CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: the_killer

[Jenayah] Sadis : Pembunuhan ngeri beramai di Kuala Pilah..Suspek diberkas post 84

[Copy link]
Post time 2-10-2013 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeeiii....tekejut org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 01:39 AM | Show all posts
tak kira puma atau harimau bintang atau harimau kumbang........ haiwan liar tidak akan membunuh sebarangan spt manusia....

nie cam kes pengamal ajaran sesat.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 04:57 PM | Show all posts

RE: Sadis : Pembunuhan ngeri beramai di Kuala Pilah






KUALA PILAH – Seekor harimau kumbang yang dipercayai menyerang 11 ekor kambing di Kampung Parit Mungkal, Tanjong Ipoh, dekat sini beberapa hari lalu, berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), awal pagi semalam.

Kejadian berkenaan disedari penduduk kampung, Mohd Bakhtiar Nong Singah, 32, sewaktu memeriksa kandang tersebut pada pukul 7 pagi selepas beberapa hari kandang itu dipasang bersama umpan kambing hidup.

Menurut Mohd Baktiar, terkejut dengan penemuan haiwan yang dianggarkan seberat 40-50 kilogram itu, dia memanggil bapanya, Nong Singah Siwok, 70, untuk mendapat kepastian

“Sebelum itu, abang saya, Mohd Ismail, 38, ada terdengar bunyi seperti pintu besi tertutup jam 10.05 malam kelmarin.

Dia ingatkan babi hutan menyondol sesuatu dan berhasrat untuk melihat sangkar itu keesokan paginya.

"Namun ketika saya pergi melihat sangkar itu pagi tadi (semalam), saya terkejut apabila melihat seekor harimau kumbang berwarna hitam terperangkap di dalamnya," katanya ketika ditemui, semalam.

Tambah Mohd Baktiar, dia segera menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) daerah Jempol apabila melihat haiwan liar itu bertindak agresif dalam perangkap tersebut.

Sementara itu, Nong Singah, memberitahu, perangkap itu diletakkan di belakang rumah tinggal dan diumpan dengan seekor bangkai kambing pada 30 September lalu.

“Keesokannya, bangkai kambing biri-biri telah hilang. Maka, kami mengikat semula umpan anak kambing hidup dan akhirnya harimau kumbang itu terperangkap” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Seberang, Samsuddin Zainal, 75, melahirkan rasa syukur dan lega kerana usaha memasang perangkap umpan berjaya memerangkap haiwan berkenaan.

“Lega akhirnya haiwan itu berjaya ditangkap. Namun saya percaya, masih ada lagi habitatnya yang berkeliaran di dalam hutan berdekatan dan diharapkan pihak Perhilitan dapat memasang perangkap ini semula,” katanya.

Sementara itu, Adun Pilah, Datuk Norhayati Omar mengucapkan terima kasih kepada Perhilitan kerana memasang perangkap sekali gus berjaya menangkap haiwan berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 03:29 AM | Show all posts
manusia yg ceroboh tempat dia..... sibuk lak nak tangkap....!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.176932 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list