|
|
Sumber Kopi Planet
Beberapa kali melalui fasa patah hati, pelakon Zulin Aziz, 33, akhirnya sah bergelar isteri kepada rakan perniagaannya, Farhan Norzaini dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di Masjid Negara jam 9.20 pagi, tadi (Ahad).
Pasangan berkenaan diijabkabul berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz dan dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni.
Pemilik nama sebenar, Farah Azleenda Abdul Aziz menerima wang hantaran berjumlah RM30,000 dengan mas kahwin RM80 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihao pengantin perempuan.
Sumber Kopi Planet
Majlis berkenaan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Memetik laporan Kopi Planet, wanita itu berharap rumah tangganya pada hari-hari mendatang akan dipermudahkan.
"Saya digambarkan dengan kisah cinta sejati seperti fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara satu sama lain. Tetapi, sebelum bersatu, banyak dugaan ditempuhi. Dunia realiti, saya sendiri melalui kepahitan dalam mencari cinta sejati.
"Kehadiran suami dua tahun lalu seperti magik. Umpama pelangi yang datang selepas hujan mengakhiri kemarau panas berpanjangan. Hujung tahun lalu, dia melamar saya di Madinah ketika mengerjakan Umrah," kata Zulin.
Kesungguhan dan ketulusan Farhan berjaya menambat hatinya. Zulin menyifatkan suaminya seorang yang bertanggungjawab dan pendengar setia menyebabkan pelakon itu selesa meluahkan apa saja kepada lelaki itu.
"Dia menerima saya seadanya dari zaman saya berisi sehinggalah berjaya menurunkan berat badan. Saya yakin, dia mampu membimbing saya ke jalan yang diredai dan menjadi bapa kepada bakal abak kami nanti. Insya-Allah," katanya.
Merancang untuk berbulan madu di Turki, bagaimanapun belum ada kata putus memandangkan keadaan pandemik yang masih membimbangkan.
Sementara itu, Farhan meluahkan rasa syukur dan gembira kerana memenuhi hajat daripada arwah ibunya.
"Dia ada bersama saya ketika saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup ketika kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.
"Dari detik itulah saya sedar, dialah wanita yang saya mahu sehidup semati. Arwah ibu pernah pesan , cari isteri yang boleh jaga saya seperti arwah menjaga saya dan Zulin ada semua ciri-ciri itu.
"Alhamdulillah, kami disatukan selepas dua tahun kenal bermula sebagai kawan seterusnya bercinta dan kini suami isteri," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|