CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Madel

[Tempatan] TENGKU JALIL(TJ) @ TUNKU LAKSAMANA JOHOR TELAH MANGKAT.

 Close [Copy link]
Post time 8-12-2015 01:16 PM | Show all posts
Warkah buat anakku, Jalil

http://www.malaysiakini.com/news/322572
Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah      Hari ini, 1:00 tengahari      Hari ini, 1:08 tengahari



Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah merakam coretan buat anakandanya, almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang meninggal dunia Ahad lalu.

Berikut adalah tulisan penuh baginda yang dimuatkan di Facebook:

Mama tahu, satu-satunya sebab Lil pergi ke hospital adalah kerana Lil menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah. Lil telah terlalu kerap ke hospital.

Namun Allah SWT, Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil di sana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.

Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari-hari terakhir Lil di dunia ini.

Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung. Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis.

Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam. Tapi Lil tahu.

Lil meletak tangan kanan Lil di atas tangan Mama dan menepuk-nepuk dengan perlahan, seolah-olah berkata: "Jangan menangis, Lil tidak apa-apa."

Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah SWT biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama.

Bila Mama melihat makam Lil, hati Mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayang detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri di sisi Mama.

Mama memandang ke arah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki. Boo di sisi Mama. Anak lelaki Mama lima orang. Di mana anak mama yang lagi seorang?

Kemudian Mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. Lil kini berada di bawah timbunan tanah itu.

Dan pada ketika itu, Mama menadah kedua tangan mama dan berbisik:

"Sesungguhnya dari-Mu kami datang, dan kepada-Mu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku."

Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2015 01:17 PM | Show all posts
Innrukia replied at 8-12-2015 12:33 PM
Melayu & melankolik berpesah teda...
Good people die everyday. Mati tu pasti, mati sebab kanser pu ...

You have just punch a 'nail  into a coffin' ....

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:19 PM | Show all posts
butetah replied at 8-12-2015 10:56 AM
sembang pasal org lebat. mai kat diri sendiri teladan apa pun tak tau la. sewel much. mohon bawak  ...

I can see the anger in you for God knows what reason....

Chill out...or be gone......

Heeee
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:26 PM | Show all posts
EJALTI replied at 8-12-2015 01:16 PM
Warkah buat anakku, Jalil

http://www.malaysiakini.com/news/322572

Rakyat tidak akan tahu how much you missed almarhum ..unless you share this emotion with the rest......through the available platform.......
A private emotion becomes public ......

Ya rabb......Kauberilah kekuatan  buat golongan ini untuk  menerima ketentuanMU dengan  hati. Yang reddho in. Its true form...




Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:42 PM | Show all posts
Vermicelli replied at 8-12-2015 01:26 PM
Rakyat tidak akan tahu how much you missed almarhum ..unless you share this emotion with the rest. ...

Memang aku marah. Tak dinafikan. Sebab manusia mcm kau ni jenis tak melapangkan dada. Semua benda nak provok. Semua benda tak puas hati. Semua nak berkata sinis.

Good luck...

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:51 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 7-12-2015 09:36 PM
Kalau dibagi pilihan me mungkin boleh tahan lagi hilang anak sakit mcm ni.... sempat kita nk tunju ...

mmg besar ujian kehilangan anak ni , pergi sebelum kita pergi.

Dlm sirah Rasulullah, sorg je anak beliau yang meninggal lps dia wafat. Bukan sedikit ujian ketabahan yg perlu dilalui termasuk kematian anak2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2015 02:04 PM | Show all posts
butetah replied at 8-12-2015 01:42 PM
Memang aku marah. Tak dinafikan. Sebab manusia mcm kau ni jenis tak melapangkan dada. Semua benda  ...

Tengok .....bukan sahaja hati ko tengah marah ,tapi jari ko jugak , sampai tersalah quote .....

Heeeeeeeeeee

Demi masa ...sesungguhnya manusia itu ............please continue ........

nyum nyum nyum
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 02:11 PM | Show all posts
kyrana replied at 8-12-2015 01:51 PM
mmg besar ujian kehilangan anak ni , pergi sebelum kita pergi.

Dlm sirah Rasulullah, sorg je an ...

Tuhan itu sebaik baik perancang .......jika  kita yakin dan  beriman padaNya....tapi kalau iman kita  masih kacau  bilau ...kita boleh sahaja merintih pada platform yang ada.......dengan meluahkan rasa hiba ...sehiba hibanya .....

Heeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2015 02:16 PM | Show all posts
reeny replied at 8-12-2015 09:56 AM
إِنَّا للهِ وَإ&#161 ...

Yes,Yes........HE heard you the first time ........
Dah masuk hari ketiga hari ini tahlilnya ....takkan DIA masih tak Mendengar ?

Duhhhhhhhh...


Just kidding......
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 02:22 PM | Show all posts
Madel replied at 8-12-2015 11:05 AM
Tunggu Maghrib Sebelum Buat Saei. Hari Ini Saya Buatkan Umrah Untuk YAM AlMarhum Tunku Abd Jalil Isk ...

Kebaikan itu  biarlah kita ikhlaskan pada Pencipta utk menilai ...puan .......
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kyrana replied at 8-12-2015 01:51 PM
mmg besar ujian kehilangan anak ni , pergi sebelum kita pergi.

Dlm sirah Rasulullah, sorg je an ...

Besar ke kecil tu terpulang pada seseorang individu cara menerimanya.bagi seorg miskin yg xde duit..hilang 3000 pon sudah cukup besar pada dia..tidak pada org yg ada 30 juta dalam bank...ada org hilang anak pon xkisah..sbb masa hidup pon xdijaga betul2..ada yg sendiri buang or bunuh anak tu...tapi pada sesetengah org hilang anak ibarat hilang separuh nyawa..

Sebab tu ujian Allah ni takkan melebihi tahap kemampuan kita... terpulang atas kita macam mana cara nak handle...  huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 8-12-2015 01:16 PM
Warkah buat anakku, Jalil

http://www.malaysiakini.com/news/322572

Sefihnya.perasaan seorang hidup...

Waktu gini ada duit banyak pon xguna...nyawa xdapat dibeli...

Peringatan utk diriku yg hina juga..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 03:31 PM | Show all posts
rasanya bapa allahyarham ni tak sayang kat dia la...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 03:58 PM | Show all posts
saya juga turut bersedih .....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 04:54 PM | Show all posts
melimpah lagi air mata aku lepas baca post RZS tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 06:14 PM | Show all posts

TUNKU JALIL (TJ) @ Tunku Laksamana Johor telah mangkat

Edited by ariani83 at 8-12-2015 06:16 PM
ellejo replied at 6-12-2015 12:08 AM
skarang ramai org berumur early 20's dies of cancer. baru2 ni kwn aku. also 25 meninggal kanser. ni  ...

semasa hayatnya, Almarhum ada tubuhkan YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2015 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Rzs ni muka die sgt serius kan..? Sgt2.. susah nk tgk die senyum... mungkin dalam hati menyimpan seribu satu perkara..  rase nye yg coronation day tu pon SI buat untuk TJ tgk.. semasa hayat die... mungkin juga permintaan TJ sendiri.. ade juga kenangan kan..tj pergi diusia yg sgt2 muda..Allah lebih sygkan die..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
MH37O replied at 8-12-2015 03:31 PM
rasanya bapa allahyarham ni tak sayang kat dia la...

Nape pulak? Huhu... sbb die anak ke 4 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 09:53 PM | Show all posts
Vermicelli replied at 8-12-2015 06:30 AM
@cabalero...mungkin perkongsian seperti ini yang ko maksudkan menghormati almarhum? Fitnah written ...

Tang ni aku agree dgn ko
He never mentioned anything about marriage
Jgnla kita memandai konon2 minah ni calonnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 09:56 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 7-12-2015 09:36 PM
Kalau dibagi pilihan me mungkin boleh tahan lagi hilang anak sakit mcm ni.... sempat kita nk tunju ...

Betul tu..
Meninggal mengejut sangat menyakitkan pada yang ditinggalkan - tapi mungkin yang meninggal tu tak menderita lama sebelum 'pergi'.

Meninggal kerana sakit kronik yang lama bole mempersiapkan yang hidup untuk 'let go', tapi mungkin sangat menyiksakan pada yang meninggal tuh..

Whatever it is, meninggal dunia mmg sesuatu yang sukar.. pada yang pergi mahupun yang ditinggalkan. But it's part of life.. nak tak nak kena hadap jua. Mudah2an kita semua 'pergi' dalam keadaan yang baik dan bersedia.

Wallahualam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.523314 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list