CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ResellerMaxis

[Tempatan] muhyidin - jangan risau. saya akan uruskan banjir. tiada keperluan darurat

[Copy link]
Post time 26-12-2014 12:51 PM | Show all posts
kena tau darurat 2 macam mana...baru la boleh istiharkan...ini soal keselamatan negara...buat masa ni.... bagi bantuan macam biasa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2014 12:52 PM | Show all posts


2 ekor si bodoh tengah berbincang nak solve banjir..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 03:19 PM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 26-12-2014 11:30 AM
Aku pun syak sebegitu juga

bersedia tonton wayang bila bijan balik   .....  iols wlpon undi PR masa pru,  tapi dlm bab ni iols lebih minat kak mah berkuasa dr yg lain,  sbb iols kaum hawa
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapt dr wasap tadi...

KENYATAAN MEDIA

YAB. MOHAMED AZMIN BIN ALI
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

26 Disember 2014

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak. Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai  98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir ; 35,331 orang daripada 9,918 keluarga di Kelantan, 29,604 daripada 7,317 keluarga di Terengganu 28,578 daripada 7,244 keluarga di Pahang dan 5,083 orang daripada 1,246 keluarga di Perak.

Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor amat bersimpati dengan mangsa – mangsa banjir dan keluarga masing – masing yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun.

Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat. Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat  terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT.

Saya telah berbincang dengan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi meneliti langkah – langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri – negeri yang terlibat.

Saya juga telah menghubungi YB Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk bersama – sama Kerajaan Negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini.

Sebagai tanda simpati Kerajaan Negeri Selangor, MMKN telah meluluskan sejumlah RM 1 juta untuk Kerajaan Negeri Kelantan ; RM 100 ribu masing – masing untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Perak.

Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan peruntukan RM 200 ribu bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh YB Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.

Untuk program pasca bencana banjir, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja – kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

Seluruh jentera PBT Negeri Selangor akan diturunkan untuk kerja – kerja pembersihan sebaik sahaja air semakin surut bagi tujuan pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal akibat banjir bagi menjamin kebersihan dan keselamatan rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapatkan sokongan kewangan daripada anak – anak syarikat, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri dan syarikat – syarikat swasta di Negeri Selangor untuk membantu menyediakan peralatan persekolahan termasuk pemberian beg sekolah dan pakaian seragam untuk pelajar – pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.

Delegasi Kerajaan Negeri Selangor akan turun ke Negeri Kelantan pada hari ini juga untuk menyampaikan bantuan disamping mengunjungi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kuala Krai dan beberapa daerah lain.

MMKN juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015 sebagai tanda kasih dan simpati kepada semua rakyat yang mengalami bencana banjir dan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I – City, Shah Alam atas prinsip yang sama.

Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam secepat mungkin bagi membantu kerajaan – kerajaan negeri mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat dalam tempoh yang getir ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah berbincang dengan JAIS supaya semua masjid di Negeri Selangor mengadakan solat hajat sejurus solat Jumaat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar kesejahteraan dan keselamatan rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus dilindungi dan dipelihara.

MOHAMED AZMIN ALI
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 03:57 PM | Show all posts
Muhyiddin dh siap siaga nk ganti najib lettew. Keep it up!


Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 04:36 PM | Show all posts
tengok dlm berita smlm pak muhyidin bercakap dia boleh handle walau takde PM.. hurmm...

hah berita terkini sat2 ni.. PM akan balik esok dan akan turun melawat ke Kelantan...

Hah camtu la baru ada  keprihatinan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2014 04:38 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 26-12-2014 07:45 AM
dah bertaun negaro kita...dilinda banjir....tak kan tak adok...persediaan untuk menghadapi nya....me ...

dik... mmg la tipa2 tahun banjir...
tp kali ni mmg teruk.. kalo cmtu. ape yg kelantan buat kalo dh mmg tiap3 tahun banjir kt tmpt dorg ni..
jgn laa nk tunding jari slh org.. .time2 cmni la kena bersatu...
ckp byk tak guna.. p turun tolong..


Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 04:58 PM | Show all posts
org PR yg lebih lebih ambil kesempatan dari isu banjir ini....dasar dap/pkr..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2014 05:03 PM | Show all posts
Macam hero tamil statement tu, the whole cabinet is a joke from the beginning.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:08 PM | Show all posts
Simunggu posted on 26-12-2014 04:58 PM
org PR yg lebih lebih ambil kesempatan dari isu banjir ini....dasar dap/pkr..

ambil la kesempatan bantu mangsa sementara banjir nih.
jauh lebih elok dari ambik kesempatan main golf.

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:11 PM | Show all posts
arira_arora posted on 26-12-2014 04:38 PM
dik... mmg la tipa2 tahun banjir...
tp kali ni mmg teruk.. kalo cmtu. ape yg kelantan buat kalo  ...

rakyat tetap bersatu....pikahak berkuaso tu...selamo ni...tak belajaq dari pristiwa yang sudah....kelengkapan tak disediakan....untuk menghadapi keadaan macang ni......simple basic procedure...kalu ke supermarket ....kito boli kerperluan harian...simpang stok kan....itu baru domistik punya caro....ini hal Negaro.....yang duduk kat opis tu...buek apoh....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:40 PM | Show all posts
bangcak posted on 26-12-2014 05:08 PM
ambil la kesempatan bantu mangsa sementara banjir nih.
jauh lebih elok dari ambik kesempatan main ...

kenapa? tak ada bantuan sampai lagi??
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:45 PM | Show all posts
Simunggu posted on 26-12-2014 05:40 PM
kenapa? tak ada bantuan sampai lagi??

sebab ketika org suma sebok hantar bantuan, u leka layan forum
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 06:02 PM | Show all posts
bangcak posted on 26-12-2014 05:45 PM
sebab ketika org suma sebok hantar bantuan, u leka layan forum

kenapa..tiada bantuan sampai lagi??...bantuan tak cukup lagi??
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:04 PM | Show all posts
Al-Patih replied at 26-12-2014 05:11 PM
rakyat tetap bersatu....pikahak berkuaso tu...selamo ni...tak belajaq dari pristiwa yang sudah.... ...

dah buek dah pn ape yg ptot...

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:17 PM | Show all posts
bangcak replied at 26-12-2014 05:45 PM
sebab ketika org suma sebok hantar bantuan, u leka layan forum

dalam group wasap aku penuh ngan fitnah budak2 PR.....

bab finah mmg bagi kat budak pr.....terbaik ....


org tgh sibuk ngan banjir, bdk pr sibuk reka ayat fitnah tuk disebarkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 03:20 PM | Show all posts
Simunggu replied at 26-12-2014 04:58 PM
org PR yg lebih lebih ambil kesempatan dari isu banjir ini....dasar dap/pkr..

budak2 pr sibuk sebar fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:32 PM | Show all posts
Pasal Muhyddin yg cakap, aku lagi risau...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:52 PM | Show all posts
apa implikasi pada kerajaan negeri kalau isytihar darurat bencana? Kenapa semua orang dok sebok2 mintak PM isytihar darurat? Apa benefitnye?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:57 PM | Show all posts
allah tgah nak bayar cash laaa tahun 2014
kapal terbang hilang, terhempas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.211016 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list