|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: COLORS OF HORIZON
[Copy link]
|
|
|

Laporan Sinar Harian mengenai penularan video kejadian buli membabitkan sekumpulan kanak-kanak yang didakwa berlaku di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
JOHOR BAHRU – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penularan video kejadian buli membabitkan sekumpulan kanak-kanak yang didakwa berlaku di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan satu rakaman tular di media sosial yang mendakwa berlaku perbuatan buli di lokasi berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun katanya, setakat ini pihak polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan rakaman yang tular serta mengesan individu-individu yang terlibat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Polis juga sedang berusaha mengesan saksi yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sehubungan itu, Raub meminta mangsa, waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Terdahulu, tular satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai menjadi mangsa buli. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakaman CCTV berdurasi 23 saat itu memaparkan kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 12.39 tengah malam, melibatkan sekurang-kurangnya empat kanak-kanak yang disyaki melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa, yang juga dipercayai seorang kanak-kanak lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menerusi rakaman tersebut, kelihatan pantulan cahaya api dipercayai disembur ke arah mangsa yang berada dalam keadaan terbaring dengan tangan seolah-olah terikat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak lama kemudian, tiga daripada kanak-kanak berkenaan dilihat menghampiri mangsa sebelum mengangkatnya, manakala seorang lagi individu dipercayai bertindak sebagai pemantau ketika kejadian. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

'SD dibuat untuk 'jatuhkan' Muhyiddin, buka laluan tubuh kerajaan dengan UMNO' - Mohamed Hanifah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohamed Hanifah Abu Baker mendakwa usaha mengumpulkan akuan bersumpah (SD) bukan saja bagi mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai presiden parti, malah bagi membuka laluan penubuhan kerajaan baharu bersama UMNO. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan itu mendedahkan bahawa perkara terbabit dimaklumkan sendiri oleh seorang pegawai salah seorang pimpinan tertinggi parti. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Saya tanya, adakah dengan mendesak atau pun jika SD ini berjaya, kita akan tubuh kerajaan? Dan jawapan yang saya terima mengejutkan, itu mungkin punca saya tidak seronok dan akhirnya terpaksa membocorkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Jawapan yang saya terima, kalau presiden berundur dan mungkin kita akan menubuhkan kerajaan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jelasnya, pegawai terbabit memberitahu bahawa wakil Presiden UMNO, mengadakan pertemuan dan menyatakan persetujuan untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan serta bersama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan baharu sekiranya Bersatu dipimpin oleh pemimpin berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Saya terpaksa meyakinkan beliau untuk mengatakan saya mungkin bersetuju dan meminta supaya diserahkan SD itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Saya bukan khianat tapi untuk menyelamatkan parti, saya telah serahkan SD itu kepada pimpinan Bersatu supaya dibawa kepada pengetahuan Presiden," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain itu, beliau turut mempersoalkan kenyataan Datuk Wan Saiful Wan Jan yang memberitahu SD yang dikumpulkan daripada 120 Ketua Bahagian Bersatu bertujuan menyokong Tan Sri Muhyiddin mengatur pelan peralihan parti, bukan mendesak beliau meletak jawatan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|