CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: telracs

Sembang Santai Episod 7 JIWA YANG MERDEKA

 Close [Copy link]
Post time 31-8-2025 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2025 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 31-8-2025 07:15 AM

Morning nini..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat pagi semua

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
TTun_Teja replied at 31-8-2025 07:44 AM
Morning nini..

Morning…
Lama Teja menghilang
Ku seru2 tiada munculnya
Apa khaber dirimu kini
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2025 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2025 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
CnP Public Health Malaysia

Hi Min, boleh kongsikan kisah ini…



**“Entah kenapa, satu hari semasa saya sedang video call dengan ayah, tiba-tiba hati saya tergerak untuk menekan butang rakam.

Perbualan itu… biasa-biasa sahaja. Tak lama pun, hanya beberapa minit bertanya khabar.

‘Ayah sihat?’
‘Alhamdulillah, sihat… kerja kamu macam mana?’

Itu sahaja. Saya pun biarkan video itu tersimpan dalam telefon, tanpa saya hiraukan.

Lima tahun kemudian, ketika saya sedang mengemas kini cloud, rakaman itu muncul semula. Saya buka… dan saat wajah ayah terpampang, suara itu kedengaran, senyuman itu terukir… air mata saya jatuh deras.

Kerana waktu itu, ayah sudah empat tahun pergi meninggalkan dunia. Tapi di layar kecil itu, seolah-olah beliau masih ada, masih menyapa saya seperti dulu.”**

Dan dari situlah datang pesanan ini:

Simpanlah kenangan hidup anda.
Ambil gambar, rakam video, tulis sedikit dalam jurnal, atau simpan nota suara.

Hari ini mungkin terasa biasa, tapi satu hari nanti… rakaman kecil inilah yang akan menjadi kenangan paling bermakna.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
CnP Astronomi & Sains

12 Saraf Kranial: Jalan Raya Utama Dalam Tubuh Anda

Tahukah anda tubuh kita mempunyai lebuh raya yang sangat canggih. Lebuh raya ini terdiri daripada 12 saraf kranial yang menghubungkan otak terus ke seluruh badan. Setiap satunya mempunyai fungsi yang unik dan sangat penting.

Saraf ini bermula dari otak dan terus ke organ organ utama. Mereka mengawal segala-galanya dari penglihatan hingga ke pergerakan lidah. Tanpa mereka, hidup kita akan jadi sangat berbeza.

Bayangkan anda mencium wangi kopi pada waktu pagi. Itu adalah kerja saraf olfaktori. Saraf pertama yang membolehkan kita menghidu dan menikmati pelbagai aroma.

Apabila anda membuka mata dan melihat dunia, itu adalah kehebatan saraf optik. Saraf kedua yang menterjemahkan cahaya menjadi imej yang kita fahami.

Mata kita boleh bergerak dengan pantas dan tepat. Itu adalah tugas saraf okulomotor, troklear dan abdusen. Mereka bekerjasama mengawal pergerakan bola mata.

Anda pernah tersentuh sesuatu yang panas dan menarik tangan dengan pantas. Itulah saraf trigeminal yang bertindak balas. Ia juga yang membolehkan kita mengunyah dan merasa sensasi di muka.

Ekspresi muka ketika gembira atau sedih datang dari saraf muka. Saraf ketujuh ini mengawal otot otot untuk senyum, mengenyit dan banyak lagi.

Kita boleh mendengar bunyi desiran angin dan kicauan burung. Itu adalah keajaiban saraf vestibulokoklear. Ia menjaga pendengaran dan keseimbangan badan kita.

Rasa makanan yang sedap di lidah itu dirasai melalui saraf glossopharyngeal. Saraf ini juga membantu kita menelan tanpa tersedak.

Jantung kita berdegup, paru-paru bernafas, dan pencernaan berlaku tanpa kita fikirkan. Itu semua adalah kerja saraf vagus. Saraf yang paling panjang dan sangat penting.

Kita boleh mengangguk dan menggeleng kerana saraf aksesori. Ia mengawal pergerakan otot leher dan bahu yang membuatkan kita boleh menoleh.

Akhir sekali, pergerakan lidah ketika bercakap dan makan dikawal saraf hipoglossal. Tanpanya, komunikasi dan pemakanan akan jadi sangat sukar.

Setiap saraf ini iburat laluan utama yang sentiasa sibuk. Mereka menghantar maklumat dari otak ke tubuh dan sebaliknya.

Mereka bekerja tanpa henti siang dan malam. Tanpa kita sedari, mereka menjadikan hidup kita lengkap dan bermakna.

Fungsi mereka sangat rumit namun sangat teratur. Ini menunjukkan kehebatan penciptaan manusia yang sangat mengagumkan.

Apabila satu sahaja saraf ini rosak, ia boleh mengubah hidup seseorang. Itulah sebabnya kita perlu menghargai kesihatan setiap hari.

Maha Suci Allah yang menciptakan kita dengan begitu sempurna. Setiap detail mempunyai fungsi dan tujuannya yang tersendiri.

Jadi, lain kali anda bernafas, melihat atau tersenyum, ingatlah 12 saraf kranial ini. Mereka adalah pahlawan senyap yang membuat segalanya mungkin.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat pagi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Hari Merdeka ke 68

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 12:02 PM | Show all posts
...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 12:03 PM | Show all posts
...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 12:03 PM | Show all posts
...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2025 12:03 PM | Show all posts
...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 12:04 PM | Show all posts
...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 12:06 PM | Show all posts
Siri Kenali Malaysia bersambung lagi.

Kali ini tentang Sejarah Malaysia secara ringkas

Ringkasan Sejarah Malaysia
Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada zaman kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana pemimpin yang berwibawa, sistem pentadbiran dan pemerintahan yang cekap di samping kedudukannya yang strategik berada di titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. British telah campur tangan dalam semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit menentang penjajah antaranya di beberapa buah negeri seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dhoby dan beberapa tokoh yang lain.

Pada era 1920-an dan 1930-an, kebanyakan nasionalisme, kesedaran politik dan pembangunan negara penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media cetak seperti akhbar, majalah, cerpen dan novel untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri. Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 hingga 15 Februari 1942 menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun, Jepun yang menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 menyerah kalah ekoran pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.

Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah melancarkan serangan menguasai Tanah Melayu melalui kekerasan, pembunuhan tiga orang pengurus peladang getah Eropah di Sungai Siput, Perak. Lantaran itu, pada bulan Jun 1948, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) atau BMA adalah antara akhir Perang Dunia II dan Penubuhan Malayan Union. Pada 1 April 1946, British menubuhkan Malayan Union. Walau bagaimanapun, gagasan ini mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana penghapusan institusi diraja dan hak keistimewaan orang-orang Melayu.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaikkan semangat perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan pada 1952 mula membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir
sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Sekembalinya Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari London, Tunku telah membuat pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan penggabungan lima buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah negara yang baharu.

Pada 9 Julai 1963, wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan Singapura kecuali Brunei disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2025 12:08 PM | Show all posts
Perlembagaan
Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58281 Replies : 1099
Tak tidur lagi ke?
maklukpenggodaTak tidur lagi ke?
Views : 18490 Replies : 32
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 1556 Replies : 1
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 7068 Replies : 3
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43995 Replies : 588
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21107 Replies : 12
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22301 Replies : 4
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 30518 Replies : 132
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 2424 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366758 Replies : 3563

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 02:24 AM GMT+8 , Processed in 1.724749 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list