CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: crossfire

Imam baling selipar dpt Kuarters Baru

  [Copy link]
Post time 10-3-2012 05:29 PM | Show all posts

Imam baling selipar dpt Kuarters Baru

Bukan itu sahaja malah ada dikalangan geng sarban dan spesis tudung laboh sampai ketumit ini yang me ...
Maideen. Post at 10-3-2012 08:07


tompang tanya.. Cemane niat sunat solat sebelum baling selipar?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2012 05:30 PM | Show all posts

Imam baling selipar dpt Kuarters Baru

ape masalah disiplin yg imam ni buat sampai kene halau dari kuarters? Tunjukkan senjata ummah kat jiran sebelah?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 05:37 PM | Show all posts
spesis tak cukup oksijen macam conan jek yang caya..


(posted by mobile)
ella. Post at 10-3-2012 17:25



    sorban ikat ketat sangat kata nya bang el.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 06:13 PM | Show all posts
betul tu, mana boleh bandingkan kesalahan baling selipar dlm mahkamah dengan songlap duit rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 06:16 PM | Show all posts
tu la, sapa suruh baling kasut kat mahkamah, lebih baik pi disnelyland
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 07:00 PM | Show all posts
hukuman penjara hanya sesuai utk kes2 jenayah bukannya kes2 moral baling kasut mcm ni

hukuman ini hanya memalukan institusi kehakiman yang tujuannya utk mencari keadilan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2012 07:14 PM | Show all posts
Kes moral?

Itu pengedar dadah semua kes moral. Dia mengedar produk yg pasaran mahu.

Jadi pengedar dadah tak layak dipenjarakan konan? 'Civil liberty' dia utk edar dadah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 08:25 PM | Show all posts
spesis tak cukup oksijen macam conan jek yang caya..


(posted by mobile)
ella. Post at 10-3-2012 17:25


Jangan takajut jika dia kata baling selipar itu hanyalah kesalahan moral dan bukannya kesalahan undang undang! Prrrrrrrrrpfffftght


Maideen~Moral habah eh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2012 10:58 PM | Show all posts
Karpal akan mohon semakan hukuman imam


Susan Loone
6:14PM Mac 10, 2012



Peguam veteran, Karpal Singh akan memfailkan permohonan bagi  Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusannya menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas imam Hoslan Hussain ekoran insiden melempar selipar.

Karpal, yang merupakan peguam yang mewakili Hoslan berkata hukuman Mahkamah Persekutuan itu adalah "nyata keterlaluan".

Karpal berkata, Hoslan tidak akan berpeluang untuk mengemukakan
rayuan kerana hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, dalam kes-kes terkecuali, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri.

"Tidak syak lagi apa yang Hoslan lakukan adalah salah. Ia adalah tidak wajar dan tidak dapat dipertahankan, tetapi di sisi lain, Mahkamah Persekutuan perlu mengambil kira keadaan yang membawa kepada tindakan imam tersebut," kata Karpal kepada pemberita dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Beliau telah dihalau keluar dari kuarters kediamannya di masjid di Kampung Pandan, dan kes itu berlarutan sejak tahun 1999.

"Beliau diberitahu rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan telah
ditolak kerana ia melampaui masa, oleh itu dia bertindak dalam kekecewaan pada saat itu," tambah peguam veteran tersebut.

Pada tahun 2008, Jabatan Halehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan mengeluarkan arahan mengusir imam tersebut yang tinggal di dalam kawasan Masjid Ar Rahimah, selepas dakwaan masalah tatatertib dibuat terhadapnya.

Hoslan, bapa kepada tujuh orang anak, melempas selipar ke arah panel tiga anggota mahkamah tertinggi itu, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zaleha Zahari dan Hakim Besar Malaya, Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin yang mengetuai panel tersebut.

Insiden melempas selipar itu berlaku pada 22 Februari. Dua minggu selepas itu, Hoslan dipanggil ke Mahkamah Persekutuan dan dijatuhkan hukuman pada 8 Mac.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 11:00 PM | Show all posts


'Suami saya tidak ganas', kata isteri imam Hoslan


Zulaikha Zulkifli
2:15PM Mac 10, 2012



Isteri kepada Hoslan Hussin yang dijatuhkan hukuman penjara setahun di atas kesalahan menghina mahkamah kerana melemparkan seliparnya ke arah panel hakim, menyifatkan suaminya bukan seorang yang ganas seperti yang didakwa.

