CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: crossfire

Imam baling selipar dpt Kuarters Baru

  [Copy link]
Post time 15-3-2012 11:41 PM | Show all posts
golongan2 seperti diatas sering menggunakan istilah menggunakan akal untuk menunjukkan superiority dan tahap intelegen mereka.tetapi dalam tidak sedar mereka telah tertutup hati dari memikirkan kebesaran ALLAH. mereka terlalu leka untuk mencari salah dan silap, serta kelemahan dari agama islam, agama yang dibawa oleh nabi muhammad (saw) dan mencerca golongan ahlus sunnah wal jamaah dengan bermacam2 cercaan dan mengatakan bahwa kita cuma mengikut2 ajaran datuk nenek kita yang dibawa dari tanah arab.

masa yang ada diguna untuk mencari segala ceruk kelemahan dari agama yang dibawa oleh muhammad (saw) sehingga mereka lupa untuk beramal dengan ayat2 dari alquran itu.

oleh kerana aku menggunakan akal lah maka aku percaya bahwa dalam diri manusia penuh dengan kelemahan dan keterbatasan. dengan keterbatasan itu aku memerlukan pedoman. pedoman yang datang dari tuhan. dan tiada siapa yang dapat menyanggah bahawa alquran itu adalah benar kalam tuhan. tuhan memberikan kita pedoman supaya kita dapat memikirkan hikmah disebalik perintah2 tuhan.bukan sebaliknya mempersoalkan kerana dirasakan sudah tidak relevan dengan peredaran zaman.

akal perlu digandingkan dengan hati kerana disitulah kita akan melihat kebesaran tuhan. jangan cuma pandai menggunakan alasan akal kerana siapa tahu itu adalah bisikan syaitan? wallahua'alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 11:44 PM | Show all posts
" Dan di antara manusia ada yang berkata 'kami beriman kepada ALLAH dan hari akhir' padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang orang yang beriman.

Mereka menipu ALLAH dan orang orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sadari.

Dalam hati mereka ada penyakit lalu ALLAH menambahkan penyakitnya itu dan mereka mendapat azab yang pedih, karena mereka berdusta.

dan apabila dikatakan kepada mereka, 'janganlah berbuat kerosakan dibumi!' mereka menjawab 'apakah kami akan beriman seperti orang orang yang kurang akal itu beriman?' ingatlah sesungguhnya mereka itulah orang orang yang kurang akal, tetapi mereka tidak tahu."

(al baqarah ayat 8 - 13)

p/s - renung2kanlah............
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 12:13 AM | Show all posts
"  " Dan di antara manusia ada yang berkata 'kami beriman kepada ALLAH dan hari akhir' padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang orang yang beriman.

Mereka menipu ALLAH dan orang orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sadari....
unhas Post at 15-3-2012 23:44



Ya Allah Ya Tuhan kami , beri lah kami petunjuk dan lindungi lah kami dari tipu daya para munafikun dan kapirun .

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 12:17 AM | Show all posts
Imam PAS seumur hidup ni habis la pencen dia ye..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 12:20 AM | Show all posts
agama untuk makhluk x berakal tu ke??aku pun xnak agama macam tu..
tengoklah kat negara-negara Arab tu..betapa teruknya perangai keturunan pencipta agama tu..dah xmacam manusia dah..

orang datang bagi bantuan di sembelih..orang pakai macam barat di rejam, pempuan bawa kereta pun salah.
SiNoob Post at 15-3-2012 21:07


Kalau ko tak puas hati dengan makhluk yang tak berakal tu , kenapa ko masih lagi menetap di Malaysia ?

Ajaklah bersama Maideen agar berhijrah ke negara yang bukan Islam seperti negara Israel ker, India ker , Italy ker , Vatican ker.


