Bapa kepada remaja yang didakwa cuba membunuh diri selepas terperangkap dalam isu pertukaran agama membuat laporan polis berkaitan perkara itu.
Laporan S Ganesan itu dibuat terhadap 11 individu.
Katanya, pihak itu harus bertanggungjawab terhadap keadaan anaknya yang meminum racun rumpai paraquat bercampur kopi pada Rabu lepas.
“Anak saya trauma. Jika apa-apa berlaku padanya, saya letak tanggungjawab ini kepada guru-guru dan jabatan agama (Negeri Sembilan),” katanya.
Ganesan turut menamakan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lapan pegawai jabatan agama.
Ia dibuat di balai polis Seremban II.
Malaysiakini pada 12 Mac melaporkan remaja 14 tahun itu dimasukkan ke hospital besar Seremban.
Bapanya mendakwa anaknya itu memberitahu bahawa dia takutkan pihak berkuasa agama mengambilnya dan memberikan pengalaman pahit.
Pelajar itu dalam laporan polis bertarikh 17 Februari mendakwa dipaksa dua gurunya untuk membuat laporan bahawa bapanya cuba menukar agamanya kepada Hindu.
Ibu pelajar itu seorang warga Indonesia yang beragama Islam.
Ganesan pernah memohon pada Mahkamah Syariah untuk menukar agama anaknya, namun diberitahu untuk menunggu sehingga umur 18 tahun.
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson pada 25 Februari dilapor sedang menyiasat dakwaan pelajar tingkatan dua itu, yang direkodkan sebagai Islam dalam kad pengenalan, dipaksa membuat laporan polis terhadap bapanya yang beragama Hindu.
Pegawai berkaitan berkata terdapat percanggahan dakwaan oleh pihak guru dan bapanya.
Pengetua seolah itu enggan mengulas perkara itu atas alasan seorang pegawai kerajaan.
kalo ko nak faham pasai pa depa jadi cam tu..a bit mental gak bleh di katakan ler..pyscho gak
kenapa depa jadi cam tu? pada aku sebab depa gagal tahan hawa nafsu nak contohi akhlak nabi..depa bukan tak tau tapi depa tak mampu nak tahan
tapi depa akan buat mende fanatik tu yang di lihat konon luarannya macam pro islam..mende yang konon islam suruh..padahal hawa nafsu depa suruh
bab ni paling kronik sekarang di kalangan so called oang agama di mesia, mostly dalam semua jabatan agama tuh
pada aku depa salu perang hawa nafsu dalam diri dan SELALU KALAH !! u can tell this dari hasil perbuatan depa i. e realiti or manifestasi yang zahir seme tuh
maybe ramai tak setuju but pada aku orang melayu islam mesia buleh kata hampir separuh meke adalah mentally unstable i.e stressful in any sort gitu
nolya replied at 12-3-2015 10:32 PM
Kenyataan lelaki hindu ini ialah dia menjadi Islam dlm tahun 1981, murtad dgn surat pengesahan pd ta ...
Macam nilah komen / pndgan bernas yg ahli forum lain nk baca....secara ilmiah boookan pandangan ponen dan penghina serta penghujat Islam sesetengah forumer lain yang asyik2 kritik Islam saja...
dah mak ayahnya cakap mereka hindu..hidup cara hindu...dia nak jadi hindu...biarkan je la.....
kalau jadi Islampun tapi hati Hindu apeke pekdahnya...buat confuse orang je..
nanti dah Islam amalkan hindu pulak....budak kecik pun pening tengok....
Correction Tok Batin. Sebenarnya dari segi hukum agama Islam dn memegang kpd mazhab Syafi'e, salah satu syarat sah pernikahan ialah mesti seagama, sama2 mengucapkan syahadah. Tidak sah pernikahan para muslimin dgn mereka yg tidak mengucap syahadah dn akan ada banyak masalah dan maslahah timbul apabila berlaku perceraian. Walaupun Islam memperuntukkan hak penjagaan anak bawah umur dlm penjagaan para ibu bila bercerai, tetapi para bapa juga merasakan mereka berhak kepada pembinaan sahsiah anak2nya. Kecelaruan membentuk jati diri bagi anak yg ibubapanya berlainan budaya dan agama, bercerai pula, menjadi satu masalah yg amat berat sekali. Spt dlm kes anak hindu trs, dia nak ikut cara mak dia ke atau nak ikut cara bapak dia. Sedangkan selama inipun, mak dia sendiri tak mengutamakan hukum Islam (shng sanggup berkahwin cara hindu).