Noorliza Mat Isa, 43, berkata, Hoslan yang merupakan seorang imam juga tidak pernah sesekali memarahi dan memukul anak-anaknya.

Malah, Noorliza menambah, suaminya itu juga bukan seorang panas baran.

"Suami saya tidak ganas seperti yang hakim kata. Dia marah saya, anak-anak pun tidak. Saya dah berkahwin dengan dia 17 tahun, saya tahulah. Pukul anak-anak pun dia tak pernah.

"Cuma dia seorang yang tegas bila melibatkan soal agama," katanya ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya malam tadi

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman dilaporkan berkata, penjara setahun adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.

Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.

Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," kata Zulkefli.

Dalam pada itu, menceritakan detik-detik ketika mendengar hakim menjatuhkan hukuman terhadap Hoslan, Noorliza berkata, dirinya sememangnya sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.

Sambil menganggap hukuman yang dijatuhkan tidak adil, Noorliza turut mengatakan tindakan suaminya melemparkan selipar sebagai satu tindakan yang wajar.

"Tetapi apa pun, saya mengharapkan agar hukumannya diringankan atau singkatkan tempoh hukuman itu.

"Saya memang bergantung semuanya pada dia (Hoslan). Bila dia tiada, saya memang terasa sangat. Saya tak pandai memandu dan gaji saya kecil, RM750 sebulan. Memang tak cukup untuk menampung tujuh anak saya yang masih sekolah.

"Sebelum ini semuanya suami yang buat. Jadi, sekarang saya perlu berdikari. Tempoh setahun bukan sekejap... Tetapi walau apa pun, saya redha dan menganggap ini sebagai ujian," kata Noorliza yang bertugas sebagai pembantu guru PASTI.

Hasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang anak, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun.

Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak.

Hoslan dan Noorliza merupakan ahli PAS seumur hidup sejak tahun 1998 sehingga kini.

Menurut Noorliza, anaknya yang sulung kini belajar di Kuantan dan yang kedua di Klang. Manakala anak yang ketiga pula di Kelantan. Selebihnya mereka bersekolah di sebuah sekolah rendah agama swasta berhampiran dan di PASTI tempat beliau bekerja.

Selain itu, Noorliza turut menambah, beliau bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang memahami walaupun masih kecil.

Katanya, dari awal lagi beliau telah menceritakan dan memberitahu
kepada semua anaknya bahawa bapa mereka tidak bersalah dan apa yang dilakukannya merupakan satu perjuangan.

"Saya kumpulkan anak-anak, saya ceritakan pada mereka yang ayah tak salah. Itu semua perjuangan. Alhamdulillah mereka faham. Cuma yang bongsu kadang-kadang tanya bila ayah nak balik.

"Nak kata sedih, memang saya sedih. Tapi anak-anaklah penguat saya," katanya.

Sementara itu, semalam, Pemuda PAS mensasarkan RM20,000 kutipan derma bagi tabung membantu keluarga Hoslan.

Dan hari ini, Muslimat PAS berkata akan menyumbang RM800 sebulan selama setahun kepada Noorliza untuk membantunya membesarkan anak-anaknya.

Sehubungan itu, Noorliza berkata, beliau amat berterima kasih
kepada pihak yang ingin membantu dan menganggapnya sebagai pendorong bagi dirinya untuk menjadi lebih kuat dan hidup berdikari sementara suaminya di dalam penjara.

"Bagi yang nak membantu saya sangat mengalu-alukan kerana memang tak cukup untuk saya menyara anak-anak saya dengan duit gaji yang ada. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak," ujarnya.

