|
|
Mutakhir
Shah Jaszle dituduh berkhalwat
PETALING JAYA: Pelakon kontroversi, Shah Jaszle mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini atas tuduhan berkhalwat pada Mei lalu.
Shah Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, yang diwakili peguam Asyraf Rani kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.
Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah kemudian menetapkan 21 Januari tahun depan untuk sebutan kes.
Bagaimanapun, wanita yang didakwa bersamanya, Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan didenda RM3,000.
Bekas pegawai bank itu turut berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Dia yang memakai jubah dan berselendang hitam membayar denda itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/12
|
|