|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: LET NATURE BREATHE NEW LIFE INTO YOU
[Copy link]
|
|
|
Pengertian Tazkirah
Tazkirah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud “mengingatkan” atau “menyebut”. Ia merujuk kepada pengajaran agama Islam yang disampaikan oleh para ulama atau ustaz yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Mereka akan menyampaikan pengajaran agama Islam dalam bentuk yang mudah difahami oleh orang ramai. Tazkirah juga boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang agama Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tujuan Tazkirah
Tujuan utama tazkirah adalah untuk memberikan pengajaran dan pengingat kepada umat Islam tentang ajaran-ajaran agama Islam. Ia bertujuan untuk meningkatkan kefahaman umat Islam tentang agama Islam dan membantu mereka untuk mengamalkan ajaran-ajaran agama Islam dalam kehidupan harian mereka. Selain itu, tazkirah juga bertujuan untuk memperbaiki akhlak dan moral umat Islam. Ia memberikan pengajaran tentang nilai-nilai moral dan etika yang seharusnya diamalkan oleh umat Islam. Dengan memperbaiki akhlak dan moral, umat Islam akan menjadi lebih baik dalam kehidupan mereka dan dapat memberikan sumbangan yang lebih baik kepada masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelebihan Tazkirah
Tazkirah mempunyai banyak kelebihan yang boleh memberikan manfaat kepada umat Islam. Antara kelebihan tazkirah adalah:
Mudah difahami. Tazkirah memberikan pengajaran yang mudah difahami oleh semua orang. Ia tidak memerlukan pengetahuan yang tinggi untuk memahami pengajaran yang disampaikan. Oleh itu, tazkirah adalah sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk remaja.
Waktu yang singkat. Tazkirah memberikan pengajaran yang singkat dan padat. Ia tidak memerlukan masa yang lama untuk disampaikan. Oleh itu, tazkirah tidak akan mengganggu aktiviti harian umat Islam. Tazkirah juga dapat memberikan pengajaran yang efektif dalam masa yang singkat.
Motivasi yang tinggi. Tazkirah memberikan pengajaran yang dapat memberikan motivasi yang tinggi kepada umat Islam. Ia dapat memberikan dorongan kepada umat Islam untuk berusaha meningkatkan kualiti hidup mereka. Tazkirah juga dapat memberikan inspirasi kepada umat Islam untuk berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan.
Peringatan yang berkesan. Tazkirah memberikan pengajaran yang dapat memberikan peringatan yang berkesan kepada umat Islam. Ia dapat mengingatkan umat Islam tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah. Tazkirah juga dapat mengingatkan umat Islam tentang akhirat dan hisab yang menanti mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan
Tazkirah adalah satu bentuk pengajaran agama Islam yang sangat penting untuk umat Islam. Ia memberikan pengajaran dan pengingat tentang ajaran-ajaran agama Islam dan membantu umat Islam untuk mengamalkan ajaran-ajaran agama Islam dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, kita perlu mengambil peluang untuk mendengar tazkirah dan mengamalkan ajaran-ajaran agama Islam dalam kehidupan kita. Tazkirah adalah satu bentuk ibadah yang dapat mendekatkan kita kepada Allah. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ilmu Itu Pelita Hati ? Murid-murid yang dikasihi, kekayaan bukan sahaja diukur dari wang ringgit mahupun emas permata malah yang lebih berharga dan bernilai bagi seseorang ialah ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu boleh merubah diri seseorang dari jahil kepada alim, dari miskin kepada kaya dan dari dikeji kepada dihormati . |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita amat bersyukur kerana dengan nikmat keamanan negara kita, bukan sahaja kita dapat hidup bahagia bersama keluarga, riang ketawa bersama-sama rakan taulan malah seperti yang kita lihat pada hari ini kita dapat bersama-sama datang ke sekolah untuk menuntut ilmu untuk kejayaan hidup di dunia dan akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Murid-murid yang dikasihi, sekolah merupakan rumah kita yang kedua dan guru-guru bagaikan ibu bapa bagi kita. Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membina sekolah bagi mempastikan rakyatnya bermula dari sekolah rendah lagi hinggalah ke peringkat menengah mendapat didikan yang sempurna bagi melahirkan bangsa yang cemerlang di masa akan datang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai seorang murid, kita mestilah gunakan kesempatan semasa kita berada di sekolah dengan sebaik mungkin. Kerana sepanjang kita berada di sekolah, kita akan diajar serta dibimbing oleh guru-guru dengan berbagai ilmu yang meliputi rohani dan jasmani. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Murid-murid yang dikasihi, amat malanglah bagi seorang murid apabila ibu bapanya menghantar ke sekolah dengan harapan suatu hari nanti akan menjadi seorang yang berjaya, namum peluang yang terhidang dihadapan ini dipersia-siakan dengan melakukan perkara yang tak berfaedah seperti bergaduh, ponteng kelas, merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sama-samalah kita cerminkan diri kita, kita tanya di mana kita berada sekarang? Apakah yang seharusnya kita lakukan? Dan adakah kita sudah bersedia untuk menjadi seorang murid yang bertanggungjawab terhadap diri? Sekiranya perkara tadi masih belum kita lakukan, masih belum terlambat untuk kita lakukan yang terbaik untuk diri kita. Berlumba-lumbalah merebut peluang di alam persekolahan ini kerna ? Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudia Tiada Gunanya ? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang membawa maksud : ? Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu? ;
i.Sihat sebelum sakit
ii.Muda sebelum tua
iii.Masa lapang sebelum datangnya masa sibuk
iv.Kaya sebelum papa
v.Hidup sebelum mati |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MENGAPA ANDA KE SEKOLAH
Adakah sama orang yang kaya dengan orang miskin? Adakah sama orang yang sihat dengan yang sakit? Tentu tidak, begitu jugalah jika ditanya kepada kita adakah sama diantara orang yang cerdik dengan orang yang bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika kita ingin dapatkan duit yang banyak dan menjadi kaya kita akan bekerja bersungguh-sungguh. Jika kita inginkan tubuh badan yang sihat kita mengambil makanan yang berzat dan jika ditanya kepada kita, mengapa kita ke sekolah? Sudah tentulah jawapannya ialah kerana sekolah merupakan pusat ilmu dan tempat lahirnya orang-orang yang cerdik pandai dalam berbagai bidang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Murid-murid yang dikasihi sesungguhnya menuntut ilmu adalah satu perkara yang disuruh oleh agama Islam. Menuntut ilmu mestilah bermula sejak dari kecil lagi agar kita tidak ketinggalan dan mampu bersaing dengan orang lain. Sepertimana hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : ? Tuntutlah ilmu daru buaian hinggalah keliang lahad ?. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Di dalam hadis yang lain pula Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud : ? Sesiapa yang mahukan kesenangan dunia hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang mahukan kesenangan akhirat hendaklah dia berilmu.Dan sesiapa yang mahukan kesenangan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu?. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengan berilmu juga,kita akan dipandang mulia dan disanjung tinggi. Dengan berilmu juga kita boleh membawa diri kita kemana-mana sahaja,tanpa rasa diri tertipu oleh anasir-anasir yang tidak sihat.Diantara kepentingan orang yang berilmu:
5.1. Menjamin kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
5.2. Dapat mentadbir masyarakat,negara dan dunia.
5.3. Melahirkan masyarakat yang bermoral dan bermaruah.
5.4. Dapat mewujudkan masyarakat Hadhari.
5.5. Mewujudkan sebuah negara maju mengikut kehendak agama. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Murid-murid yang dikasihi, pepatah Arab yang bermaksud : ? Menuntut Ilmu Semasa Kecil Umpama Ukiran Di Atas Batu Dan Menuntut Ilmu Di Masa Tua Umpama Ukiran Di Atas Air ? . Di antara orang yang memuliakan ilmu :
6.1. Tawadduk apabila berilmu.
6.2. Mengamalkan ke arah kesejahteraan
6.3. Sayang kepada ilmu yang dipelajari
6.4. Tidak membazirkan masa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelebihan orang yang menuntut ilmu:
1. Memudahkan perjalanan ke syurga
2. Mendapat keredhaan Allah
3. Didoakan oleh semua penghuni makhluk di bumi,di langit dan di laut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelebihan orang yang menuntut ilmu:
1. Memudahkan perjalanan ke syurga
2. Mendapat keredhaan Allah
3. Didoakan oleh semua penghuni makhluk di bumi,di langit dan di laut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|