Dimisalkanlah, anak remaja itu mati kerana minum racun, timbul satu lagi masalah iaitu di mana nak dikuburkan mayatnya. Di perkuburan Islamkah atau di perkuburan hindu. Adakah sekali lagi akan berlaku perebutan jenazah?
Itu sebabnya Islam sudah mengatur satu peraturan/syarat yg cukup molek bagi umatnya patuhi demi kesejahteraan hidup mereka. Masalah memang sentiasa ada tetapi abpila terjadi, ada peraturan lain pula yg boleh dirujuk. Semuanya boleh diselesaikan secara adil demi maslahah anak itu sendiri. Cuma kita saja yg engkar untuk mematuhi aturan, suka2 nak ikut cara sendiri, maka timbulah berbagai ragam masalah yg merumitkan keadaan.
Correction Tok Batin. Sebenarnya dari segi hukum agama Islam dn memegang kpd mazhab Syafi'e, salah satu syarat sah pernikahan ialah mesti seagama, sama2 mengucapkan syahadah. Tidak sah pernikahan para muslimin dgn mereka yg tidak mengucap syahadah dn akan ada banyak masalah dan maslahah timbul apabila berlaku perceraian. Walaupun Islam memperuntukkan hak penjagaan anak bawah umur dlm penjagaan para ibu bila bercerai, tetapi para bapa juga merasakan mereka berhak kepada pembinaan sahsiah anak2nya. Kecelaruan membentuk jati diri bagi anak yg ibubapanya berlainan budaya dan agama, bercerai pula, menjadi satu masalah yg amat berat sekali. Spt dlm kes anak hindu trs, dia nak ikut cara mak dia ke atau nak ikut cara bapak dia. Sedangkan selama inipun, mak dia sendiri tak mengutamakan hukum Islam (shng sanggup berkahwin cara hindu).
Dimisalkanlah, anak remaja itu mati kerana minum racun, timbul satu lagi masalah iaitu di mana nak dikuburkan mayatnya. Di perkuburan Islamkah atau di perkuburan hindu. Adakah sekali lagi akan berlaku perebutan jenazah?
Islam sudah pun mengatur satu peraturan/syarat yg cukup molek bagi umatnya patuhi demi kesejahteraan hidup mereka. Masalah memang sentiasa ada tetapi abpila terjadi, ada peraturan lain pula yg boleh dirujuk. Semuanya boleh diselesaikan secara adil demi maslahah anak itu sendiri. Cuma kita saja yg engkar untuk mematuhi aturan, suka2 nak ikut cara sendiri, maka timbulah berbagai ragam masalah yg merumitkan keadaan.
ini baru 1 side story....kaum k ni bese belits pusing2 kan.....so nak dgr from pejabat agama n cikgu2 plak...sbb penah kat kg mak aku cikgu tak berani nak amik risiko though ada one kid ni beria2 jugak nak revert islam ( bapak dia was originally muslim dr china)...
Terima kasih atas penerangan tapi saya rasa kamu tidak faham soalan saya.
Katakan saya ada ofis mate warga muslim Indon berkahwin dengan Hindu di sini (malaysia) dalam upacara bukan Islam, adakan ofis mate saya boleh dikenakan tindakan?
Saya bertanya demikian sebab si ibu dalam kes ini ialah warga Indonesia muslim dan kita tahu di Indonesia ada banyak perkahwinan antara agama dan tidak dihukum
Saya cuba menjawab soalan TB berdasarkan kpd hukum.
