Maideen. Post at 11-3-2012 19:08 
hhmm...clash of civilisations... how apt the saying be...
it's true deen.... it boils down to what actually transpired at home..... apa yang wajar dan apa yang tidak bertitik tolak dari upbringing.... the wife said husband dia bukan seorang yang ganas, but nobody really knows who he is and thus ganas atau tidak is yet to be tested....and when being tested, he failed miserably and in that fit of anger, dia baling selipar dekat orang lain...if that is not ganas dan kurang ajar, i dont know what is....tapi pon, masih dia kata dia tidak bersalah, masih tidak boleh terima yang dia dihukum dan masih isteri dia kata itu adalah wajar...  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
xper...bini n anak dia dah dapat banyak bantuan..
bini dia kerja ngan tadika pasti..gaji 750.
bantuan dari muslimah pas 800 sebulan..
pemuda pas tengah minta derma n usaha nak sumbangkan 20000..
kalau dapat 20000/12..adalah 1666 sebulan..
then kat akhbar, forum, facebook dan lain-lain berkaitan pembangkang pun..
tengah minta penyokong imam tolong derma ke akaun bini imam tu..
rasanya lagi banyak income untuk keluarga dia selepas dia di penjarakan..
inilah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal..sesungguhnya rezeki itu dari tangan Allah..bukan dari tangan UMNO..walaupun UMNO penjarakan imam PAS ni..tapi perjuangan ikhlasnya kerana Allah..Allah tetap bela dia..
lepas keluar nanti..sure imej dia lagi tinggi..boleh di angkut berceramah dari kampung ke kampung..bagaimana UMNO laknatullah memperlakukan terhadap pejuang-pejuang Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe, macam lawak lak. Topik pasal kasut, kluar lak iklan pasal kasut gak
Abangspek Post at 11/3/2012 04:17 PM 
So, balinglah pakai kasut ZALORA pulak  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
xper...bini n anak dia dah dapat banyak bantuan..
bini dia kerja ngan tadika pasti..gaji 750.
...
SiNoob Post at 11-3-2012 20:29 
bila masa umno penjarakan imam tersebut?
kalo DSAI lepas..korang kata mahkamah adil
bila kes imam ni tak memihak pada komer..korang kata mahkamah tu umno?
tlg le tetapkan pendirian! mcm mana ni cakap mcm lalang?  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bila masa umno penjarakan imam tersebut?
kalo DSAI lepas..korang kata mahkamah adil
bi ...
mysara Post at 11-3-2012 20:34 
saper kata mahkamah adil sebab dsai lepas??kalau mahkamah adil..dsai bukan sahaja lepas..malah saiful dah bebetul jadi mangsa liwat dalam penjara nun..
bukan tu jer..najib, dan segala pemimpin umno..dah lama duk dalam penjara sebab rasuah..
tu ayat pencacai k..bukan ayat aku..posting sebelum ni tu perli jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 152# SiNoob
naifnya sara!   |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk siapa yang nak berkenalan dengan ustaz ni..ni ada cerita dari blog masjid ustaz tersebut bertugas..benar ke tidak tak tahu lah..nampak macam 2 2 pihak saling menunding jari jer..
SIAPA HOSLAN HUSSAIN YANG SEBENAR!!!!
Siapa dia Hoslan Hussein yang sebenarnya yang dianggap oleh beberapa pihak terutamanya dari parti pembangkang sebagai seorang "hero" yang menegakkan keadilan. Maka pihak masjid terpaksa menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Hoslan Husain bagi menjaga nama baik Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan yang sudah dicalarkan oleh manusia durjana ini dengan menjaja-jaja keburukan pihak masjid.