Bagi yang ingin menderma terus kepada Noorliza, boleh menderma ke akaun CIMB- 12530022498528 atas nama Noorliza Mat Isa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 12:50 AM | Show all posts
Maideen berharap Mahkamah akan menyemak semula keputusan mereka dan menambah hukuman penjara kepada imam pas yang kurang ajar itu kepada dua tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 12:53 AM | Show all posts
No komeng












Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 12:56 AM | Show all posts
Sunnah Rasulullah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 01:02 AM | Show all posts
'Suami saya tidak ganas', kata isteri imam Hoslan



Isteri kepada Hoslan Hussin yang dijatu ...
along3746 Post at 10-3-2012 23:00



    Perjuangan apa? Adakah Rasulullah pernah baling kasut kepada hakim semasa riwayat nya?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 01:06 AM | Show all posts
'Suami saya tidak ganas', kata isteri imam Hoslan



Isteri kepada Hoslan Hussin yang dijatu ...
along3746 Post at 10-3-2012 23:00


kesian pulak tengok anak2 dia... mengapa dia tak fikir dulu seblom baling selipar tersebut.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 11:06 AM | Show all posts
kesian pulak tengok anak2 dia... mengapa dia tak fikir dulu seblom baling selipar tersebut.....: ...
~anya~ Post at 11-3-2012 01:06

Jangan lupa bini Ostad PAS yang kurang ajar itu kata apa Anya:

"Sambil menganggap hukuman yang dijatuhkan tidak adil, Noorliza turut mengatakan tindakan suaminya melemparkan selipar sebagai satu tindakan yang wajar."


Tak heran kalau bini Imam PAS ini juga kurang ajar macam laki dia! Macam Imam PAS yang kurang ajar itu, tak ada remorse langsung dalam diri mereka. Seperti yang kita ketahui, hasil dari kajian saintis omputih mendapati orang yang tak ada remorse ini menghidapi apa yang dipanggil penyakit antisocial personality disorder.


Benar mereka datang dari kampong dan miskin, tapi ramai juga orang yang datang dari kampong yang miskin dan kurang berpelajaran yang tidak kurang ajar, tidak sombong dan tidak ganas macam imam PAS itu. Ramai jugak yang datang dari kampong yang miskin  dan kurang berpelajaran yang tidak sakit hati dengan kesenangan dan kejayaan orang lain dan tidak menggunakan "Islam" sebagai saloran untuk meluahkan perasaan dengki yang timbul dari hati busok mereka.

Orang yang menghidapi antisocial personality disorder macam imam PAS ini bila melihat orang berjaya akan berkata," Dia kaya musti kerana makan rasuah!". Sambil mereka naik motor mereka dan melihat orang ada kereta mereka akn berkata, " Tak apa, besok kat syurga kereta aku lagi besar dan engkau akan terbakar dalam neraka hahahahaha!"

Mereka sering berkata, " Urban lah kunun. Besok kat Padang Masyar jawablah!". Mungkin ini merupakan satu cara nak memujuk hati kaldu mereka yang sakit!

Selalunya yang berhati busok sesambil Isle kesana Isle kemari, aurat kehulu aurat kehilir, sikit sikit hukum Allah sikit sikit hukum Allah begini adalah orang Melayu!

Apa apa pon padan lah muka Imam PAS itu. Kepada bini dia balik lah kampong, kuruskan badan sikit. Bila dah kurus sikit, nanti adalah lobai PAS lain yang nak berminat dengan ko. Mintak lah fasal dari Hoslan Hussin pejuang Islam yang kurang ajar itu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2012 11:54 AM | Show all posts
Karpal: tak wajar, nyata salah
Bini: wajar..


Siyesly.. Need to elaborate?



Recap kes baling selipar:
Imam: not my fault, saya dulu dibesarkan sbg mat rempit
Imam: baling selipar satu stetmen simbolik (lepas 4 hari dibasuh karpal)
Karpal: mmg salah, tp give compassion
Bini imam: wajar



Baghal punya preference still: bukan salah saya baling selipar, saya dulu dibesarkan sbg mat rempit.

Curlastttt kawwwww
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 12:00 PM | Show all posts
baling kasut penjara 2 tahun

Rasuah Khir Toyo apa citer????????
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 12:07 PM | Show all posts
Relativity.. Makkk.. Org tu buat along.. Huwaaaaa...

Prffthhhh... Lagi jijik dari pakai alasan 'saya dibesarkan sbg rempit'

:mutohija:
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 12:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.054264 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list