CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

   Close [Copy link]
Post time 26-6-2018 10:12 PM | Show all posts
tanya sikit2 macam ni bila nak habis...hekkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2018 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
aku baru perasan ade update kat page 1..
paling geram dgn bapa ashraf tu...
pengamal perubatan islam konon...tp last2 mengaku ade guna ' barang'
puihhhhhhh.sgt
klau semua bnda boleh selesai dgn 'tgk' n buat smbahyang hajat +istikharah je xyahla ade mahkamah polis bagai...
betul2 penunggang agama
nama farhan naik konon....
elok time ko solat tu naik nama anak ko sndiri.. baru ade akai
geram sss
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 08:37 AM | Show all posts
bilik sapa 305? 406 tu bilik aufa aimn n sufi kn
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 08:50 AM | Show all posts
Thanks TT buat summary kat depan tu..
agak sibuk.. tak dapat nak belek satu2 page
moga arwah menerima keadilan yg sepatutnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 08:51 AM | Show all posts
mongoose_kidz replied at 27-6-2018 12:47 AM
aku baru perasan ade update kat page 1..
paling geram dgn bapa ashraf tu...
pengamal perubatan isl ...

dia punye syirik khurafat sampai boleh membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:48 AM | Show all posts
perghhh makin complicated. masing2 nak tuduh arwah n back up OKT. korang ni mmg takut OKT akan trlepas kan sbnrnya. yang dah meninggal dah tentu laa tak boleh nk bangun balik. yg hidup ni korang sanggup back up konon klu OKT tak bersalah n kalau dilepaskan korang cuak la OKT akan cari korang balik kan. sbb tu korang sanggup cakap yg mengarut2. adoi plz laa bagi keterangan yg ikhlas sikit. plg sakit aty dgn statement izzul. kau dah npk member terbaring mcm tu siap dgr arwah menjerit lg blh plak kau buat tak tau. bodoh gilerrrrrrrrrr. takkan la tak npk semua OKT. mmg npk sgt dia nk back up OKT. takkan lepas arwah jerit lepas kne iron OKT terus lari kot. pdhal klu ikt statement lepas dorg buli OKT smpai azan subuh kan. dari situ pn dh something fishy sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2018 11:06 AM | Show all posts
statement izzul tu xtau la dier menipu or dier mmg xnak masuk campor tapi kalau ikot logik manusia patut dgr org jerit makin kite nak tgk..

hari tu lepas soal siasat farhan dier balik bilik ke ape? dier xsngkut plak
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
“SAYA sedih, saya ingin buat laporan,” kata seorang penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) yang mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa dia telah menulis dua surat layang untuk memberitahu pihak atasan UPNM bahawa Zulfarhan Osman Zulkarnain telah didera oleh rakan-rakannya.

Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi, 22, penuntut tahun tiga jurusan Kejuruteraan Awam UPNM berkata dia telah menulis surat tersebut setelah melihat pegawai kadet laut itu terbaring dengan seluruh badannya menggelembung dipenuhi tompok kehitaman dan darah pada kulitnya di bilik 4-10 asrama penginapan UPNM pada  6 petang, 22 Mei 2017.

Katanya pada hari tersebut, dia telah pergi ke bilik itu untuk menemui Muhammad Izzul Akhtar, seorang daripada ahli bilik berkenaan berkaitan tugasan kuliah bagaimanapun Muhammad Izzul Akhtar tiada di bilik itu.

“Saya cari Izzul, dia tiada, ketika saya hendak keluar, saya ternampak Osman (Zulfarhan Osman) di atas katil, di hujung bilik, ditutup dengan kain pelikat pada bahagian pusat ke lutut,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada prosiding hari ke-11 kes itu hari ini.


Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata dia kemudian terus balik ke biliknya di asrama 4-06 dan berbincang dengan seorang rakan sebiliknya yang dikenali sebagai Akmal Akif untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Pada mulanya kami ingin buat laporan secara berdepan dengan jurulatih tetapi takut identiti kami akan dibocorkan, jadi kami memikirkan untuk buat surat layang,” katanya memberitahu Akmal Akif mencadangkan untuk menulis surat layang itu manakala dia telah menulisnya di atas kertas A4.

Katanya surat layang pertama diselitkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 dan surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.

Muhammad Aiman Aufa bagaimanapun berkata surat layang pertama yang ditulis: “Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!’ - Hamba Allah" bagaimanapun surat itu diketahui oleh semua ahli bilik 4-10 selepas jurulatih memasukkan surat itu ke dalam mesej melalui aplikasi Whatsapp.

Saksi itu berkata penyebaran surat tersebut telah menyebabkan usahanya untuk memberitahu pihak atasan bahawa Zulfarhan Osman didera gagal apabila seorang daripada penghuni bilik 4-10, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang merupakan tertuduh pertama terlebih dahulu memindahkan Zulfarhan Osman ke bilik 4-06 dengan alasan menumpangkan mangsa di bilik berkenaan untuk sementara waktu.

Muhammad Aiman Aufa berkata selepas kegagalan surat layang pertama, dia dan Akmal Akif sekali lagi bersepakat untuk menulis surat layang kedua yang tertera ayat, “Sila cari pegawai kadet laut Zulfarhan Osman” namun surat itu telah ditemui seorang penuntut lain.

Terdahulu, seorang pemandu Uber yang kini dikenali sebagai Grab, Mustapa Kamal Ibrahim, 56, berkata dia pernah menemui Zulfarhan Osman dalam keadaan mangsa berbau busuk, hamis dan bajunya dipenuhi tompok darah.

