CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: GhostWalking

[Politik] Budak Cina & India Tengah Payung Budak Melayu Buat Apa Tu Dekk?Kisahnya #63

[Copy link]
Post time 25-8-2015 12:07 PM | Show all posts
BlueRose99 posted on 25-8-2015 11:19 AM
Sama la! Dlu sekolah Hakak siap couple dgn boy Cine lagi. Chinese New Year pn wajib g beraya umah  ...

HAHA... sama la kita... ex sy chinese... dulu klu ngedate org slalu pandang2... tak tau pasal apa... smpi skrg ex sy sibuk amek berat psl sy... risau beno sy x kawen2.... hehe...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 11:47 PM | Show all posts
Menyentuh.. tul la besar nanti tak tau le mcm mana tp.. andai aja ley mcm ni semua.. mau tak de balai polis.. hehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2015 07:57 AM | Show all posts
Kuala Lumpur: “Seumur hidup ini mungkin pengalaman paling memberi makna kepada kepada saya.

“Kita sendiri tahu zaman sekarang isu perkauman sangat sensitif, tetapi saya amat terharu ada rakan berlainan agama sanggup basah semata-mata mahu melindungi saya dan rakan lain solat dalam hujan,” itu kata Firdaus Zulkifli, 21, penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Firdaus antara tiga penuntut Islam yang dilindungi rakan bukan beragama Islam daripada dibasahi hujan menggunakan kanvas khemah ketika menunaikan solat Zuhur dalam Kem Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal (PPMS) di Kaki Bukit, Perlis pada Ahad lalu.


Sekeping gambar yang menggambarkan tindakan empat sekawan berlainan agama itu menjadi viral hingga mendapat perhatian ramai pengguna laman sosial yang menyokong dan memuji semangat murni mereka itu membantu tanpa melihat kepada perbezaan agama.

Penuntut tahun ketiga jurusan Kejuruteraan Mekanikal itu berkata, dia menunaikan solat Zuhur jam 3 petang selepas menunggu giliran peserta lain selesai menunaikan solat masing-masing.

“Tempat solat dalam kem itu sangat sangat sempit hanya boleh memuatkan tiga orang saja, jadi kami bergilir-gilir solat.

“Ketika itu cuaca sudah mendung, saya dan dua rakan lain terus menunaikan solat sebelum perasan ada sesuatu melindungi kami daripada terus terkena rintik hujan yang turun.

“Selepas solat, barulah saya tahu rupanya ada rakan berlainan agama turut membantu kami bersama rakan Islam lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagi S Kanagarajah, 22, tindakan itu lahir atas perasaan tanggungjawab sesama insan memandangkan hujan lebat ketika itu.

“Pada ketika itu, saya hendak mengambil barang di kawasan wakaf dan berhenti menyertai dua rakan lain berbangsa Melayu dan Cina mengambil kanvas untuk memayung rakan kami yang sedang solat itu.

“Perkara ini memang tak dirancang, niat asal untuk lindungi mereka yang sedang solat daripada terkena hujan, tak sangka pula ia menjadi viral dalam laman sosial,” katanya.


Penuntut tahun dua kejuruteraan pembuatan Teh Yen Rhu, 22, berkata, sejak di bangku sekolah, dia sudah biasa bergaul dengan rakan berlainan bangsa dan agama yang mendorongnya membantu memayungkan rakan Islamnya itu.

“Saya anggap bantuan dihulurkan ini hanya kecil saja, berbanding persahabatan kami. Lagipun matlamat kem ini pun hendak memupuk kerjasama dan perpaduan antara kami,” katanya.

Sementara itu, Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP Prof Madya Razli Ahmad menyifatkan tindakan sekumpulan penuntut berlainan agama melindungi rakan mereka sedang solat itu adalah satu contoh terpuji.

“Tindakan ini mungkin didorong kesedaran hubungan etnik antara mereka menyebabkan tanpa disuruh mereka sendiri terfikir untuk melindungi rakan mereka daripada terkena hujan.“Ini memang bersesuaian dengan slogan kami ‘UniMAP Juara Perpaduan’ yang mana banyak program dianjurkan tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

“Bukan itu saja, dalam kelas mahupun asrama mereka sudah didedahkan semangat perpaduan dengan bergaul sesama mereka tanpa wujud perasaan perkauman,” katanya.





      Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 7:15 PM   
«         »
                     
Beberapa pelajar Cina dan India memayungi rakan mereka yang sedang menunaikan solat Zohor dalam keadaan hujan lebat ketika menyertai kem Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal UniMAP di Kem Kaki Bukit Padang Besar, Perlis. FOTO Ihsan UniMAP











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73166#sthash.Q4GJpJoX.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2015 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 27-8-2015 07:57 AM
Kuala Lumpur: “Seumur hidup ini mungkin pengalaman paling memberi makna kepada kepada saya.

“Ki ...

Solat apa dalam air? ?....sebelah tu tanah elok ja ada....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.753547 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list