Hoslan Hussain berasal dari Perak tetapi sudah lama menetap di Kg Pandan. Ayahnya Hj Hussain Bin Hj Abu Bakar, seorang yg. sering berulang-alik berjemaah di Masjid Ar-Rahimah. Disebabkan kekerapan Hj Hussain berjemaah di masjid, maka beliau sering membantu untuk melaungkan azan di kala tidak ada Muazzin di Masjid.Akhirnya Hj Hussain memohon jawatan sebagai Bilal.Dalam pada itu juga, Hj Hussain akan menjadi Imam jika sewaktu itu Imam Masjid mempunyai keuzuran dan tidak dapat hadir.Peluang ini juga diambil oleh Hj. Hussain (bapa Hoslan) untuk memohon pula jawatan sebagai Imam, maka dijadikan sebagai Imam Kariah atau dipanggil juga Imam Rakyat.Imam Kariah hanya boleh menjadi Imam untuk Solat Fardhu biasa dan beliau tidak berkelayakan untuk membaca khutbah Juma'at dan menjadi Imam untuk Solat Jumaat.
Sementara bagi Hoslan Hussain pula, beliau sebelum ini dikenali sebagai "Mat Rempit" di Kg. Pandan.Disebabkan Hoslan begitu aktif dengan parti pembangkang yang disertainya, maka Hoslan begitu teruja apabila melihat beberapa rakan-rakannya pergi menunaikan fardhu haji. Hoslan yang bekerja di Jabatan Alam Sekitar, akhirnya dapat mengumpulkan duit untuk menunaikan fardhu haji.Bermula dari balik hajilah, Hoslan mengubah penampilannya dengan hanya memakai jubah dan berserban walau ke mana sahaja dia pergi. Hoslan mengikuti jejak ayahnya Hj Hussain, berjemaah di Masjid Ar-Rahimah yang hanya terletak beberapa meter sahaja dari kediamannya di rumah setinggan Kg Pandan.
Pada satu Juma'at tahun 2005, Pengerusi Masjid mengumumkan bahawa masjid sedang mencari seorang Muazzin bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hj Hussain meminta agar anaknya Hoslan memohon jawatan tersebut, maka disebabkan Hoslan sering berada di masjid, permohonannya diterima.Maka bermulalah karier Hj Hoslan sebagai Muazzin dan beliau memohon agar dapat menduduki kuarters yang disediakan oleh masjid untuk kakitangan masjid.Sejak dari memegang jawatan Muazzinlah, Hoslan begitu merasa bangga dengan jawatannya apatah lagi adakalanya beliau menjadi Imam bagi mengganti keuzuran Imam yang lain.Hoslan cuba juga memohon jawatan sebagai Imam tetapi permohonannya ditolak disebabkan beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama.Difahamkan daripada Hoslan sendiri, beliau hanyalah belajar membaca Al-Quran daripada seorang Imam yang bernama Hj Salleh.(Allahyarham)
Sebagimana lazimnya seperti juga yang terjadi di masjid-masjid yang lain, Ahli Jawatankuasa Masjid sering tidak sefahaman di antara satu sama lain dalam beberapa isu.Ketidaksefahaman mereka ini disebabkan mereka berpuak-puak dalam menjalankan sesuatu program dan bermulalah episod tuduh menuduh beberapa isu di antara mereka.Perkara ini akhirnya sampai ke pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di mana akhirnya kesemua AJK dibubarkan dan JAWI sendiri mengambil alih pentadbiran masjid pada tahun 2006-2009. Untuk itu, pihak JAWI menghantar seorang Ketua Imam bernama Fathul Amin bagi mentadbir masjid dalam beberapa hal.Namun begitu Fathul Amin gagal dalam menjalankan tanggung-jawabnya dan sering sahaja tidak berada di masjid, maka pihak JAWI menghantar pula seorang pembantu, Ustaz Asri yang sebelum ini bertugas di masjid Alam Shah Jalan Pasar, K.L. Kelemahan yang terdapat pada Fathul Amin, membuatkan Hoslan mengambil kesempatan untuk memohon jawatan sebagai Imam Rawatib apatah lagi Hoslan seringkali menjadi "cover-up" untuk Fathul Amin.Dengan kuasa perlantikan yang ada kepada Fathul Amin, maka Hoslan pun berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan sebagai Imam Rawattib.