Bila umat Islam menyembelih orang kapir ? Setau aku Israel yang menyembelih umat Palestin .
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 12:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2012 01:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by unhas at 16-3-2012 01:10

  • Lanjutan kepada soalan Tun Mahathirkepada remaja yang dipanggil cucu, Hilal Asyraf yang saya tulis sebelumini, berikut dilampirkan jawapan yang telah ditulis oleh Asyrah untukTun Mahathir


Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, diizinkan saya mengarangwarkah ini. Semoga Allah SWT memandu kita semua ke arah kebenaran, dansentiasa meletakkan kita agar sentiasa lurus berada di atas jalanNya.
Ini adalah warkah jawapan saya kepadaTun Dr Mahathir yang menyuakan beberapa soalan kepada saya di dalamblognya pada link berikut: http://chedet.cc/blog/?p=718


Sukalah saya mendahulukan terima kasih saya, sebagai seorang rakyatbiasa, kerana Tun Dr Mahathir sudi memberikan respon kepada nota saya.Yang nyatanya saya sangka, tidak sampai kepada Tun. Hal ini keranaramai lagi orang lain memberikan respon kepada ucapan Tun berkenaanHudud tersebut. Apa-apa hal pun, saya berbesar hati atas keterbukaanTun ini, dengan izin Allah SWT.
Saya Muhammad Hilal Asyraf bin AbdRazak bin Kaprawi. Tahun ini berumur 23 tahun mengikut tahun masihi. Yabenar, saya taraf cucunda Tun, yang nyata usianya sudah menjengah 90tahun dalam tahun hijrah. Saya merupakan pelajar tahun akhir diUniversiy of Yarmouk, Jordan dalam pengkhususan Usuluddin. Jika tiadaaral melintang, saya akan menamatkan pengajian saya di semester ini.Saya juga, mengasaskan website ini(LangitIlahi.Com), dan menulisbeberapa buah buku.
Tun Dr Mahathir yang dikasihi kerana Allah,
Maafkan saya atas intro yang panjang.Kini saya pergi menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh Tun didalam blog Tun. Namun suka saya meminta maaf, jika saya tidak mampumenjawab seringkas yang dipinta. Tetapi saya berusaha keras untukmeringkaskan penulisan saya.

Soalan 1 – Punca ajaran agama Islamialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guruagama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?
Izinkan saya memperbaiki statement –“punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, Fatwa, ajaranulama’-ulama’ dan guru-guru agama.”
Sebenarnya, ‘punca’ ajaran agamaIslam adalah Al-Quran dan Hadith sahaja. Selebihnya, seperti fatwa,ajaran ulama’ atau guru-guru, itu adalah perkara yang terbit darikefahaman mereka terhadap Al-Quran dan Hadith.
Bila ditanyakan yang mana satukah yang patut diutamakan, maka saya jawab:
Al-Quran dan Hadith. Kedua-duanyadiutamakan, pada taraf yang sama. Kerana kewujudan Hadith, yakni sunnahnabawiyah, adalah sebagai ‘penjelasan’ kepada ayat-ayat Al-Quran.Kerana itu Allah SWT berfirman:
“(Kami utuskan Rasul-rasul itu)membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikankebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kamipula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberiperingatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yangtelah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yangmerancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripadaditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangiazab dari arah yang mereka tidak menyedarinya?” Surah An-Nahl ayat44-45.
Begitulah juga dinyatakan di dalam Surah An-Najm ayat 2-4. Surah Al-Hasyr ayat 7.
Dan berkenaan Al-Quran, nyata AllahSWT berfirman:“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul(ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orangyang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka berolehpahala yang besar. Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepadahari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperisakitnya.” Surah Al-isra’ ayat 9-10.
Juga wujud penegasan ini dalam banyaktempat yang lain di dalam Al-Quran, contohnya di dalam Surah Al-Baqarahayat 1-2, An-Nisa’ ayat 174-175, Surah Al-Maidah ayat 15-16 danlain-lain.
Tun Dr Mahathir yang saya harapkan berada dalam rahmat Allah,