Saksi pendakwaan ke-22 itu berkata dia telah menerima satu tempahan melalui sistem tempahan perkhidmatan dalam talian antara 9 dan 10 pagi, 31 Mei 2017 yang memintanya mengambil penumpang di Apartment De Centrum di Bangi dan menghantar penumpang tersebut ke sebuah klinik, juga di Bangi.

Katanya, dia kemudian telah ke apartmen itu sebelum menemui penumpangnya iaitu tiga lelaki dengan seorang antaranya duduk di atas kerusi roda dan berkain pelikat.

“Saya tengok, eh kenapa budak ni (Zulfarhan Osman) duduk atas kerusi roda, saya keluar (dari kereta) tengok, budak ni macam tak terurus, bau busuk, baju ada tompok darah, ada macam air bisa kat badan dia, tangan dan kaki dia berbalut dengan ‘bandage’. Baunya macam menyucuk hidung, macam hamis, saya tanya ni apa hal ni kawan kau, dia diam sahaja,” katanya memberitahu dia bertanyakan soalan itu kepada dua rakan mangsa.

Mustapa Kamal berkata dia kemudian membantu Zulfarhan Osman untuk masuk ke dalam kereta kerana melihat dua rakannya itu seolah-olah tidak mengendahkan mangsa.

“Saya papah (Zulfarhan Osman) sebab kawan dia yang dua orang tu tak berapa menolong. Kalau kawan rapat tu, susah-payah akan tolong, jadi saya cakap (kepada dua individu itu) tolonglah kawan kau, budak dua orang tu senyum je,” katanya.

Mustapa Kamal berkata sebaik tiba di klinik, dia sekali lagi membantu Zulfarhan Osman keluar dari kenderaan, memapahnya duduk di kerusi roda serta menolak kerusi roda itu sehingga ke depan klinik dan mangsa berulang kali mengucapkan terima kasih kepadanya.

Saksi itu berkata dia kemudian memandu kenderaannya beredar dari situ dan ketika mengerling ke belakang, dia melihat ada lendir dan darah di kerusi belakang keretanya yang diduduki Zulfarhan Osman, lalu dia memberhentikan kenderaannya untuk membersihkan kesan tersebut dan mengambil penumpang lain.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azman Abdullah bersambung esok.– Bernama, 27 Jun, 2018.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2018 10:08 PM | Show all posts
aiman aufa yg tulis surat layang tu rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih baca part pakcik grab bantu arwah, siapalah budak jahanam 2orang tu,masih boleh trsenyum lagi! !
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kasihannya. Sampai ht bdk2
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr keterangan uncle uber boleh rasa eh berlagaknya diorg.takde ke rasa menyesal.siap buat tak tau lg
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:30 PM | Show all posts
nama mubin mana tak naik2 lagi...patut selamber jual air mangga..sorry speku...
rasa macam tengok cerita Nur pulak, Nur dah kena teruk2 tapi dia diam je tak bagitau orang pun....kenapa zulfarhan tak bagitau pakcik grab tuu...

yg jurulatih tu pi viralkan surat tu ke apa...aduii
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 27-6-2018 11:14 PM
Jeasabri replied at 27-6-2018 10:04 PM
“SAYA sedih, saya ingin buat laporan,” kata seorang penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) ...


Menangis semahu-mahunya aku bila baca article ni
Betapa azabnya Allahyarham di perlakukan oleh OKT2 BANGSAT tu
Aku doakan semoga Allah SWT merahmati hidup Muhammad Aiman Aufa,  Akmal Akif & pakcik Grab Mustapa Kamal Ibrahim. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Robb
Sakit sgt hati aku kpd jurulatih yg nampak sgt PEMALAS dgn ambil ringan hal ni melalui jln mudah just masukkan surat melalui WhatsApp tanpa perlu pergi sendiri utk menyiasat secara terperinci terlebih dahulu
Dari keterangan yg di berikan pakcik Grab tentang keadaan Allahyarham buat aku dok menyumpah2 kat si doktor LAHANAT tu & OKT2 BANGSAT
Aku nak tekankan di sini kalau Hakim berat sebelah dlm memberikan keputusan kelak bilamana keputusan lebih berpihak kpd si OKT2 BANGSAT tu so menjawab lah kamu di SANA nanti tentang ketidakadilan kamu itu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
At last jumpa tak laptop tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks uols for all the updates...
Finally, dah tau sapa yg tulis surat layang tu... moga  Allah merahmati mu dek Aiman.
Geram betul dgn jurulatih tu..patut pi la siasat, ni main upload ja dlm wassap... mmg patut kalau kena buang pun. Tak menjalankan tanggungjawab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2018 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Jeasabri replied at 27-6-2018 10:04 PM
“SAYA sedih, saya ingin buat laporan,” kata seorang penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) ...

Ternyata OKT Akmal Akif tak bersalah. Kawan bilik aufa yang teranaya
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 06:02 AM | Show all posts
Akmal akif dgn aiman aufa ni yg mana.. up gmbar sikit..


Buduh bangan punya coach.. dah nama surat layang yang pegi upload dalam wassap tu kenape.. bodoh giler..  sedih sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Terjawab dah.. Dak aiman yg rupanya tulis surat tu..terima kasih dik..secebis usaha ko ngan akmal akif..walaupon pon x berjaya.. Tp Allah kira niat kebaikan ko tu.. InshaAllah

Pakcik drebar grab.. Terima kasih coz cerita pakcik tally ngan cerita dik aiman ttg keadaan arwah yg sangat kritikal.. Bukan cerita doktor as salam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2018 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Cctv as salam tu.. Yg depa duk tunjuk kat vourt tu.. Utk 1st visot or 2nd

Sb yg 1st kan bleh jalan.. Yg 2nd berkerusi roda based on cerita pakcik drebar grab
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.310681 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list