Di Indonesia, memang kita maklum bahawa mereka dibolehkan berkahwin sekalipun berbeza iman. Satu contoh ialah artis Jamal Mirdad dn Lydia Kandou, seorang Islam dan seorang Kristian. Kononnya mereka bahagia shng mempunyai beberapa orang anak dn juga cucu. Atas sebab2 tertentu mereka juga bercerai dan pegangan agama anak2 diberi pilihan mana yg anak2 mau anuti. Tetapi itu dulu. Sekarang pihak majlis agama Islam Indonesia tidak lagi membenarkan perkahwinan antara agama. Namun ada saja rakyatnya tidak memperdulikan. Barangkali juga mereka berfikiran terbuka, tak ingin berpegang /merujuk kpd hukum dan tak mengadu walaupun tau.
Saya tak dpt berkomentar lebih ttng tindakan yg boleh diambil oleh kerajaan M'sia sekalipun jika perkara trs diketahui oleh majlis agama Islam Malaysia. Yg jelasnya permohonan mereka untuk menikah secara Islam pasti tak akan lulus jika lelakinya tidak Islam. Apa lagi skr, bakal pengantin diwajibkan juga hadiri kursus perkahwinan sebelum berkahwin.
Seorang teman saya juga, adik lelakinya beragama Kristian telah berkahwin dgn seorang wanita Indonesia yg asalnya beragama Islam. Kabarnya perkahwinan mereka secara sah di gereja M'sia tetapi wanita trs telah murtad terlebih dahulu di Indonesia secara rasminya.
SEREMBAN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sedang berusaha membatalkan hak penjagaan anak terhadap seorang lelaki India Muslim yang kini mengisytiharkan dirinya murtad.
Pegawai Bahagian Pendakwah JHEAINS, Mohd Zulkarnain Abdullah berkata, JHEAINS bersama Jabatan Mufti dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, dalam proses mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan tindakan lanjut dibuat, terhadap seorang individu berusia 52 tahun.
Mohd Zulkarnain berkata, lelaki tersebut pernah memeluk Islam sekitar tahun 1970-an, sewaktu hendak berkahwin dengan seorang gadis yang beragama Islam, dikenali Rokiah.
“Namun kisah perjalanan hidup mereka tidak seperti seorang Muslim, malah cara hidup mereka juga lebih ke arah agama Hindu.
“Lebih mengejutkan lagi, dia pernah membuat permohonan untuk keluar Islam melalui surat sumpah yang dibuat di Suruhanjaya Sumpah, tanpa kebenaran JHEAINS, dan menukar nama di kad pengenalannya kepada nama Hindu, yang digunakan sekarang.
“Pada tahun 2000, Kamarulzaman pernah mendapatkan surat daripada seorang pegawai agama, dan kembali memeluk Islam, bagi membolehkan dia berkahwin dengan seorang wanita Islam dikenali sebagai Ellya, berasal dari Indonesia.
“Dia memeluk Islam atas dasar perkahwinan sahaja, selepas itu dia kembali kepada agama asal, sehingga kini,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini tinggal bersama Kamarulzaman di Kampung Sendayan, dan anaknya itu diisytiharkan sebagai seorang Muslim, memandangkan ibunya adalah seorang wanita Islam.
Mohd Zulkarnain berkata, JHEAINS perlu menyelamatkan anak tersebut agar tidak tersasar dari landasan Islam.
Jelasnya, anak lelaki tersebut kini sedang dirawat akibat minum kopi yang berisi dengan racun di rumah mereka pada 11 Mac lalu.
Mengikut rekod, JHEAINS mencatatkan lebih 100 kes yang melibatkan individu yang membuat permohonan untuk keluar Islam di negeri ini.
kenapa masa kamarulzaman ni memelok islam kali ke 2 pihak jabatan agama tidak bertindak memantapkan iman dia..ajar dia ttg selok belok islam..xkan sekadar mengucap syahadah je..
Post time 17-3-2015 02:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hahh kau amik...dua kali masuk islam semata2 nk kahwin..tak guna ini org...ntah2 anak dia terminum kopi yg diracun bapak dia...klu nk bunuh diri org tak campur racun dlm kopi...xpnh dibuat org..minun tonggeng je lah...somethg fishy..