|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: LET NATURE BREATHE NEW LIFE INTO YOU
[Copy link]
|
|
|
Setiap perkara yang kita lakukan perlu mengikut adab. Dalam menuntut ilmu, terdapat adab-adab yang perlu diamalkan supaya perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan teratur dan berkesan :
i.Niat : Seseorang murid mestilah memasang niat yang suci dalam hatinya. Niat yang baik itu menjernihkan hati hingga mudah memahami pelajaran. Niat yang penuh keihklasan menyingkirkan syaitan dan mengundang dan Nur Illahi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Azam : Seseorang murid mestilah mempunyai kemahuan untuk memahami sesuatu ilmu. Allah berfirman di dalam Al-Quran Surah Al-Ahqaf ayat 35 yang bermaksud :? Hendaklah engkau berhati teguh seperti keteguhan hati para Rasul yang memiliki azam yang tinggi ?. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tekun : Pelajar mestilah memberi tumpuan semasa belajar. Diriwayatkan :
PRIVATETelah berkata Ibnu Mas'ud :" Adalah Rasulull s.a.w apabila berdiri di atas mimbar,kami sekelian menghadap beliau
dengan wajah-wajah kami" [Hadis Riwayat At-Tarmizi]
Dalam hadis yang lain ada diingatkan perlunya diam dikala khutbah (pengajaran) berlangsung, supaya isi pelajaran dapat diserap dengan baik |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Disiplin: Seseorang yang menuntut ilmu perlu ada sikap disiplin. Ini penting dalam menentukan arah matlamat kita untuk mendapatkan ilmu. Jika sikap disiplin dapat diamalkan dan dipupuk dalam diri pelajar, nescaya perlaksanaan pembelajaran menjadi mudah. Pelajar boleh menentukan dan merancang kaedah pembelajarannya dan dapat mencorak masa depan sendiri sejak awal. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Taat : Selain sikap disiplin, sikap taat juga penting. Seorang murid itu perlu taat pada gurunya. Ini kerana ketaatan seorang yang jahil kepada orang yang terpelajar adalah mengikut perintah agama iaitu ketaatan seluruh umat kepada Rasulullah s.a.w. ketika Baginda bersabda yang bermaksud : ? Ambillah apa yang didatangkan kepada Rasul kepadamu dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi ? . Juga firman Allah yang bermaksud: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah". |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hormat : Murid perlu menghormati guru yang mengajarnya supaya wujud keadaan yang harmoni dan hubungan kasih sayang. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hassan Al-Mawardi : " Muliakan orang yang kamu belajar daripadanya". "Muliakanlah guru-guru agama, kerana barangsiapa memuliakan mereka maka bererti mereka memuliakan aku". |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Memelihara Makanan dan Minuman : Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda amat
menitik beratkan soal permakanan dan Baginda pernah menyebut tentang seorang
manusia yang permintaannya tidak dimakbulkan oleh Allah Taala, walaupun dia
sering menadah tangan dan menyebut 'Ya Allah, Ya Allah'. Ini disebabkan sumber
permakanan dan minuman yang haram dan mempunyai unsur syubhah. Oleh itu,
permakanan perlu dijaga untuk mendapat kecerdasan otak, kesihatan fizikal serta
keberkatan dalam pembelajaran. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ADAB TERHADAP GURU
Murid-murid yang dikasihi, dulu kita tidak kenal A,B dan C,kita tidak tahu membilang 1,2 dan 3. Dari lidah kita yang telor dan tangan terketar-ketar kita lihat diri kita sekarang, kita bukan sahaja mampu menyebut dan membilang malah lebih dari itu kita mampu lakukan. Segala-gala yang kita miliki pada hari ini adalah bermula dari seorang guru. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik saja kita menjejak kaki ke kawasan sekolah, siapakah orang yang bertanggungjawab terhadap kita? Jawabnya tak lain dan tak bukan ialah guru.Tahukah kita siapa pula guru? Guru merupakan sumber utama kepada proses pendidikan dan pembelajaran di sekolah.Guru merupakan pengganti ibubapa/ penjaga ketika kita berada di sekolah selama 8 jam sehari.Oleh kerana itu, kita hendaklah mentaati dan menghormati guru sebagaimana kita kasih dan menghoramati ibubapa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Murid-murid yang dikasihi, siapakah guru kepada kita? Adakah selama ini kita tahu dan menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru kita? Pepatah Arab yang bermaksud : Sesiapa yang memuliakan orang alim yakni gurunya,bererti dia memuliakan tuhannya. Guru adalah orang yang banyak berjasa kepada kita. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Guru adalah ? Muaalim? iaitu menyampaikan ilmu samada llmu Fardhu Ain ataupun llmu Fardhu Kifayah.
3.2. Guru adalah ?Murabbi? iaitu mendidik dan mengasuh kita tentang cara hidup Islam yang digarisakan
melalui Al-Quran dan Al- Sunnah.
3.3. Guru adalah ?Muaddib? iaitu mengajar adab-adab dan tatasusila Islam sepertimana yang telah ditunjuki
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
3.4. Guru sebagai ?Muthabit dan Muwahhid? iaitu mengukuh aqidah dan pegangan serta membina keimanan
dan keyakinan terhadap Allah Taala.
3.5. Guru sebagai ?roll model? iaitu sebagai contoh dalam berbagai aspek samada dalam bentuk
perlakuan,komunikasi,penampilan dan sebagainya.
3.6. Guru juga bertanggungjawab menegakkan amal maaruf nahi mungkar.
3.7. Guru bertanggungjawab melahirkan insan yang mempunyai kekuatan
dalaman dan ketahanan diri murid-murid. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Murid-murid yang dikasihi, oleh itu kita hendaklah beradab terhadap guru dengan melakuan amalan sepertimana berikut:
4.1. Memberi salam dan sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan guru.
4.2. Menghormati,mematuhi dan mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh guru.
4.3. Memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya kepada apa yang diajar oleh guru di dalam atau di luar bilik darjah.
4.4. Sentiasa ringan tulang dan membantu guru walaupun tanpa disuruh.
4.5. Berdoa memohon taufik semoga Allah memberi keberkatan llmu yang dipelajarinya dan sentiasa
mendoakan guru.
4.6. Sentiasa berterima kasih dan bermohon maaf diatas sebarang kesilapan dan kesalahan yang
dilakukan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Murid-murid yang dikasihi, Insya Allah jika kita melakukan amalan tersebut segala ilmu dan tunjuk ajar yang dicurahkan oleh guru terhadap kita akan direstui dan diberkati. Semoga segala ilmu yang kita perolehi daripada guru akan membawa kejayaan kepada kita dunia dan akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahagia Tidak Boleh Dibeli
" JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI APA YANG KAMU SUKAI, MAKA SUKAILAH APA YANG KAMU MILIKI SAAT INI" |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pg 56
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|