Kredit foto: TODAYOnline
Seorang pelajar yang berasal dari Indonesia, Reynhard Sinaga, 36 disifatkan sebagai perogol paling prolifik di Britain dipenjara seumur hidup selepas didapati melakukan 159 kesalahan 5ek5ual, termasuk melakukan kes r0gol sebanyak 136 kali.
Untuk kes ini, Reynhard turut digelar predator kerana sangat mahir dalam memperdaya mangsa.
Polis berkata, dalam satu rakaman CCTV, Reynhard berjaya mendapatkan mangsa hanya dalam tempoh masa 60 saat sahaja.
Kredit foto: CCTV GREATER MANCHESTER POLICE via bbc.com - Rakaman CCTV semasa Reynhard Sinaga keluar dari apartmennya di Manchester
Kelab malam yang berhampiran di sekitar apartmennya adalah sasaran aksi jahat Reynhard. Modus operandinya mudah.
Dia mensasarkan orang yang tidak sedarkan diri kerana terlalu mabuk, atau yang tidak mempunyai wang untuk pulang ke rumah dan mengajak mangsa ke rumahnya untuk memuaskan nafsu serakahnya.
Dia kemudian merakamkan aksinya merogol mangsa yang kesemuanya dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan sering melakukannya beberapa kali selama beberapa jam.
Kredit foto: bbc.com - Rumah Reynhard di sebelah kiri, dan kelab malam di sebelah kanan
Memetik laporan bbc.com, Reynhard datang ke England sejak tahun 2007 dengan visa pelajar. Dia memperoleh sarjana sosiologi di Manchester University dengan disertasi bertajuk G@y South Asia, lelaki bi5ek5u@l di Manchester.
Pada tahun 2012, beliau memulakan PhDnya di Universiti Leeds namun tidak sempat menghabiskannya.
Reynhard Sinaga mula menjadi perhatian polis sejak tahun 2017 selepas pihak polis menerima laporan oleh salah seorang mangsa yang tersedar ketika suspek cuba merogolnya.
Polis kemudian menahan Reynhard dan memperoleh bukti dalam bentuk video rogol selama beratus-ratus jam di telefon bimbit Reynhard.
Malah, Reynhard turut mengambil barang-barang mangsa sebagai kenang-kenangan.
Kredit foto: independent.co.uk
Kredit foto: cnn.com
Rey menggunakan sejenis ubat bius yang dipanggil Gamma Hydroxybutyrate (GHB) terhadap mangsanya yang mampu membuatkan mangsa tidur berjam-jam serta hampir tidak mengingati apa yang berlaku pada mereka.
Hakim sendiri menyifatkan perbuatannya Rey sangat kejam dan keji kerana merogol mangsanya berkali-kali walaupun mangsanya mengalami pendarahan.
"Berdasarkan penghakiman saya, suspek adalah sangat bahaya. Suspek juga adalah seorang individu paling keji dan licik serta tidak selamat untuk dibebaskan," jelas Hakim Suzanne Goddard yang dipetik dari Sky News.
Reynhard dipenjara seumur hidup selepas disabitkan bersalah.
 Kredit Foto - The Times - Ibu Bapa Rey
Memetik laporan BBC, bapanya, Saibun Sinaga yang merupakan taikun hartanah berkata, "Kami terima keputusan itu. Hukumannya setimpal dengan jenayah yang dilakukannya. "
Namun lain pula reaksi ibunya. Bercakap kepada Sunday Times, Normawati Sinaga berkata "Kami adalah keluarga yang baik yang tidak mempercayai homoseksual. Dia adalah bayi saya," katanya.
Normawati berkata, dia tidak mengetahui anaknya seorang gay dan percaya mangsa hanya mereka cerita.
Normawati turut menggambarkan anaknya sebagai anak yang pendiam, sering pergi ke Gereja dan bermain piano.
Depan ibu bapa pijak semut pun tak mati. Rupa-rupanya perogol bersiri. Apa nak jadi. - CARI
Sumber - BBC |