Soalan 2 – Sekiranya terdapatperlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama’dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakahkita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terimahadith, fatwa dan lain-lain?
Berkenaan soalan ini, pertamanyaizinkan saya jelaskan berkenaan percanggahan hadith dengan Al-Quran.Sesungguhnya Tun yang saya kasihi, apabila Allah SWT telah berfirman didalam ayat-ayatNya di atas berkenaan Rasulullah SAW itu tindakannyaadalah wahyu, maka tiadalah hadith yang sohih, bercanggahan denganayat-ayat Al-Quran.
Sekiranya kita menjumpaita’arudh(perlanggaran, percanggahan) ini, di antara hadith sohih denganayat Al-Quran, maka hendaklah kita kaji semula apakah sebabnya. Danbiasanya, percanggahan itu bukanlah percanggahan. Tetapi antaranyadisebabkan:
Silap dalam periwayatan hadithAyat Al-Quran itu sudah di’nasakh’(mansuh)kan hukumnya, tetapi tidak di’nasakh’(mansuh)kan bacaannya.Atau Rasulullah SAW melakukan/membenarkan/melarang perkara tersebut, sebelum ayat Al-Quran turun melarang/membenarkan.Begitu.
Jadi bila ditanya kepada saya, mana yang patut diutamakan, maka saya akan jawab:
Al-Quran dan hadith. Bersama-sama.
Kalau berlaku pencanggahan antaraAl-Quran dan hadith, maka nyatakan hadithnya, dan nyatakan ayatAl-Quran yang mana, kemudian kita periksa mengikut ilmu asbabulnuzul(sebab-sebab turunnya ayat Al-Quran), dan periwayatan hadith.
Tun Dr Mahathir yang dikasihi kerana Allah,

Soalan 3 – Ada pihak yang mendakwabahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapimenerima hanya 7000 sebagai sahih.
Benar. Dan perlu diketahui bahawaImam Al-Bukhari(Abu ‘Abdullah Muhammad bin Isma’il Al-Bukhariy)menamakan Kitab Sohih Bukhari itu dengan “Jami’ Musnad As-SohihAl-Mukhtasar Min Umur Rasulillah SAW”. Al-Mukhtasar ini bermaksud“ringkasan”. Imam Al-Bukhari memasukkan sekitar 7,000 hadith ini kedalam kitab tersebut kerana 7,000 hadith ini mencukupi padapendapatnya, untuk manusia memahami bagaimana mahu berurusan denganIslam sebagai cara hidup.
Dan Imam Al-Bukhari sendirimenyatakan: “Aku keluarkan untuk (isi)kitab ini daripada 600,000hadith, dan aku jadikannya sebagai hujjah antara aku dan Allah SWT.”
Berkata Ibrahim ibn Mu’qol: “Akumendengar Muhammad bin Ismail berkata: Tiadalah aku masukkan ke dalamkitabku As-Sohih ini melainkan yang sohih. Dan aku tinggalkan(tidakmasukkan) banyak hadith sohih yang lain agar tidak menjadipanjang(kitab itu tidak menjadi terlalu tebal)”
Berkata Imam Al-Bukhari: “Tiadalahaku keluarkan(yakni meriwayatkan) di dalam kitab ini melainkan yangsohih, dan apa yang aku tinggalkan dari hadith sohih yang lain adabanyak.”
Kerana itu apabila Imam Al-Bukharimenamakan kitabnya “As-Sohih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah SAW”,maka itu menjadi dalil bahawa dia berpendapat hadith-hadith tersebutsudah cukup bagi manusia mengamalkan dan memahami Islam yang sebenar.Tetapi tidaklah dia menutup peluang orang lain untuk meriwayatkanhadith sohih yang lain.
Ini saya dapati dari Kitab Al-Wadhih Fi Manahij Al-Muhaddithin karangan Dr Yaasir Asy-Syimaali.
Tun Dr Mahathir yang saya kasihi kerana Allah,

