CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: lil_sparky

[Jenayah] (VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg

   Close [Copy link]
Post time 4-6-2018 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyDiddy replied at 4-6-2018 07:52 PM
Dengar orang jerit n nampak orang terbaring tapi buat taktau..iron baju lebih penting

Macam fishy ...

Ya something fishy
Maybe kena ugut oleh lahanat2 tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 4-6-2018 08:26 PM
Ya something fishy
Maybe kena ugut oleh lahanat2 tu

Kan..mcm tergantung jer.. ntah2 saksi tu nmpk farhan n yg suspek tgah keliling farhan. Suspek ugut saksi ker..
Memang hati bsuk lah suspek..siap arwah jerit sakit pun xda terbit simpati dlm hati dorg..dh la msa bulan puasa.. nmpk sangat memang perangai setan..suka seksa org
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehh kijap..budak nie bukan kawan baik para2 okt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jeasabri replied at 4-6-2018 08:53 PM
Ehh kijap..budak nie bukan kawan baik para2 okt ke?

Budak ni yg katanya bff arwah.kawan satu sekolah, rapat sampai tido rumah sekali dkt johor...pelik
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa sambungan cerita Izzul ni? Dengar orang menjerit, rasa panik dan takut. Buka pintu tgk kawan baik terbaring atas lantai, terus angkat baju pegi gosok? Your story does not add up dik, try harder
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 09:42 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR — Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberitahu Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes pembunuhan Zulfarhan Osman Zulkifli bahawa beliau dia terdengar jeritan seseorang di dalam bilik 04-10 asrama penginapan universiti itu pada 4 pagi, 22 Mei 2017.

Muhammad Izzul Akhtar Rosli, 22, berkata ketika itu dia baru sampai ke bilik asramanya untuk mandi selepas pulang dari masjid UPNM.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata dia yang ketakutan ketika itu kemudian membuka pintu dan melihat Zulfarhan Osman terbaring di dalam bilik tersebut.

“Saya nampak dia tengah baring dekat lantai,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada perbicaraan hari kelapan kes itu di sini, hari ini.

Ketika ditanya bagaimana keadaan Zulfarhan Osman ketika itu, saksi berkenaan berkata dia tidak pasti kerana hanya memandang sekilas sahaja ke arah mangsa sebelum mengambil baju dan beredar keluar ke bilik 04-09 yang terletak bersebelahan, untuk menggosok baju.

Muhammad Izzul Akhtar merupakan penghuni bilik 04-10 bersama empat lagi penghuni lain termasuk tiga tertuduh iaitu tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan tertuduh kedua, Muhammad Najib Mohd Razi yang dituduh membunuh Zulfarhan Osman serta tertuduh Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain yang dituduh mencederakan mangsa.

Kepada soalan Othman sama ada dia menegur Zulfarhan Osman yang sedang terbaring dan adakah Zulfarhan Osman, yang tidak menginap di bilik asrama itu, pernah tidur di biliknya, saksi itu menjawab: "Tidak".

Muhammad Izzul Akhtar juga berkata dia juga tidak pasti di mana rakan-rakan sebiliknya yang lain berada ketika itu.

Terdahulu, Bekas Penolong Ketua Batalion Tuah UPNM Kapten Haryani Hassan, 34, berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan di bilik 04-10 pada 23 Mei 2017 selepas menerima nota meminta pertolongan untuk merawat seseorang yang sakit di bilik tersebut.

Katanya beliau telah meminta Pegawai Waran UPNM bernama Arick untuk membuat pemeriksaan pada hari sama pihaknya menerima nota bertulis ‘Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ‘ambush’ bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!’ - Hamba Allah”.

Nota itu diselitkan di pagar hadapan pusat perubatan UPNM itu.

“(Setelah pemeriksaan dilakukan kira-kira 8.50 sehingga 9 pagi), saya terima laporan (daripada Arick) bahawa tiada orang di dalam bilik tersebut sebab masa itu adalah waktu kelas,” kata saksi pendakwaan ke-15 tersebut ketika pemeriksaan balas oleh peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili tertuduh pertama.

Semasa ditanya Amer Hamzah tentang tindakan lanjut yang dilakukannya selepas menerima laporan itu, Haryani berkata beliau telah berjumpa dengan semua penghuni bilik 04-10 termasuk Muhammad Izzul Akhtar pada malam 23 Mei tersebut namun diberitahu tiada sesiapa yang sakit di bilik itu.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang-sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok.

— BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
KulitKayuManis replied at 4-6-2018 09:10 PM
Budak ni yg katanya bff arwah.kawan satu sekolah, rapat sampai tido rumah sekali dkt johor...pelik

Kalau betul dia kawan baik arwah mana mungkin dia biarkan arwah terbaring .. pastu rela pilih pergi gosok baju dari kawan baik dia sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
e.gurl replied at 4-6-2018 09:42 PM
KUALA LUMPUR — Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberitahu Mahkamah ...

Thanks uols..for the full article
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2018 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada rakan cuba dapatkan bantuan tapi gagal jua

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Jeasabri replied at 4-6-2018 09:42 PM
Kalau betul dia kawan baik arwah mana mungkin dia biarkan arwah terbaring .. pastu rela pilih perg ...

