CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: seramado

Wow. Akim Dan Stacy Nikah Jumaat Ini

[Copy link]
Post time 7-3-2016 10:10 AM | Show all posts
de_ikea replied at 3-3-2016 09:45 AM
Patutnya couple meletop dapat kt diorg ni la. Sweet sgt

tahun depan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
shityfans replied at 7-3-2016 02:07 AM
adoiii sweetnyaaaa
aku tengok video amende entah dulu2 punya pun bila orang tanya pasal stacy mem ...

Ooohh akim.i merokok ker.. mak aku dulu cukup tak suka ngan akim ni .. dia kata akim.ni nampak tua sebelum usia...

Tapi aku ckp akim ni comel jer. Aku suka semua lagu2 dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 10:47 AM | Show all posts
Melodi bahagia Akim, Stacy



DERUMAN enjin motosikal berkuasa tinggi menggegarkan suasana di pekarangan Dewan Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor hujung minggu lalu.

Sebaik deruman enjin lenyap, muncul pasangan pengantin baharu yang diraikan iaitu Akim Ahmad dan isteri tercinta, Stacy Anam dengan berpakaian busana pengantin klasik moden berwarna coklat bersulamkan benang berwarna perak hasil rekaan Raffiey Nasir.

Senyuman terukir di bibir kedua-dua mempelai jelas melontarkan aura bahagia pasangan pengantin baharu itu selepas hampir sebulan melayari bahtera perkahwinan.

Diraikan dalam majlis yang penuh meriah, penyanyi Akim, 25, atau nama sebenarnya, Afiq Akim Ahmad dan Ummu Shaikhah Stacy Anam atau Stacy, 26, disambut dengan paluan kompang selain tarian zapin Melayu oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Permas.

Setelah hampir sebulan bergelar suami isteri, Akim mengakui sedang melayari fasa bahagia bersama isterinya, Stacy, selepas selamat diijabkabulkan pada 5 Februari lalu di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu, Sabah.

Kata Akim: “Alhamdulillah, perkahwinan ini melengkapkan hidup saya kerana sekarang ada isteri yang cantik yang boleh menjaga makan minum. Doakan yang terbaik supaya saya dapat menjadi seorang suami dan bapa yang baik untuk keluarga kecil ini.”

Stacy dengan sifat manjanya di sisi suami turut mencelah, menyatakan bahawa Akim mempunyai sifat kebapaan yang penyayang apabila lelaki itu menzahirkan kasih sayang terhadap anak angkatnya, Bella atau Bella De Luna Velentine yang kini menginjak usia empat tahun.

“Anak angkat saya, Bella turut teruja dengan majlis pernikahan kami ini. Malah, dia menganggap dirinya akan turut berkahwin pada hari ini, bersama-sama saya dan Akim.



“Hubungan Bella dan suami juga memang sudah rapat sebelum berkahwin lagi. Walaupun begitu, saya tahu Bella memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Dahulu, dia memang panggil suami saya dengan gelaran Uncle Akim tetapi sekarang ada juga sekali-sekala dia panggil papa,” ujar Stacy.

Saat ditanya mengenai perancangan masa hadapan rumah tangganya, pelantun lagu yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke-30, Potret bersama band The Majistret itu berkata, dia mengimpikan untuk memiliki anak yang ramai suatu hari nanti.

“Masih terlalu awal untuk berbicara soal zuriat tetapi saya tidak kisah jika diberi rezeki memiliki anak dalam masa terdekat. Saya selalu percaya bahawa anak adalah rezeki.

“Kalau dapat ramai anak pun, apa salahnya. Saya suka sebab nanti suasana dalam rumah akan jadi meriah. Apa yang datang, itulah yang terbaik daripada Allah. Semoga kami dikurniakan cahaya mata yang baik-baik,” ujar Akim gembira.

Malah dalam temu bual bersama radio Era FM menerusi segmen JoHaRa, pasangan tersebut memasang impian untuk memiliki enam orang cahaya mata.

Bulan madu Eropah

Menjalani kehidupan berumah tangga dalam keadaan sederhana, pasangan merpati dua sejoli ini yang mula menyulam cinta sejak lebih dua tahun lalu belum berkesempatan untuk berbulan madu bagi meraikan perkahwinan mereka.

Mereka ada menyimpan hasrat untuk berbulan madu dengan mengelilingi Eropah secara backpacker, namun belum mempunyai sebarang perancangan mengenai percutian kerana sibuk merencana kerjaya seni masing-masing.



Kekangan masa menjadi punca utama pasangan selebriti kelahiran program Akademi Fantasia itu menangguhkan hasrat untuk menjelajah benua berkenaan buat sementara waktu.

“Saya dan Stacy merancang untuk mengelilingi Eropah sebagai backpacker (pengembara beg galas). Duduk minum menikmati kopi bertemankan pemandangan menarik. Namun buat masa ini, kami berdua sibuk dengan kerjaya seni masing-masing,” kata Akim yang menyifatkan kembara secara backpacker sebagai alternatif melancong yang menyeronokkan.

Berbicara mengenai perkongsian hidup yang baru bermula, Stacy mengakui mereka kini menjadi lebih matang dan memberi fokus terhadap keluarga berbanding sewaktu bujang dahulu.