Soalan 4 - Apakah kesahihanhadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith laintermasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolakkajian-kajian lain dari Bukhari?
Kalau yang Tun maksudkan di siniadalah ‘sama taraf kesohihan’nya, maka itu bergantung kepada Al-JarahWa Ta’dil terhadap hadith tersebut. Menggunakan teknik Jarah Wa Ta’dilini, maka periwayatan akan dikaji semula untuk melihat kesohihannya.Baik sohih dari segi sanad perawi, mahupun sohih dari segimatan(sebutan hadith) itu.
Tetapi kalau Tun mahu tanya fasal‘Syarat Sohih Hadith’ yang dikenakan oleh perawi-perawi ini sebelummemasukkan ke dalam kitab mereka, maka telah diakui zaman berzamanbahawa syarat yang dikenakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim adalahpaling ketat sekali.
Imam Bukhari mengenakan syarat-syarat berikut:
Memenuhi Syarat hadith Sohih yang disepakati Ulama’Sanadnya bersambung.Perawinya adil(soleh, bertaqwa, dipercayai)Perawinya dobit(tidak nyanyuk, tidak lupa)Tidak ada syaz(hadith yang diriwayatkan tidak bertentangan)Tidak terdapat ‘illlah(yakni kecacatan/kesamaran yang menyebabkan hadith itu tidak diterima)2. Subbut Al-Liqa’ (terbukti perawi itu telah bertemu dengan perawi sebelumnya)
3. Melihat tahap penguasaan murid di sisi syaikhnya(apakah murid yang bagus penguasaannya, atau tidak)
4. Hendaklah perawi itu masyhursebagai yang tekun menuntut ilmu hadith.(maksudnya, perawi itu memangdikenali sebagai yang rajin menuntut hadith)
Manakala imam-imam yang lain, adayang membenarkan hadith dho’if wujud di dalam kitabnya. Ini bukanlahhendak menyatakan Imam-imam tersebut kurang mulia atau kurang hebatdaripada Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim. Tetapi hendak menyatakan,tujuan penulisan kitab mereka adalah berbeza. Dan perlu diketahuibahawa ulama’-ulama’ yang memasukkan hadith-hadith sedemikian, merekamemasukkannya dengan amanah. Yakni menyatakan para perawinya agar bolehdiperiksa orang terkemudian selepas mereka.
Dan untuk isu mana yang lebih patutdiambil sebagai rujukan, setakat ini sememangnya ulama’-ulama’ telahmenjadikan Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim sebagai rujukan utama. Biasaakan dikatakan – “Perawi ini melepasi syarat asy-syaikhain”. Itubermakna, perawi itu melepasi syarat yang dikenakan Bukhari dan Muslim.
Namun untuk mengambil hadith-hadith daripada Imam lain, tiada masalah selagi mana ianya memenuhi syarat hadith sohih.
Perkara ini Tun, dibahaskan denganamat-amat detail dalam ilmu Jarah Wa Ta’dil(kritikan dan pujian)terhadap hadith-hadith, di dalam Kitab Ar-Rijal(kitab yang menceritakanperihal perawi-perawi, sejarah mereka, kedudukan mereka dalam duniaperiwayatan hadith) dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 01:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by unhas at 16-3-2012 01:11

Soalan 5 – Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan,seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit,kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.
“Lebih tepat” itu pada saya sangatsubjektif. Sebab, tidak semestinya apa yang dicatit itu betul. Dan taksemestinya juga yang diingati itu lebih tepat dari apa yang tercatat.
Sebab itu Tun, dalam isu pengumpulan, pembukuan Al-Quran dan Hadith, adalah amat-amat-amat ketat saringannya.
Bukan semata-mata dia hafal, diasebut, maka terus dimasukkan ke dalam catitan. Terus dibukukan. Bahkan,jika kita menelaah kitab-kitab Manahij Al-Muhaddithin(Sistem ParaPerawi Hadith), kita akan menjumpai perkara seperti jarah wa ta’dilyang menilai sanad dan matan hadith, kitab Ar-Rijal yang menilaiperawi-perawi hadith, syarat hadith sohih, dan sebagainya, yang jelasmenunjukkan ini semua disaring penuh ketat dan teliti.
Kalau Tun nak kata ingatan manusiaboleh terganggu dengan ‘lupa’ dan sebagainya, saya akan kata, sebab ituwujud sistem Jarah Wa Ta’dil, Kitab Ar-Rijal, Syarat-syarat hadithsohih, dan sebagainya, untuk memastikan apa yang disampaikan ituterjaga.
Sebentar lagi saya akan nyatakanbahawa hadith juga dicatit. Ada juga yang dihafal. Sama sepertiAl-Quran. Ada yang tercatat di pelepah kurma, batu dan sebagainya. Adajuga yang tidak ditulis, tetapi dihafal. Namun sistem pengumpulan yangamat ketat itulah yang menjaga dari apa yang tidak sohih itu terlepas.
Tun Dr Mahathir yang saya kasihi kerana Allah SWT,

