CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Madel

[Tempatan] TENGKU JALIL(TJ) @ TUNKU LAKSAMANA JOHOR TELAH MANGKAT.

 Close [Copy link]
 Author| Post time 9-12-2015 09:04 PM | Show all posts
‘Almarhum minta makcik reda’
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 DISEMBER 2015
Almarhum Tunku Abdul Jalil memujuk Matrah, di kediamannya di Kampung Punggor Darat, Rengit semasa kunjungan selepas kematian anaknya dalam tragedi Lahad Datu


BATU PAHAT – Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim terkenal dengan sikap penyayang dan prihatinnya terhadap rakyat.
Ia dibuktikan apabila Almarhum sempat menjenguk ibu seorang anggota polis yang terkorban dalam tragedi berdarah di Lahad Datu, Allahyarham Sarjan Abdul Azis Sarikon pada Mac, 2013 lalu.

Matrah Salim, 96, ibu kepada Allahyarham Abdul Aziz berkata, sebaik mendengar kejadian berlaku kepada anaknya yang terkorban semasa berjuang di Sabah, Almarhum terus menghubunginya sekeluarga dan menyatakan hasrat untuk bertemu.
Imbas kembali saat dikunjungi Almarhum Tunku Abdul Jalil di kediamannya di Kampung Punggor Darat, Rengit,  Matrah masih ingat Almarhum memujuk dan memberi kata- kata semangat kepadanya yang pada masa itu begitu sedih atas pemergian anaknya.
"Almarhum pujuk makcik supaya reda dengan setiap ketentuan ALLAH.
“Almarhum sempat kata yang rakan karibnya, Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran  turut terkorban dalam tragedi sama.
"Pujuknya lagi pemergian wira negara itu sesuatu yang cukup membanggakan kerana mempertahankan negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Hospital Pakar Putra, di sini, semalam.
Matrah berkata, dia tidak menyangka selepas beberapa tahun, Almarhum pula dijemput Ilahi.
"ALLAH cukup menyayangi orang yang baik-baik,” katanya dalam nada sebak.
Sementara itu, abang Allahyarham Abdul Aziz, Suradi Sarikon, 60, berkata, ketika menziarahi mereka sekeluarga, Almarhum Tunku Abdul Jalil sempat mengetuai bacaan tahlil serta Surah Yasin untuk Allahyarham adiknya.

“Almarhum berkunjung kira-kira sejam dan sempat bermesra dengan kami, seolah-olah kami ini sekeluarga, sedangkan itu kali pertama kami bertemu.
"Kami sekeluarga bangga mempunyai kerabat Diraja yang berjiwa rakyat," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 12:19 AM | Show all posts
almarhum yg sempoiii

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 12:37 AM | Show all posts
Edited by hacks_oren at 10-12-2015 12:46 AM

pajama mereka yg comel,,,

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
hacks_oren replied at 10-12-2015 12:19 AM
almarhum yg sempoiii

Almarhum ni mmg good looking kn? Tambah2 bila dia senyum dgn dimple tu. Berubah betul rupa nya dr zaman remaja hingga dewasa disebbkn sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 01:04 AM | Show all posts
melinda_kerr replied at 10-12-2015 12:53 AM
Almarhum ni mmg good looking kn? Tambah2 bila dia senyum dgn dimple tu. Berubah betul rupa nya dr  ...

belanja satu masa almarhum zaman kanak2 bersama kekanda dan adindanya....
comel berbaju belang....

crdt to FB TMJ Supporter

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 08:44 AM | Show all posts
Vermicelli replied at 8-12-2015 02:16 PM
Yes,Yes........HE heard you the first time ........
Dah masuk hari ketiga hari ini tahlilnya .... ...

tak baik tau ckp mcm tu...

bila2 pun kita boleh berdoa utk sesiapa saja yg kita teringat, tk kira masa dan tempat... kan Allah tu Maha Mendengar.
Walaupun org tu tk kenal dan tk tau siapa kita, tk salah utk kita doakan yg baik2 utk org tu...

Peace no war...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2015 11:42 AM | Show all posts
shiraloveyou replied at 6-12-2015 10:31 PM
Dia anak raja, boleh je amik bidang yang glamour...tapi dia minat benda tu, rela kerja zoo, basuh  ...