Terdahulu, Akim dalam majlis resepsi yang bertemakan klasik kotemporari berlatarkan rona cahaya biru dan ungu turut ‘membuli’ Stacy dalam membuat persembahan selepas selesai majlis makan beradat untuk mendendang nyanyi lagu tradisional asli Melayu, Ku Bermohon Kasih sambil berduet dengan Akim.

Stacy dengan penuh selamba tanpa kekok melakukan upacara ‘buli’ itu walaupun agar sukar baginya yang merupakan anak kelahiran Sabah yang pekat dan pelat dialek Negeri Dibawah Bayu itu.

Bintang rock legenda Amy Search tidak ketinggalan tampil membuat persembahan dengan melantunkan lagu ‘berhantu’, Isabella berganding suara dengan bapa Akim, Ahmad Sulaiman yang juga rakan baik kepada penyanyi itu.

Akim selamat bergelar suami kepada Stacy dengan dua kali lafaz dalam majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu Sabah kira-kira pukul 10.15 pagi pada 5 Februari lalu.

Akim menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, manakala wang hantaran tidak dinyatakan selain pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah daripada Jabatan Agama Islam Sabah, Matlin Dimin.

Pasangan bahagia tersebut mengikat tali pertunangan pada 26 September 2015 dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur selepas hampir empat tahun menyulam kasih sebagai pasangan kekasih.

Stacy memeluk agama Islam di pejabat Jabatan Agama Islam, Johor di Johor Bahru, pada 24 Ogos 2015.

Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tingat mula2 kuar akim.dgn topi and spek.mata frame bulat... hehhe ...

So nerdy2 and krisis identity berfesyen .. tapi tak la seteruk black..

Black tu sampai skrg tak nak buat apa2 ker kat kulit dia.. klu nak black jdi kulit black.yg cantik pi la spa.. ambik kolagen kasi kulit tu nampak.sekata ... ni mulit bercapok2 ada hati amik gambar tak pakai baju ... bagi aku black masih kecelaruan identitie berfesyen .. ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 7-3-2016 02:48 AM
Tingat mula2 kuar akim.dgn topi and spek.mata frame bulat... hehhe  ...

So nerdy2 and kris ...

haha! tersedak kopi aku baca ko kutuk black. memang pun, geleman aku tengok kehitaman black tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 11:36 AM | Show all posts
adelea replied at 7-3-2016 10:45 AM
Ooohh akim.i merokok ker.. mak aku dulu cukup tak suka ngan akim ni .. dia kata akim.ni nampak tua ...

perokok tegar laa jugak.
ada tengok video kat ig designer baju @raffieynasir behind the scene masa dalam kereta nak gi tempat majlis
bella ambik tnagan stacy n akim suruh pegang
akim pegang keris dengan kotak rokok duty free
nak naik pelamin pun tak tinggal rokok

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2016 11:46 AM | Show all posts




satu ketika dulu

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 11:55 AM | Show all posts

me rasa Akim dah mula nampak wangi era lagu "Kembali" dan drama "Kampung Girl" dan nampak manly era Majistret



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
aku.semut.merah replied at 7-3-2016 03:13 AM
haha! tersedak kopi aku baca ko kutuk black. memang pun, geleman aku tengok kehitaman black tu.

Negro pon belambak yg hitam ..usher and segala tu... but the beautiful black....

Aku benci laki yg nak bini lawa tapi ...dia sendiri ntah apa2 tak nak jaga kulit...

Klu ko.masih jual ikan ...kulit tetap nak kena .. kebersihan kulit ni identiti diri ok ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
shityfans replied at 7-3-2016 03:46 AM
satu ketika dulu

Hahahha ...masa dlm AF tu mmg akim muka mat jawa abis... dia makan quputeh ker .. sampai jari jemari di pon lagi gebu dr stacy..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
shityfans replied at 7-3-2016 11:46 AM
satu ketika dulu

Hahahhahaha zaman dulu2 punya fesyen alahai.......
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 08:50 AM | Show all posts


azreenville: Custom dress for Majlis Bertandang @akimahmad & @stacyanam at Johor






Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 08:57 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 09:05 AM | Show all posts

Nasib baik pengetua AF7 Tiara Jaquelina groom si Akim ni habis habisan
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 11:11 AM | Show all posts
seeriesagain replied at 27-2-2016 09:37 PM
Ye la tu... english college... ptt ler nmpk tagline maktabku maruahku kat dewan tu... tq

akim ni ex student english college ker?

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:32 PM | Show all posts

Knp certain2 posing akim ni mcm ade patah2 giteww... auww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2016 09:30 AM | Show all posts






hmetro
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 09:33 AM | Show all posts
Beyya comel/cantik sangat dengan rambut macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 09:50 AM | Show all posts
problem besar aku skrg aialah tak boleh nk move on dengan wedding si akim ngan stacy and anzalna ngan hanif ..
hari2 nk ngk gambo & video wedding derang ber 4 ni hahaa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 10:14 AM | Show all posts
sapa tgk video kt ig stacy ..beyya drama queen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.396160 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list