Soalan 6 – Bukhari membuat kajianhadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yangmelihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dandidengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atauapakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melaluibeberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?
Sebenarnya Tun, hadith itu ditulisdari zaman Rasulullah SAW lagi. Bukan semata-mata hafalan dan ingatan.Di zaman Rasulullah SAW, antara yang dikhaskan oleh Rasulullah SAWuntuk menjadi pencatit hadith baginda adalah: ‘Abdullah ibn ‘AmruRadhiallahu’anhuma.
Dinamakan penulisan Hadith ‘Abdullah ibn ‘Amru ini sebagai Sohifah As-Soodiqoh.
Antara lain yang wujud adalah Sohifah ‘Ali bin Abi Talib Radhiallahu’anhu.
Dan wujud di dalam Sohih Bukharidalam Kitabul ‘Ilm bahawa Rasulullah SAW pernah menyuruh agar ditulispesanan dan ajaran baginda kepada seorang yang berasal dari Yaman.
Dan amat masyhur kita mengetahuibahawa baginda mempunyai penulis surat, dan dihantar surat itu kepadaraja-raja di zaman baginda. Ini dinyatakan di dalam Kitab Jaami’ BayanAl-‘Ilm karangan Ibn Abdul Barr.
Jadi jelas di zaman Rasulullah SAW, hadith-hadith baginda ditulis. Tanpa dinafikan, ada juga yang dihafal.
Kita mendalami ilmu hadith ini denganmemahami bahawa Al-Quran adalah wahyu daripada Allah SWT makna danlafaz. Manakala hadith adalah maknanya daripada Allah, sedang lafaznyaadalah lafaz Rasulullah SAW. Maka, ada sahaja yang meriwayatkannyaberdasarkan makna sahaja. Itu pun, semua ini melalui jarah wa ta’dilyang kita nyatakan tadi.
Di zaman Sohabah(para sahabat) pula,wujud tulisan Zaid ibn Thabit RA yang mengumpulkan hadith-hadithberkenaan Fara’idh. Khotib Al-Baghdadi(Abu Bakr Ahmad ibn `Ali ibnThabit ibn Ahmad ibn Mahdi) juga pernah meriwayatkan daripada Basyiribn Nuhaik bahawa Basyir berkata: “Aku menulis untuk Abu Hurairahsetiap hadith yang aku pelajari daripadanya. Kala aku hendak berpisahdengannya, maka aku membacakan apa yang aku tulis. Kemudian akunyatakan bahawa ini semua adalah hadith yang aku ambil daripadanya. AbuHurairah menjawab: Ya.” Khotib Al-Baghdadi, dalam kitabnya, TaqyidAl-Ilm.
Terdapat juga sohifah Jabir ibnAbdullah. Dan para sahabat yang hidup jelas memperturunkanhadith-hadith yang didapati daripada Rasulullah SAW kepada masyarakatdi mana mereka hidup.
Dan ini semua tidak mati di situsahaja. Di Zaman Tabi’in, wujud juga penulisan Hadith, bahkan jadilebih meluas lagi kerana telah terbukanya banyak wilayah di tanganIslam. Ketika zaman inilah, Khalifah Abdul Aziz ibn Marwan(meninggalpada tahun 85H) mula menyeru agar dikumpulkan hadith secara rasmi.Kemudian usaha ini juga diteruskan oleh Khalifan Umar bin Abdul Aziz dizamannya.
Perkara ini dijelaskan secara detaildi dalam kitab-kitab Manahij Al-Muhaddithin. Ini bukanlah maklumat yangboleh kita biarkan begitu sahaja, atau memandangnya dengan sebelah matasemata-mata.
Kemudian, apabila ingin membicarakanperihal Imam Al-Bukhari, bagaimana dia menuntut hadith, dia nyataadalah seorang yang mengembara. 16 tahun dia keluar mengembara bertemudengan perawi-perawi untuk mengumpulkan hadith-hadith, dalam rangkamengumpulkan yang sohih. Dia bukannya duduk diam di dalam perpustakaansemata-mata, atau menunggu seseorang datang kepadanya menyampaikanbuatnya hadith.
Dan sekali lagi saya nyatakan, ImamAl-Bukhari bukannya sekadar dengar, dan terus catit masukkan ke dalamKitabnya. Dia menyaringnya pula. Ada pula hadith-hadith yang lebihkurang sama, diletakkan sebagai bukti bahawa makna yang dibawa olehhadith-hadith itu sohih, saling sokong menyokong satu sama lain.
Bahkan, untuk tambah meyakinkan lagi,Imam Al-Bukhari telah memanggil para ulama’ di zamannya untuk menilaiKitab Jami’ Musnad As-Sohih miliknya itu. Antara ulama’ yang menilaiadalah ‘Ali ibn Al-Madini, Ahmad ibn Hanbal, Yahya Ibn Mu’in danlain-lain. Mereka memperkemaskannya lagi dan menjadi saksi bahawa apayang dikumpulkan itu adalah sohih.
