|
|
Edited by Catpaw at 21-8-2021 10:32 AM
  
Syabas semua, kreatif ayat masing-masing.
Pada masa-masa istimewa, tacang akan ditaburkan macam Raya Puasa dan Raya Haji. Jadi, setialah bersama-sama membina ayat, ecewah
Ayuh, kita ke perbendaharaan kata yang seterusnya.
Bulan ini bulan Kemerdekaan, macam mana sambutan kita tahun ni? dalam talian macam2 dah mula rai Bulan Kemerdekaan.
Ayuh, kita bina ayat berkaitan bulan Kemerdekaan!
30) Berkibar
Kamus Bahasa Melayu
berkibar
berkibar
[ber.ki.bar] |
Definisi : bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (bkn bendera dll): bendera Malaysia ~ di sana sini pd hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Masih bermain dengan ayat aktif.
Mulakan dengan subjek diikuti predikat.
Gunakan kata nama sebagai subjek contohnya bendera, Jalur Gemilang, padang, pejabat dan sebagainya.
Contoh : Sarjan Hassan berdiri dengan bangganya melihat bendera Jalur Gemilang berkibar megah di angkasa.
Selamat membina ayat.  |
|