Kalau baca dr sumber2 yg lain....dia mmg minat binatang....tu yg sanggup jd sukarelawan basuh kandang haiwan..setahun lak tu....
Bila dia sambung ambik degree Zoology kt London tu pun dia jd sukarelawan kt Zoo London.
Aku yg org Taiping..pun tak sanggup nak keja kat Zoo Taiping..dgn bau hapak..tengik..taik ..baja..segala haiwan dlm tu.
Itu je dah menunjukkan betapa rendah hati dan mulia hatinya. Kita ni hubungan dgn manusia memang jaga..dgn Allah pun kita jaga..tp dgn makhluk Allah kita tak suka..rasanya tak lengkap. Siap pijak ekor kucing yg dtg gesel2 kaki nak mkn.. ni kawan aku lah.
Kita ambik yg baik lah..mcm kata2 Sultan Johor...'ade nampak rumput kat luar tu...letakkan taraf tu lagi rendah dari rumput'.
Aku rasa adik beradik TJ..dia sorang je yg paling dekat dgn rakyat..tak perlu keliling dgn bodyguard.
Aband dia TMJ...nak ambik gamabr pun aku dah kena sound dgn bodyguard TSN dia..'Hah..buat ape tu...tengok gambar..yg ni kena delete'; sambil tgn TSN letak atas bahu aku..entah dia pakai penggerun ke tak..elok abis delete..pandang belakang..eh dah hilang TSN...hebat komando Johor..respeklah..dah keje engko..
Tp hilanglah respek aku kt kerabat.
Cuma bila keluar cerita TJ....alhamdulillah...masih ada harapan....semoga tabah Tuanku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 01:21 PM | Show all posts
aku sebak tengok sultan ismail..
sedih seorang abah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
hacks_oren replied at 10-12-2015 12:37 AM
pajama mereka yg comel,,,

Sedih gambar atas ni....kasih abah dgn anak...

Saya pun tiap pagi mesti peluk macam ni kat anak2 masa depa atas katil..tiap pagi sebelum depa bangun...sampai sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 08:20 AM | Show all posts
crdt to FB Friend Of BN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 08:22 AM | Show all posts
crdt to FB permaisuri johor

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 08:23 AM | Show all posts

Tunku Jalil Jalani Latihan Lasak Di Bawah Unit Tindakan Khas PDRM

Diterbitkan: Khamis, 10 Disember 2015 7:02 PM

Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil satu-satunya kerabat diraja yang menyertai perkhidmatan polis, menjalani latihan lasak dan keras di bawah UTK PDRM.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, satu-satunya kerabat diraja yang menyertai perkhidmatan polis, menjalani latihan lasak dan keras di bawah Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau telah meyakinkan Tunku Abdul Jalil untuk menyertai pasukan keselamatan itu selepas baginda menunjukkan minat dalam bidang kepolisan.

Tunku Jalil, yang mangkat akibat kanser hati pada usia 25 tahun Sabtu lepas,dilaporkan mengikuti kursus Inspektor Percubaan selama sembilan bulan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) ketika berusia 21 tahun, dan menamatkan latihan pada 2012.

Baginda menyertai pasukan polis dan mengikuti latihan sebagai pegawai selama setahun dan seterusnya menjalani kursus latihan UTK di kolej teknikal di Muar.

Pada Oktober lepas, baginda dilantik sebagai Ketua Turus Pengelola Diraja Istana Johor.

Hishammuddin berkata anakanda keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris itu, adalah seorang yang penyayang.

"Saya menziarahi baginda beberapa kali (sebelum baginda mangkat)," kata Hishammuddin ketika ditemui Bernama di luar Perhimpunan Agung Umno 2015, pada Khamis.

Kemangkatan Tunku Jalil pada usia yang masih muda, "memberi saya sesuatu yang boleh dipelajari. Hidup ini singkat dan hidup kita di tangan Allah".

Almarhum Tunku Jalil disahkan menghidap kanser hati pada akhir tahun lepas, dan pernah menjalani pemindahan hati di China sebelum ini.

Tunku Abdul Jalil mangkat pada 7.11 petang Sabtu lepas di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu, dan dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah pada Ahad. -Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
hacks_oren replied at 11-12-2015 08:20 AM
crdt to FB Friend Of BN

Tq ya uols sbb tolong tepek kan berita / gambar2 kat thread ni..

Muahhhsss..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 12:55 PM | Show all posts
Madel replied at 11-12-2015 11:09 AM
Tq ya uols sbb tolong tepek kan berita / gambar2 kat thread ni..

