CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: COLORS OF HORIZON

 Close [Copy link]
Post time 8-2-2026 10:52 AM | Show all posts


Bot karam: Lima kru terselamat selepas 17 jam terapung di laut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2026 10:52 AM | Show all posts
KOTA TINGGI - Lima kru bot persiaran Thailand ditemukan selamat selepas terapung hampir 17 jam akibat bot dinaiki karam di perairan Tanjung Sedili, Khamis lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:53 AM | Show all posts
Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan pada 9 malam yang memaklumkan bot berkenaan mengalami kebocoran sebelum terputus hubungan ketika dalam pelayaran ke Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:53 AM | Show all posts
Beliau berkata, bagaimanapun usaha pencarian oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang digerakkan segera ke lokasi kejadian berdepan kesukaran berikutan keadaan gelap dan jarak penglihatan terhad.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:53 AM | Show all posts
"Semua mangsa ditemukan nelayan tempatan dalam keadaan terapung, kira-kira 7.1 batu nautika timur Tanjung Siang pada 8.30 pagi semalam dan mereka dibawa ke Terminal Feri Tanjung Pengelih sebelum diberikan rawatan awal oleh petugas,” katanya dalam kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:53 AM | Show all posts
Mohd Najib berkata, semua mangsa terdiri daripada lelaki berusia 43 hingga 74 tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan telah diserahkan kepada Kedutaan Thailand bagi tindakan lanjut. - Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2026 10:54 AM | Show all posts


Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:55 AM | Show all posts
JOHOR BAHRU - Tiada arahan penutupan sekolah dikeluarkan setakat ini susulan beberapa murid di daerah Kota Tinggi dikesan menghidap tuberkulosis (tibi), kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2026 10:55 AM | Show all posts
Beliau berkata, sebarang keputusan berkaitan penutupan sekolah adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), dan hingga kini keadaan masih terkawal dengan semua langkah pencegahan telah dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:55 AM | Show all posts
Aznan berkata, kes tibi yang dikesan sebelum ini melibatkan enam murid dari lima sekolah berbeza, merangkumi tiga sekolah rendah dan dua sekolah menengah di daerah berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:55 AM | Show all posts
"Setakat ini, semua murid di sekolah terlibat telah menjalani saringan sepenuhnya oleh KKM. PKD turut melaksanakan kerja sanitasi dan pembersihan menyeluruh di kawasan yang dikenal pasti berisiko, selain mengadakan sesi libat urus bersama pihak pengurusan sekolah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:55 AM | Show all posts
Beliau berkata, sebagai langkah memperkukuh kefahaman dan memastikan ketelusan maklumat, PKD akan mengusahakan kehadiran pegawai perubatan di sekolah terlibat bagi memberi penerangan lanjut berkaitan penyakit tibi serta langkah pencegahan yang perlu dipatuhi oleh warga sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:55 AM | Show all posts
Aznan turut menasihatkan pihak sekolah supaya sentiasa mematuhi arahan dan garis panduan KKM dari semasa ke semasa, selain tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih hingga boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:55 AM | Show all posts
"Kerajaan negeri akan terus bekerjasama rapat dengan KKM dan PKD bagi memastikan situasi ini kekal terkawal, ditangani secara berhemah dan telus, demi kesejahteraan anak-anak Johor,” katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:57 AM | Show all posts
Akta TVET Nasional diwujudkan selepas penubuhan Suruhanjaya TVET

Seremban: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa cadangan untuk mewujudkan Akta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Nasional akan dilakukan selepas Suruhanjaya TVET dibentangkan di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara, berkata Kabinet telah bersetuju dan meluluskan bagi menubuhkan Suruhanjaya TVET.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:57 AM | Show all posts
"Saya sendiri akan membentangkan perkara itu (penubuhan Suruhanjaya TVET) di Dewan Rakyat dan pada peringkat dasar ia telah diluluskan (Kabinet), selepas daripada suruhanjaya itu ditubuhkan, baru kita wujudkan akta berkenaan," katanya kepada media di sini, hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2026 10:58 AM | Show all posts
Beliau mengulas cadangan pakar supaya rangka kerja perundangan yang komprehensif dalam bentuk Akta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dilakukan bagi memperkukuh pelaksanaan agenda pembangunan industri dan bakat Malaysia di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:58 AM | Show all posts
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan memberikan galakan kepada golongan muda membabitkan diri dalam bidang TVET kerana lulusan kemahiran teknikal itu mampu membina kerjaya masa depan yang lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:58 AM | Show all posts
Beliau berkata, mereka berpeluang menikmati gaji lebih tinggi dan kompetitif, dengan sebahagiannya mencapai gaji premium sekitar RM2,500 hingga melebihi RM4,000 sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2026 10:58 AM | Show all posts
"Bagi pelajar yang masuk ke maahad tahfiz, sekolah pondok juga berpeluang mendapatkan kemahiran dalam bidang TVET tanpa perlu menukar bidang bidang syariah atau usuluddin di mana mereka yang lulus akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu hingga tiga," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.469063 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list