|
|
Tahun 1 usia 6 tahun hanya untuk anak, ibu bapa yang bersedia - Fadhlina Sidek
[Copy link]
|
|
|
|
anak aku yg bongsu...thn depan 6 thn..mmg rasa nak hantar terus ke darjah 1...walau keliling aku ramai ckp kecik lg..lantak la...tghr lepas sekolah aku hantar ke playschool...tp lom cari lg..dok survey2... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak hantar la masuk darjah 1. Tadi baca ujian diagnostik batal. Hopefully, jangan la batal ambik budak tahun 6, tahun depan. Benda baik, kita sokong je. Biasalah perlaksanaan mula2 memang akan ada lompong sana sini. Nak tunggu perfect, sampai kiamat x perfect |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Murid 6 tahun masuk Tahun Satu tidak perlu ujian diagnostik - PM
Oleh Mahani Ishak - Januari 27, 2026 @ 12:18pm
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju ujian saringan diagnostik bagi menentukan kelayakan kemasukan murid ke Tahun Satu seawal usia enam tahun mulai sesi persekolahan 2027, tidak dilaksanakan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, perkara itu telah diteliti termasuk kebimbangan pelaksanaan cadangan ujian diagnostik boleh memberi kesan psikologi serta bersifat diskriminatif kepada kanak-kanak.
"Cadangan awal (ujian diagnostik) itu baik sebab ada satu sistem penilaian sebelum anak masuk ke sekolah… tetapi difikirkan nanti ia jadi diskriminatif.
"Maknanya, ada anak-anak ini nak masuk darjah satu, prasekolah, (dikatakan) tidak layak, dia kurang cerdik dan sebagainya. Mungkin ada kesan psikologi. Oleh itu, ditiadakan. Itulah cadangan Menteri Pendidikan dan saya setuju ditiadakan dan dipermudahkan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Syed Saddiq Syed Rahman (MUDA-Muar) mengenai kebimbangan nasib murid yang tidak melepasi kelayakan ujian diagnostik hingga mereka akan keciciran pembelajaran.
Anwar berkata, ketiadaan ujian itu tidak bermakna aspek pemantauan diketepikan, sebaliknya tanggungjawab guru dan ibu bapa perlu diperkukuh bagi memantau tahap kesediaan serta perkembangan pembelajaran kanak-kanak.
Sambil itu, beliau menyifatkan permulaan pendidikan melalui prasekolah sebagai langkah yang proaktif kerana ia memberi ruang selama setahun untuk penilaian dan pemerhatian awal.
"Pada masa sama, sistem penilaian kecil tetap akan dilaksanakan di peringkat tahun empat bagi membolehkan intervensi awal dibuat sekurang-kurangnya dua tahun sebelum murid melangkah ke tingkatan satu.
"Dalam pendidikan, apa sahaja peringkat penilaian tidak terkecuali dan mengundang kontroversi seperti ambil peperiksaan darjah tiga salah, darjah empat salah, darjah enam salah, tidak buat langsung pun salah," katanya.
Sehubungan itu, Anwar meminta ibu bapa memberi ruang kepada kerajaan untuk melaksanakan pendekatan awal ini dan menilai keberkesanannya dari semasa ke semasa.
Sementara itu, beliau menegaskan matlamat utama kerajaan adalah untuk memastikan kanak-kanak berusia enam tahun mendapat ruang pembelajaran yang optimum.
Anwar berkata meskipun terdapat gesaan supaya kemasukan ke Tahun Satu seawal umur enam tahun ditangguhkan atas pelbagai kebimbangan, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam arus pendidikan global dengan 137 negara telah melaksanakannya.
Beliau berkata, tambahan RM800 juta akan diperuntukkan dalam belanjawan tahun ini bagi memenuhi keperluan segera termasuk pengambilan 18,000 guru baharu.
"Memang benar, saya tak nafikan kalau ikut Kementerian (Pendidikan) pada peringkat awal, dia kata boleh tak kita tangguh setahun lagi. Saya fikir agak berbeda, saya kata kalau kita tangguh setahun lagi, anak-anak kita itu rugi setahun.
"Anak-anak kita generasi sekarang tak seperti dulu, umumnya mereka jauh lebih dewasa, lebih pintar, lebih peka...jangan kita fikir guna tahap pemikiran kita yang lama, memang kita rasa tak boleh. Tapi anak-anak kita jauh lebih pintar, yang penting, beri pendedahan kepada mereka," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
see.. betul la bantahan bangkem aritu
bangkem = mendahului zaman |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|