Muahhhsss..

macam ko... aku pun selalu ikuti perkembangan TJ ni dulu...


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 01:07 PM | Show all posts
oh sultan kelantan pun datang

bless him
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 01:46 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2015 09:38 PM | Show all posts
huhu takleh move on lagi... miss u TJ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2015 11:52 AM | Show all posts
Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara saudari diatas ucapan takziah kepada saya dan keluarga saya.
Hari ini, walaupun sedikit lewat, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Amy dan Sabrina, pasangan yang telah menjaga anakanda kami, Almarhum Tunku Abdul Jalil, setelah doktor mendiagnos Almarhum mengidap penyakit kanser pada bulan Ogos 2014 sehinggalah hari Almarhum mangkat.
Keluarga kami sesungguhnya amat terhutang budi kepada Amy dan Sabrina.
Setelah Almarhum menjalani pembedahan dan disahkan mempunyai kanser hati, mereka berpindah dan tinggal bersama kami, mengorbankan masa mereka bersama anak-anak mereka di rumah mereka sendiri, supaya mereka boleh membantu menjaga Almarhum.
Mereka jugalah yang memastikan Almarhum mengambil semua ubat-ubatannya.
Mereka jugalah yang tidur pada masa-masa yang tidak menentu kerana Almarhum akan santap pada lewat malam atau kadang-kadang, sebelum subuh.
Mereka jugalah yang akan bersama Almarhum di semua hospital apabila Almarhum dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan. Mereka jugalah yang berjalan bersamanya ke mana sahaja Almarhum berangkat.
Mereka jugalah yang tahu pakaian mana yang Almarhum mahu gunakan, kasut yang mana, topi atau 'beanie' yang mana.
Mereka jugalah yang mengemaskan biliknya Mereka tahu dimana barang barang berada.
Walaupun saya kerap menyuruh mereka untuk mengambil cuti dan meluangkan masa bersama anak-anak mereka, mereka akan menolak dan mengatakan kepada saya bahawa anak-anak mereka dijaga dengan baik oleh kakak Sabrina. Mereka hanya sekali sekala akan keluar makan bersama anak-anak mereka apabila ada orang lain yang menemani Almarhum.
Ya, memang saya amat merasai keperitan kehilangan anak lelaki saya, namun, mereka juga merasai yang sama. Mereka juga menangis sepertimana keluarga kami menangis.
Maka, hari ini, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah menjaga anak lelaki saya, menyanyangi nya, bersamanya siang dan malam, menegur nya bilamana mereka merasakan Almarhum telah melakukan kesilapan, mendengar pabila dia menceritakan sesuatu.
Saya sekeluarga tidak akan dapat membalas segala jasa dan budi mereka berdua kerana sanggup kekal menemani Almarhum hingga akhir hayatnya.
Kami hanya dapat berdoa dan memohon agar Allah merahmati mereka berdua dengan kebahagiaan, kesihatan, dan kehidupan yang indah bersama keluarga mereka sendiri pada masa depan.
Terima kasih, Amy & Sabrina.
Thank you, everyone, for your kind messages of condolences to my family and myself.
Today, I would like to take the opporrunity to say a belated thank-you to Amy and Sabrina, the couple who looked after our son, Almarhum Tunku Abdul Jalil, since he was diagnosed with cancer in August 2014. They moved in with us, and sacrificed their time being with their children so that they could look after Almarhum.
They were the ones who made sure he took his medicines.
They were the ones who slept at odd hours because Almarhum would eat very late at night or sometimes before dawn.
They were the ones who would be with him at all the different hospitals whenever Almarhum was warded.
They were the ones who travelled with him everywhere he went.
They were the ones who knew which clothes he would want to wear, which shoes, which caps or beanies.
They were the ones who tidied up his room. They knew where everything was.
Even though I kept telling them to take a day off, and spend some time with their children, they would tell me their children were well taken care of by Sabrina's sister. They would only have a meal with their children when someone else was there to be with Almarhum.
Yes, I feel the pain of losing my son, but they do too. They've cried just as our family has cried.
So, today, I would like to say thank-you to them for looking after my son, for loving him, for being with him day and night, for chiding him when they felt he had done something wrong, for listening to him as he confided in them.
My family and I can never repay them both for being with Almarhum until his very last breath.
We can only pray and ask Allah to bless them with much happiness, health, and a wonderful life ahead with their own family.
Thank you, Amy & Sabrina.



crdt : FB Zarith Sofiah idris

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.455131 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list