CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Modngengade

[Tempatan] Perkhidmatan tren elektrik KL-Padang Besar bermula esok

[Copy link]
Post time 10-7-2015 10:38 AM | Show all posts
Jagendas replied at 9-7-2015 03:41 PM
abam manis juga ramai sis

ha ha,abam tempatan okeh..
kalau abang la.. apa macam..
kesian adey manisss..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2015 10:41 AM | Show all posts
yayaji replied at 10-7-2015 09:47 AM
ye..mungkin nak pi jenjalan kot...tp tak salah kan klu depa guna public transportation pon...takka ...

tada apa salah..
tapi kalo kaco adeyy manis baru ada salah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:46 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 9-7-2015 05:53 PM
kak mod... terimakasih nooo sbb create this thread... dah setahun dua i tunggu ets ni... tak larat ...

nenek moyang naik keta lembu dan gajah je...ok je....dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:53 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 9-7-2015 03:17 PM
dgn kemasukan bangla 1.5 juta utk 3 thun ni dan lagi juta2 lain kemudian hari..adakah senario ni aka ...

remy ishak buat apa join bangla ni? tu yang baju merah tuu

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:55 AM | Show all posts
tak lama tren nih.... tgk ler...

ada 10 sets of trains, bila salah satu rosak, parts amik dari satu lagi tren, and so on..

begitulah kisah KTM komuter dan ketapi lelain kat mesia nih...

takde bajet nak beli parts baru, mahal katanya.. cara mudah ialah dengan canibalised tren lain...

pastu tinggal berapa bijik jek baki tren....

nak bergaya, tapi tak mampo nak menten... title bodoh dan sombong tu sangat seswaaaaii

duit bajet tah kemana... harap2 takde pihak tertentu dok songlap..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
the_killer replied at 10-7-2015 10:46 AM
nenek moyang naik keta lembu dan gajah je...ok je....dulu2

Hahaha...haritu dlm forum ni dah suggest mukriz buat jln air sbg medium pengangkutan...lepas ni blh naik tongkang pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-7-2015 11:08 AM | Show all posts
nexusys replied at 10-7-2015 02:55 AM
tak lama tren nih.... tgk ler...

ada 10 sets of trains, bila salah satu rosak, parts amik dari sa ...

kan kotrak supply coach tu termasuk sekali dgn supply spare part untill certain period of time ker sis...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw tren ni boleh smoke ke? Coz last time 10 yrs ago i took train very annoyed org dok smoke kat dlm jamban,kat between gerabak tu.pastu buang putung rokok merata.sunggoh pprt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2015 11:17 AM | Show all posts
InVendeTTa replied at 10-7-2015 03:15 AM
Btw tren ni boleh smoke ke? Coz last time 10 yrs ago i took train very annoyed org dok smoke kat dlm ...

ummah pprt sis...merokok dlm jamban tu dah seperti sunnah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
yayaji replied at 10-7-2015 09:56 AM
cayang...ets kl-ipoh ada 2, silver RM 25 berenti byk stesen, gold RM 35 berenti 5  stesen je...pri ...

Iye mmg ade 2. Tp yg hrga rm25 tu bkn byk sgt pon ade. Yg rm25 wktu pgi tu pon brp coach je
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 11:54 AM | Show all posts
akhirnyer... aritu dgr kate SPAD hold dlu...
yeayyy lepas ni cepat la sampai kg.. takde la hadap jem kt PLUS..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 11:55 AM | Show all posts
HANIMUSLIMAH replied at 10-7-2015 10:38 AM
ha ha,abam tempatan okeh..
kalau abang la.. apa macam..
kesian adey manisss..

tak jem la utara lepaih ni nooooo
ngomel ngomel jugee
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 11:55 AM | Show all posts
awat website KTMB lembab bebenor ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2015 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Jagendas replied at 10-7-2015 03:55 AM
awat website KTMB lembab bebenor ni

Itu konsep perkhidmatan ktm sis...biar lembab asalkan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 12:18 PM | Show all posts

ETS KL-Padang Besar


ETS Kl-Ipoh



komuter
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2015 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Motip dipenuhi ummah jinjang dan bukit?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2015 12:21 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2015 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Coach yg komuter tu lama punya sis..yg baru 6 coach tu seat dia lain...agak nipis dan hauk kusyen nyer
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 12:24 PM | Show all posts
Edited by ruhanizza at 10-7-2015 12:27 PM

**Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Gold KL - Padang Besar yang beroperasi hari ini berhenti dan mengambil penumpang di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Butterworth. ETS mempunyai enam gerabak serta boleh memuatkan 312 penumpang untuk satu perjalanan. FOTO Danial Saad

**Pramugari Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Gold, Alliyah Abdul Halim, 25, mengemas gerabak tren bagi keselesaan penumpang ketika berhenti dan mengambil penumpang di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Butterworth. FOTO Danial Saad


Tp kerusi lain plak dri menteri tu naik semalam
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 12:26 PM | Show all posts
Dri Mstar


KUALA KANGSAR: Operasi kereta api laju Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) antara Padang Besar ke Kuala Lumpur akan dimulakan pada Jumaat ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kereta api tersebut akan berulang alik dua kali sehari dan tambang yang dikenakan dari Kuala Lumpur Ke Padang Besar adalah sebanyak RM81.

"Kita hanya memiliki 10 kereta api ketika ini dan apabila jumlahnya meningkat, kekerapan ulang-alik akan bertambah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi ujian salah satu jenama baru kereta api dari Batu Gajah ke Kuala Kangsar pada Khamis.





Sebelum itu, Liow melakukan lawatan kerja ke kilang CRRC Rolling Stock Center Malaysia (CRM), yang sebelum ini dikenali sebagai CSR Rolling Stock Center Malaysia yang bertanggungjawab menghasilkan tren baharu.

Liow berkata, perkhidmatan itu akan dikenakan bayaran sebanyak RM81 dan mengambil masa selama empat jam 45 minit untuk sampai ke destinasi.

"Kita telah mendapat kelulusan daripada SPAD untuk melakukan perkhidmatan ini. Masanya akan diumumkan nanti oleh pihak KTMB. Bagaimanapun perjalanan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan melalui 28 stesen.

"Pada masa hadapan, kita juga berharap dapat memberikan perkhidmatan komuter Sungai Siput-Kuala Kangsar-Ipoh-Kampar bagi penduduk yang duduk berhampiran Lembah Kinta," katanya sambil menambah tren ETS yang mempunyai enam gerabak itu boleh memuatkan 312 penumpang untuk satu perjalanan.

Sementara itu, berhubung ETS baharu menghubungkan Ipoh dan Padang Besar, yang sepatutnya beroperasi pada awal Julai lepas, beliau berkata pihaknya sedang mendapatkan kelulusan daripada pihak SPAD.

"ETS yang baharu ini, ia mengambil sedikit masa untuk pentaulaihan. Sebab itu hari ini kita menyertai perjalanan ini untuk menguji semua ciri-ciri keselamatan. Kita perlu kebenaran SPAD, apabila kita mendapat kebenaran, kita boleh menggunakan tren ini," kata Liow.

Katanya, 10 tren ETS baharu itu melibatkan kos sebanyak RM506 juta.

Perkhidmatan ETS pertama negara, yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Ipoh, mula beroperasi 12 Ogos 2010.

Tren pertama buatan Korea Selatan yang mempunyai enam gerabak setiap unit itu mampu bergerak 160 kilometer sejam serta hanya mengambil masa dua jam bagi perjalanan antara Kuala Lumpur dan Ipoh.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.139206 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list