|
|
[Pulau Pinang]
Bersembang Tentang Nombor V15
[Copy link]
|
|
|
|
Butterworth: 2 lelaki yang ditahan polis kerana disyaki melakukan samun berkumpulan dengan menyamar pegawai Imigresen tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tertuduh, Azli Ismadi Mat Saad, 32, dan P Sanjay Kumar, 38 memohon kes mereka dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama 4 individu yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjata pisau terhadap Mohamad Roshid Bosi Rahmat, |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pemegang kad UNHCR bernombor 354-16C00131 termasuk melarikan seutas rantai emas, |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sebuah telefon bimbit jenama Realme GT dan wang tunai RM3,000 milik mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesalahan itu didakwa didakwa dilakukan di sebuah rumah di Ladang Chip Joo, Bukit Mertajam dalam daerah Seberang Perai Tengah kira-kira jam 10.30 pagi, pada 13 Januari lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan serta dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Seksyen 395 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
manakala Seksyen 397 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman sebatan, jika sabit kesalahan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh dalam rayuan mereka merayu supaya jaminan ringan dikenakan dengan salah seorang memberitahu mahkamah dia seorang pemandu lori berpendapatan RM2,500 sebulan perlu menanggung 3 anak masih kecil. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 26 Februari depan sebagai tarikh lantikan peguam dan serahan dokumen. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Terdahulu, media melaporkan polis berjaya menumpaskan 1 kumpulan samun yang menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasaan susulan penahanan 2 lelaki tempatan di sekitar Kuala Lumpur pada 18 Januari lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris dilaporkan berkata, tangkapan itu dibuat susulan kejadian samun berkumpulan yang berlaku di sebuah rumah di Ladang Chip Joo, Bukit Tengah pada 13 Januari kira-kira jam 10.30 pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, mangsa seorang lelaki warga Myanmar berusia 44 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
memaklumkan 6 lelaki berpakaian gelap dan memakai pelitup muka menaiki sebuah kenderaan jenis Proton X70 berhenti di hadapan rumahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"5 suspek kemudiannya masuk ke rumah mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen sebelum menggeledah kediaman terbabit. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Suspek turut mengacukan sebilah parang dan melarikan pelbagai barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit dengan anggaran kerugian sekitar RM4,000," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pandu cuai sebabkan kematian, pesara didenda RM5,000. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Melaka: Seorang pesara didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam, selepas menukar pengakuan bersalah atas pertuduhan memandu melulu hingga menyebabkan kemalangan, tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tertuduh, Badrul Hisham Osman, 58, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan semula di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|