Dan bukanlah Imam Al-Bukhari ituterus mati selepas menyelesaikan kitabnya. Dia masih hidup. Didatangipara ulama’, dan keluar ke negeri demi negeri membawa kitabnya.Sekiranya wujud kesalahan dan kecacatan, semestinya kitabnya telahtertolak lebih awal kala kehidupannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2012 01:05 AM | Show all posts
Soalan 7 – Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan keranamanusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia darimengguna akal dan berfikir?Guru saya di dalam bidang Aqidah, bernama ‘Ala Hilat, pernah berkatabahawa Allah SWT menyediakan ayat musytabihat di dalam Al-Quran,sebagai tanda penghormatan Allah SWT kepada akal yang diciptakanNyabuat manusia. Ayat musytabihat adalah ruang yang diberikan Allah SWTagar manusia berfikir, menjana pemikirannya sendiri.
Tetapi adalah perlu kita fahamibahawa, tiadalah pemikiran akan timbul sendiri tanpa bantuan. Dantiadalah pemikiran akan menghala kepada arah yang betul sekiranya tidakmendapat panduan.
Kerana itu, Allah SWT menurunkanayat-ayat Muhkamat. Yang qat’ie, jelas tidak boleh diubah dandiperbahaskan perlaksanaannya. Hal ini boleh dirujuk dalam Surah AliImran ayat 7.
Allah SWT juga beberapa kali menyebut ayat Al-Quran seperti:
“Apakah mereka tidakmendalami/memikirkan Al-Quran?” Surah Muhammad ayat 24. “Sesungguhnyayang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkankesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” Surah Rum ayat 21.
Maka tidaklah Islam melarang kitamenggunakan akal kita. Tetapi perlulah kita letakkan akal kita ataslandasan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalamkitabNya, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAWdaripada hadith yang sohih yang sampai kepada kita.
Jika Islam melarang kita menggunakanakal, maka tiadalah ulama’-ulama’ terdahulu terfikir untuk mengumpulkanAl-Quran dan mengumpulkan hadith. Tiadalah cendekiawan Islam membuatpenemuan-penemuan yang menghidupkan ketamadunan dunia.
Tetapi perlulah pada kebebasan berfikir itu, wujud limitnya. Kerana pemikiran manusia itu terbatas.
Sebagaimana limit yang diletakkan kepada kita, agar tidak membicarakan akan dzat Allah SWT.
Diriwayatkan dari Abu Hurairahradhiyallaahu ‘anhu, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda:“Sesungguhnya syaitan mendatangi salah seorang dari kamu, lalu berkata:Siapakah yang telah menciptakan ini ? Siapakah yang telah menciptakanitu ? Hingga syaitan berkata kepadanya: Siapakah yang menciptakanRabbmu? Jika sudah sampai demikian, maka hendaklah ia berlindung kepadaAllah dengan mengucapkan isti’adzah dan berhenti.” Hadith RiwayatAl-Bukhari dan Muslim.
Kerana jelas, makhluk jika mampumemikirkan bagaimana ‘bentuk’ Tuhannya, adalah satu kecacatan kepadaMaha Besarnya Tuhan itu. Tidakkah Tun rasa demikian? Ini salah satubentuk keterbatasan akal manusia. Tidak mampu menjengah kepadaperkara-perkara ghaib. Maka Al-Quran dan hadith memandu. Islam benarkankita terbang seperti layang-layang, tetapi mestilah bertali agar tidakjadi layang-layang yang lepas pergi begitu sahaja, Tun.
Maka begitulah saya melihat Islam mendidik kita berfikir, Tun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 01:06 AM | Show all posts
pembacaan lebih lanjut boleh dilihat di
http://wartashubhi.blogspot.com/ ... mAaPQ+(WartaShubhi)
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 01:08 AM | Show all posts
islam itu penuh dengan hikmah bagi mereka2 yang mahu berfikir dan menggunakan akal.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 03:45 AM | Show all posts
Patutnya dia baling tahik je, braulah pueh hati kna setaun pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 04:49 AM | Show all posts
Kalau ko tak puas hati dengan makhluk yang tak berakal tu , kenapa ko masih lagi menetap di Mala ...
mamicun Post at 16-3-2012 00:20