Mungkin dia yang bagi notes yg cakap ada org perlukan bantuan dlm bilik tu...kita takde tempat dorang, maybe cuak ke terkedu ke takut
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:39 AM | Show all posts
xleh brain mcm mana so called bff nampk bff terbaring kat lantai tp xtegur dan tgok keadaan bff tu
kena ugut ng lawyer ke hape saksi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:47 AM | Show all posts
wowww makin menarik. bff arwah kot yg dok belajar same mse kt johor kan. aku rasa la msti suspek ada skli dlm bilik tu tp dia tkut nk ckp. klu tak takkan laa dia blh buat bodoh member dah terbaring lepas jerit kuat time tu. kau member rapat arwah kot. takkan blh buat dek je. ala aku rasa dia pn tau arwah kena dera mlm tu. sbb tu dia blah pegi mane-mane sbb OKT sume kan dah plan awal nk dera arwah. sape ke ari tu ckp bukan iron yg digunakan utk dera arwah tu dia punya ke. adoii dik pls la jgn nk back up OKT sgt. aku rase izzul ni cuak lebih laa. takut sgt kot2 OKT trlepas dia plak kne buli kt UPNM nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 08:55 AM | Show all posts
Akak x boleh la nk baca kisah psl arwah ni..sakit hati, geram, sedih...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
KulitKayuManis replied at 4-6-2018 09:10 PM
Budak ni yg katanya bff arwah.kawan satu sekolah, rapat sampai tido rumah sekali dkt johor...pelik

Bukan sis,izzul akhtar ni roommate hairi,najib,luqmanul,alif [email protected] akhtar pun ada ckp dia x rpt dgn arwah,just tegur2 gitu jer...yg kawan sekolah menegah n pernah tidur kat rumah arwah,nama dia ilham..maybe 26-29 ni ilham tu akn bagi keterangan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 03:16 PM | Show all posts
agak tergantung la statement izzul ni..pas dier tengok xkan dier xde masuk dah dlm bilik dier?xkan dier xde ambik tahu or cari arwah kalau takot skalipun..xde org pergi court ke nk cite details..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 04:45 PM | Show all posts
Zulfarhan mengadu dipukul rakan kerana dituduh curi ‘laptop’ – Teman wanita
June 5, 2018

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Teman wanita kepada Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang meninggal dunia dipercayai didera rakan seuniversitinya tahun lepas, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mangsa pernah mengadu yang dia kesakitan kerana dipukul oleh rakan-rakannya.

Nurul Syuhada Md Jamean, 22, penuntut tahun akhir UPNM jurusan Sumber Manusia, berkata Zulfarhan Osman juga memberitahunya melalui panggilan telefon yang dia dituduh mencuri komputer riba milik tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal.

“Dia (Zulfarhan Osman) kata dia sakit. Dia nak beritahu sesuatu, dia kata jangan beritahu orang lain…dia beritahu kena pukul. Dia dituduh curi ‘laptop’. Saya tanya betul ke dia (Zulfarhan Osman) ambil laptop itu, dia kata bukan dia curi, tapi kawan-kawan kata dia mencuri,” katanya dan menambah bahawa Zulfarhan Osman tidak memberitahu di mana dan bila kejadian pukul itu berlaku.

Saksi pendakwaan ke-18 itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada perbicaraan hari kesembilan kes itu di sini, hari ini.

Nurul Syuhada berkata dia bertanyakan Zulfarhan Osman siapa yang memukulnya dan mangsa memberitahunya “ramai” namun tidak menyebut nama individu tersebut.

Saksi itu berkata Zulfarhan Osman juga mencari seseorang yang boleh membantunya mencari komputer riba itu dan ada meminta pertolongannya untuk memberitahu perkara itu kepada ibu Nurul Syuhada.

“Pada mulanya saya tak beritahu terus pada mak saya sebab saya tak rasa mak boleh tolong, tapi bila saya fikir mungkin dengan cara ni (beritahu mak) saya boleh tolong dia (Zulfarhan Osman), jadi saya hubungi mak saya,” katanya.

Nurul Syuhada berkata ibunya bagaimanapun bertanya mengapa tidak membuat laporan kehilangan komputer riba itu kepada pihak atasan lalu dia memberitahu Zulfarhan Osman memintanya supaya tidak memberitahu sesiapa termasuk ibu bapa Zulfarhan Osman.

Selain itu, Nurul Syuhada berkata beberapa hari selepas panggilan itu, dia ada berjumpa dengan Zulfarhan Osman di dalam sebuah kereta di hadapan Blok Tuah, UPNM selepas maghrib pada 26 Mei 2017 dan ketika itu tertuduh kedua, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, dan tertuduh keempat, Muhammad Afif Najmudin Azahat, juga berada di situ.

Saksi itu berkata, pada pertemuan terakhir sebelum Zulfarhan Osman meninggal dunia pada 1 Jun, teman lelakinya itu memakai baju T berwarna putih dan kain pelikat dengan kedua-dua tangan mangsa kelihatan bengkak.

Menurutnya dia ada bertanya kepada Zulfarhan Osman sama ada keadaannya ‘okay’ dan Zulfarhan Osman berkata dia hanya mengalami lebam dan akan berehat.

Zulfarhan Osman turut memberitahunya dia tidak akan pulang ke kampungnya di Johor Baharu pada cuti UPNM selama tiga hari bermula 27 Mei 2017 kerana akan mengikut rakan-rakannya namun tidak pasti ke mana selain berpesan kepada saksi itu supaya menjaga diri.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama-sama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang-sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 26 Jun ini.— Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2018 05:04 PM | Show all posts
syuhada tu jadi saksi rupanya.dah setahun dah ye.masih rasa sakit hati bila baca
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu sekali diorg bukan manusia
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Joehanna replied at 5-6-2018 03:14 PM
Bukan sis,izzul akhtar ni roommate hairi,najib,luqmanul,alif [email protected] akhtar pun ada  ...

Ohh silap...sorryy lupa laaa...izzul tu yang tintaseorangpemuda tu kan..hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
KulitKayuManis replied at 5-6-2018 07:12 PM
Ohh silap...sorryy lupa laaa...izzul tu yang tintaseorangpemuda tu kan..hahaa

Bukan laa sis itu Fitri. .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.347832 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list