Masalah disiplin Fathul Amin, Ketua Imam akhirnya sampai ke pengetahuan pihak JAWI dan akhirnya Fathul Amin ditukarkan ke Masjid Sg. Penchala dan tempatnya diganti oleh Ustaz Asri (pembantunya sebelum ini).Namun Fathul Amin tetap tidak berubah dan akhirnya JAWI terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai Imam di Masjid Sg Penchala.
Ketua Imam yang baru, Ustaz Asri (kini bertugas di Masjid Besi Putrajaya), seorang yang begitu tegas dalam menjalankan amanahnya.Sedikit demi sedikit, masalah yang ditimbulkan oleh petugas-petugas masjid diperbetulkan dan Ustaz Asri jugalah yang bertanggung-jawab menyediakan uniform untuk Imam-Imam sebagaimana yang dipakai oleh Imam-Imam masjid yang lain.Hoslan tidak senang dengan ketegasan Ustaz Asri kerana Hoslan sering ditegur kerana selalu ponteng tugas (di cover oleh ayahnya), dan selalu melarikan diri setiap program yang dianjurkan oleh masjid. Hoslan juga ingkar agar diwajibkan semua Imam-Imam dan Bilal memakai pakaian rasmi sewaktu Solat Jumaat kerana Hoslan lebih suka dengan penampilannya.
Sewaktu Hoslan bertugas untuk membaca khutbah dan menjadi Imam Solat Juma'at, terdapat banyak rungutan daripada jemaah kerana bacaannya dalam Solat dari segi Tajwid tidak betul.Malah beberapa jemaah juga tidak senang apabila Hoslan dengan riak seolah-olah menunjuk-nunjuk menangis sewaktu membaca Khutbah. Daripada rungutan jamaah tersebutlah, maka pihak masjid mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Hoslan membaca khutbah dan menjadi Imam bagi Solat Juma'at. Hoslan juga dinasihati agar mendalami ilmu Tajwid kerana masjid juga mengadakan pengajian Bertalaqi al-Quran bertajwid yang dibimbing oleh Ustaz Khalid Isa. Namun Hoslan tetap dengan pendiriannya untuk tidak belajar dengan berkata, bahawa beliau hanya menyerahkan bacaannya kepada Allah swt.
Masjid Ar-Rahimah sebagaimana lazimnya juga menjemput penceramah untuk menyampaikan Tazkirah Juma'at. Pada satu Juma'at sekitar tahun 2008, seorang Pegawai Jakim datang menyampaikan Tazkirahnya dan seterusnya akan menaiki mimbar untuk berkhutbah dan menjadi Imam Solat.Hal ini tidak disenangi oleh Hoslan yang akhirnya beliau sendiri naik ke atas mimbar untuk berkhutbah dan sudah tidak dapat dihalangi lagi.Sebelum itu, berlaku sedikit pertengkaran di dalam bilik Imam di mana Hoslan memanggil semua Imam-Imam kecuali ayahnya sebagai syaitan. Perbuatan Hoslan menaiki mimbar membuatkan pihak JAWI memanggil beliau untuk diberi kaunseling yang diketuai oleh Ustaz Syed Abdullah.
Hoslan yang menjadi Imam Rawatib ditawarkan rumah wakaf kepunyaan masjid tetapi di atas nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, rumah tersebut tidak sesuai didiami kerana terlalu hampir dengan jalanraya. Maka pihak masjid mengarahkan Hoslan menduduki kuarters yg. terletak di dalam masjid di mana kuarters tersebut telah dikosongkan oleh Imam [email protected] Zakaria sebagai pendaftar nikah, berpindah pula ke kuarters masjid yang lebih selesa kerana dikosong oleh Imam Zahid Ya'acob. Imam Zahid ditukarkan ke Masjid At-Tarmidzi Taman Sentosa Jln kelang Lama yang baru siap dibina. Disebabkan tidak sabar untuk Hoslan menduduki kuarters yang berjiran dengan ayahnya, maka Hoslan memecah masuk kuarters tersebut tanpa memaklumkan kepada Ustaz Asri, Ketua Imam. Perbuatannya itu ditegur oleh Ustaz Asri dan Hoslan mula menaburkan fitnah dengan mengatakan Ustaz Asri datang ke rumahnya seperti gengster.