aku dah duduk kat sebuah negara sekular yang baik iaitu malaysia..kat mana pula dalam komen aku yang xpuas ati dengan negara ini??

yang aku xpuas ati hanyalah kepada makhluk-makhluk yang cuba menjadikan malaysia sebuah negara untuk makhluk xberakal seperti di negara Arab..


sepatutnya kau dan mereka-mereka yang xmembenarkan penggunaan akal tu..berpindah dan menetap di negara yang sesuai dengan korang iaitu di Arab sana..jangan nak jadikan Malaysia macam Arab pula..


alah kesiannya kau ni..xtengok ke berita kat iraq tu..yang budak laki di rejam sampai mati tu??tu hanya sebab pakaian jer tu..


xtahu berita sukarelawan dari korea pergi bagi bantuan di afghan..lalu ditangkap dan disembelih..atas alasan mereka nak sesatkan ummah afghan??


dan berita terbaru kat moroco tu..ada ke budak di rogol..di jatuhkan hukuman supaya kahwin dengan perogolnya..sampai budak tu pun bunuh diri..

abis tu..rakyat palestin yang xabis-abis serang israel..nak wat macam mana..xkan ar israel nak jadi bodoh macam orang islam palestin gak..amik batu n baling balik kat palestin..xpun letak bom kat badan n wat pengeboman berani mati..tu kerja orang bodoh jer..Israel dah dikurniakan oleh tuhan kepandaian..ada senjata canggih semua..dia guna lah..sepatutnya orang islam palestin gunalah akal sikit..dah tahu israel tu ada kekuatan ketenteraan dan awak tu lemah sangat..janganlah cari pasal lagi..dah berkali-kali jadi pun masih xnak guna akal..tetap gak cari pasal..kalau orang islam tu guna akal sikit..tentu dia xder nak baling batu or roket bodoh or bom berani mati tu terhadap israel..


kalau dah xpuas ati sangat..pergilah belajar n bina teknologi canggih..dah boleh lawan israel..baru lawan..


ini tidak..dah lah berperang dengan serba serbi kelemahan..pastu yakin pula tuhan antar malaikat bersama dia orang..so xtakut kononnya..inilah masalah utama orang islam..kononnya senjata xder kuasa..Allah jer berkuasa..tengok sejarah perang badar..rasulullah lawan dengan musuh yang baper kali lebih ramai..orang islam senjata pun asal boleh jer masa tu..lawan orang kafir yang dah biasa berperang, peralatan lengkap, strategi lengkap..dah lah dalam bulan ramadhan..tapi islam tetap menang..sebab apa?sebab bukan senjata yang berkuasa, bukan strategy yang berkuasa, bukan kuantiti yang berkuasa..tapi Allah yang berkuasa..teruslah hidup dengan pegangan xberakal macam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 06:33 AM | Show all posts
salah besar kau cakap begitu. orang islam zaman sekarang ni jadi lemah adalah kerana jauh daripada islam. mana ada negara yang seratus peratus mengamalkan ajaran islam sekarang? arab saudi? lagi hancus jadi anjing amerika je. hudud cuma untuk golongan bawah je tapi raja2 boleh buat semahunya.

islam pernah mengalami zaman kegemilangan, pernah menguasai sebahagian besar dunia ini. salahuddin al ayubi sebagai contoh dapat memandu angkatan perang dalam usia yang muda.itu semua kerana pegangan islam yang kukuh dibantu dengan tauhid dan berserah diri pada ALLAH.islam juga pernah mengalami zaman dimana ilmu2 dan penemuan2 dan falsafah2 diteraju oleh umat islam. al farabi, al kindi, ibnu sina, ibnu batutah, dan banyak lagi golongan ilmuan islam yang memberi sumbangan besar sehingga kezaman sekarang.i think you know that well.

musuh2 islam tahu bahawa tidak mungkin boleh mengalahkan umat islam dalam segala aspek jika mereka patuh pada ajaran agama. akhirnya mereka merancang strategi untuk menjauhkan umat islam dari agama dan hasilnya hingga kini orang islam yang ramai tetapi tidak boleh berbuat ape2.nak boikot barangan zionis pun takut dan berbalah sesama sendiri dengan bagi macam2 alasan. jadi ape maksud kau cakap islam membuatkan orang islam jadi lemah? ada pepatah orang zionis yang menyatakan bahawa israel tidak pernah akan dikalahkan oleh umat islam selagi jumlah kehadiran solat subuh berjemaah dimasjid sama dengan solat jumaat. ini menunjukkan ape? ini menunjukkan bahwa mereka tahu punca kekuatan orang islam ada dimana.

sebenarnya hidup yang jauh dari islamlah yang membuat orang islam menjadi lemah dizaman ini.sementara kau yang mengaku dan bangga dengan pemikiran kau menggunakan akal senang2 sahaja termakan oleh dakyah2 barat yang menyatakan bahwa agama itu membuat kita mundur,membuat kita tidak menggunakan akal.padahal itu adalah cara untuk mengelakkan dari umat islam mendapat kekuatan kembali.jadi harap perbetulkan paradigma kau kembali. gunakan akal, jangan terlalu mudah diperdaya.........
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 07:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by unhas at 16-3-2012 07:14

dan satu lagi jika islam adalah agama bagi mereka2 yang tiada akal, bagaimana pula untuk menjelaskan bahawa islam adalah agama yang paling cepat tersebar didunia sekarang dan ini juga diakui oleh guiness world record. jika mau ikut logik, bagaimana orang2 yang tiada otak boleh spread this religion all over the world? lebih2 lagi bagaimana eropah dan barat mengalami peningkatan penganut agama islam dengan begitu mendadak sekali? adakah mereka semakin hilang akal? sudah tentulah ini bukan manusia yang berkuasa untuk menentukan melainkan ALLAH yang berkehendak. semuanya mengandungi kebesaran ALLAH bagi yang mahu berfikir.........
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 07:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by mamicun at 16-3-2012 08:02
aku dah duduk kat sebuah negara sekular yang baik iaitu malaysia..kat mana pula dalam komen aku  ...
SiNoob Post at 16-3-2012 04:49


Dah berkali-kali haku bagi tau kat ko jangan tunjuk kebodohan ko kat poremmer yang lebih cerdik lagik pandai dari ko .


Asas keamanan, kemakmuran , kemajuan dan perpaduan di Malaysia ialah kerana majoriti penduduknya beragama Islam
.

Yang majoritinya  melayu yang mengucap 2 kalimah syahadah yakni Tiada Tuhan selain Allah dan mengakui Nabi Muhammad itu sebagai Pesuruh Allah , bersolat 5 waktu sehari semalam , posa pada bulan Ramadhan , mengerjakan haji di Mekah dan mengeluarkan zakat.

Majoriti penduduknya tidak minum arak , tidak amal seks bebas , tidak berjudi macam negara sekular seperti negara asal penduduk minoritinya seperti negara India dan cina yang suka minum arak , mabuk , berjudi dan kawin koboi


Kira tahap akhlak umat Islam di Malaysia seribu kali ganda  lebih baik dari negara India dan cina sampai penduduk kapiaq kedua2 negara tersebut sanggup bermastautin di malaysia .


Malah kasta pariah dari negara India lebih aman dan selesa tinggal di Malaysia dari menetap di India . Begitu juga pelacur , kaki judi , kaki candu dari negara Cina berhijrah beramai2 ke malaysia .


Ada ko pikir ker ? Aku tak kisah jika  ko ni memang jenis jahiliah lagi banggang bin biul . tapi apa2 pun janganlah berlagak bodoh sombong kat poremmer Islam yang lebih cerdik dari ko dalam Malay porem nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2012 08:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 08:47 AM | Show all posts
kata pandai menggunakan akal, kalau dah majoriti nak hukum Islam, kenalah ikut majoriti, itulah DEMOKRASI namanya

yg hang dok kalut sangat buat apa, hang kan KAPIAQ jadi, apa2 hukum Islam tak terpakai dekat hang
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 08:49 AM | Show all posts
disebabkan Malaysia dah terlalu baik la ada rakyat negara luar kena BOM dengan C4, ada org kena bakar oleh Iblis Laknat, kanak2 pun dibakar

oh!!!! bestnya duduk dekat negara sekular ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 10:54 AM | Show all posts
Adoi . Kelakarnya




































Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 06:59 AM GMT+8 , Processed in 1.261139 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list