http://arrahimah.blogspot.com/20 ... n-yang-sebenar.html |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan
Penamatan jawatan Imam Hj Hoslan berlaku, apabila Hoslan sekali lagi bertindak menaiki mimbar untuk berkhutbah walaupun dilarang.Kali ini Hoslan tidak memakai jubahnya dan berserban tetapi memakai baju Melayu sepasang, bersampin dan memakai songkok.Beberapa jemaah yang melihat Hoslan, ketawa dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Hoslan.Maka sekali lagi pihak JAWI memanggilnya dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya setelah diberi nasihat, kaunseling dan amaran berkali-kali. Dengan itu Hoslan juga diminta agar mengosongkan kuarters yang didiaminya kerana ia untuk digunakan juga oleh pegawai-pegawai masjid yang hanya menumpang di kuarters2 pegawai yang lain. Hoslan tetap berkeras tidak mahu pindah walaupun pihak masjid dengan begitu baik memohon untuknya Pangsapuri PPRT di Jalan Chocrane. Kedegilan Hoslan membuatkan pihak masjid terpaksa memotong bekalan api dan air di kuarters tersebut, namun Hoslan bertindak pula menyambung getah dengan mengambil air dari pili masjid, sementara bekalan elektrik diambil dari rumah ayahnya dengan menyambung wayar. Akhirnya pihak masjid tidak ada pilihan selain daripada mengambil tindakan mahkamah ke atas Hoslan dan bermulalah kes Hoslan di mahkamah. Hoslan juga sering membuat kacau di mana pada satu Juma'at, Khatib sedang membacakan khutbah melarang umat Islam menyertai Perhimpunan Bersih, maka Hoslan terus membuka jubahnya dengan mempamirkan baju Bersih yang ada di dalam jubahnya.Disebabkan perbuatnnya itulah, pihak polis terpaksa menahan beliau dan menyiasat kegiatannya.Hoslan yang cuba merayu dengan membangkitkan beberapa isu yang tidak berkaitan, membuatkan Hakim terpaksa menolak rayuannya.Sebagaimana sikapnya yang keras hati, itulah yang ditunjukkannya kepada semua masyarakat sehingga sanggup membaling kedua-dua seliparnya ke arah ketiga-tiga Hakim. Kemudian sebagaimana lazimnya, Hoslan akan menjaja-jaja kepada umum sambil mempamirkan kewarakkannya untuk meraih simpati tentang keburukan mahkamah pula.Akhirnya di atas kebijaksanaan Hakim-Hakim, maka Hoslan terpaksa didiamkan dan dipenjara selama setahun di atas perbuatannya yang keterlaluan menghina Instituti Kehakiman.
Buat pengetahuan umum. bapanya Hj Hussain jiga ditamatkan perkhidmatannya sebagai Imam Kariah kerana faktor usia.Ini memandangkan pihak JAWI mengambil berat dari segi bacaan dan lain-lainnya.Namun begitu pihak JAWI dan masjid, begitu bermurah hati memeberi keizinan untuk ayahnya terus menduduki kuarters masjid disebabkan beliau tidak mempunyai kediaman yang tetap. Kami berharap, dengan pendedahan ini akan membuka mata semua masyarakat tentang perkara yang sebenarnya berlaku.Hoslan dipecat di atas perangi buruknya sendiri dan pemecatan dilakukan oleh pihak JAWI dan tidak ada unsur-unsur keterlibatan orang-orang politik seperti yang dijaja-jaja olehnya.
http://arrahimah.blogspot.com/20 ... n-yang-sebenar.html |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau terpacak tumit kat kepala, nanti jadi manslaughter pula meritokrasi..:funk ...
~anya~ Post at 11/3/2012 10:07 PM 
man slaughter ke man's laughter  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mari mari melawat ke kedai saya https://www.facebook.com/pages/Kedai-Barang-Pelikss/101290773292634. ada spe2 leh ajar saya cara nak buat signature? sy budak baru. hee |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|