|
|
Patut Ke Sajat Viralkan Muka Lelaki Gatal Hantar Gambar Jijik Padanya?
[Copy link]
|
|
|
|
Dh lama xdgr kabar makhluk ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jatuh talak sebab dia menafikan yang dia ada isteri... sebab tu ramai lelaki suka sebut : i single lagi (tiga sebut dalam hati) konon nak elak talak jatuh... talak ni ada dua jenis... sareh n kinayah... tang kinayah tu selalu terjadi kadang2 tanpa sedar... sebab tu dont play2 with cerai talak kengaku bujang sindir ni semua...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 aku rasa uncle Jat begitu suci sekali. Dan aku pasti beliau masih virgin lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
memang ada laki org miang camni.Laki yg gatal tu mmg x blh wtpe la. Yg pmpn tolooooooong la ada maruah. x pyh dilayan je.block terus @ maki lepastu block. iols niaga online, kdg cod, balik je cod tup2 wasap tny soalan tah pape, i block kn je. benda mudah kenapa nk buat pening |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sajat x pernah cap cap ke masa ada totey dulu?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
propa aja la sajat nh...
puihhhh.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia duk post ni..polis malaysia still x leh trace dia kat mana..
Atau dah tau tp x leh nak buat apa sbb dia kat luar negara..klu dia ada buat salah kat luar boleh la dtangkap..
So tngu saja la dia balik mesia... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg bam jat nak tunggu cakap sampai 1000x baru nak block tu apasal? Kau tu pun gatal tunjuk body 360 degree.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde kerja la nak pantau phone toklaki macam budak sekolah
Sajat tak reti nak block ke?
Orang lelaki memang gitu la, try mengayat modal ayaq liuq ja bukan nak susah mana. Kalau dapat, rezeki. Kalau tak dapat, cuba lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lain kali blok je lah orang tu awal2. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 27-6-2021 10:59 PM
jatuh talak sebab dia menafikan yang dia ada isteri... sebab tu ramai lelaki suka sebut : i singl ...
Klu suami tu x tau or tak sedar dgn menngaku bujang ... Adakah mereka hidup dlm penzinaan sepanjang hidup ???
It depends on keadaan yg di lafazkan
Jgn pandai2 nak buat hukum sendiri ...
Memandai2 je kau ni , tak semestinya ngaku bujang terus jatuh talak ..
Dari pejabat mufti , BACA AND HADAM
JGN DOK BUAT PANDAI HUKUM SENDIRI ..
KERANA MULUT KAU , ROSAK RUMAHTANGGA ORG.
AL-KAFI #430 : HUKUM SUAMI MENGAKU BUJANG
Details
Published: 04 November 2016
Al Kafi li al-Fatawi
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 430 (4 NOVEMBER 2016 M / 4 SAFAR 1438H)
SOALAN:
Assalamualaikum ustaz.
Sy ada satu soalan nk tnya ustaz. Ada seorang hamba Allah dtg bertanya kepada sy.
Ceritanya secara ringkas begini. Si isteri pulang ke kampung dgn membawa anaknya sekali. Dan semasa di airport, isteri ada bertanya kepada suami kenapa mesti memakai pakaian cantik2 sedangkan hnya ke airport. Dan si suami membalas dgn berkata. "Nk keluar lah sekejap lagi, kan bujang hari ni". Tp hakikatnya hanyalah dgn niat gurauan tnpa ada maksud begitu.
Adakah kata2 nya itu sebenarnya telah terjatuh talak kepada isteri dia?
Kerana ada kawan isterinya memberitahu walaupun dgn gurauan, hakikatnya telah jatuh talak.
Boleh tuan mufti jelaskan. Sgt berharap tuan mufti boleh mmberi penjelasan tentang perkara ini.
JAWAPAN:
Waalaikumusslam wbt,
Satu rukun daripada rukun-rukun talak ialah sighah, yakni bentuk ucapan talak itu. Jika tiada sighah talak maka tidak jatuhlah suatu talak. Sighah itu terbahagi kepada dua:
Pertama: Sighah Sarih
Sighah sarih bermaksud bentuk ucapan talak yang jelas dan tidak menanggung maksud lain selain talak. Ini seperti perkataan talak, cerai, berpisah. Kalimah-kaimah ini jika disebut tidak memerlukan kepada niat untuk menjatuhkan talaq. Sekalipun jika seseorang menafikan selepas itu: “Aku tidak berniat talak.” Maka tetap tidak diterima penafian itu.
Kedua: Sighah Kinayah
Kinayah bermaksud kiasan. Kalimah kiasan memiliki banyak maksud dalam suatu masa. Justeru, ia memerlukan niat cerai sewaktu dilafazkan perkataan kinayah itu. Jika tidak wujud niat talak sepanjang lafaz kinayah itu disebutkan, maka tidak jatuh talak. Contohnya seperti si suami berkata kepada isterinya: “engkau telah kosong,” “engkau bebas,” “baliklah ke rumah ibu bapamu,” dan “engkau telah halal.”
Dalam kes diatas, mengaku bujang kami berpendapat tidak termasuk dalam lafaz talak. Dan jika dimasukkan sekalipun termasuk dalam lafaz kinayah yang sangat lemah. Ini kerana perkataan bujang membawa banyak maksudnya:
Boleh jadi maksudnya ialah bujang tiga bererti lelaki yang sudah berkahwin satu boleh berkahwin lagi tiga.
Boleh jadi juga membawa maksud dia ingin menceraikan isterinya.
Boleh jadi juga bermaksud dia menipu menyatakan dia tidak pernah berkahwin, kerana mengaku bujang tidak sama jika mengaku duda.
Mungkin juga maksudnya ialah dia berasa seperti seorang bujang yang memiliki masa lebih lapang untuk urusan peribadi.
Begitulah seterusnya.
Justeru kami berpendapat tidak jatuh talak jika seorang lelaki mengaku bujang kerana perkataan itu tidak termasuk dalam lafaz sarih atau kinayah bagi talak. Jika termasuk sekalipun ia termasuk dalam makna yang paling ganjil dan lemah kerana bujang bermaksud tidak pernah berkahwin dan berbeza dengan duda.
Kami mengambil kesempatan di sini untuk menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam memilih ucapan supaya selamat daripaad sebarang kekeliruan.
Wallahua’lam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tu dia ko punya emosi macam kena cerai... hahahaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk hal ni iols setuju dengan bamjat. Ramai downlow sekarang. Nonek tu dah macam kompas, ikut jeeeee mana lobang2 dia nak tutuh. Wp lobang tu kepunyoan JEJANTZ. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 28-6-2021 11:53 AM
tu dia ko punya emosi macam kena cerai... hahahaa...
Mmg la emosi sbb ni melibatkan hukum hakam ...
Bende ni bukan bende main2 ..ko pandai2 je tulis kat sini pastu klu org lain baca ko ko nak tanggung dosa ke ? ...
Sbb tu aku tanya bila masa plak ngaku bujang jatuh talak ... Pepandai je ..
Better ko pegi delete post explanation kau yg salah tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apa explanation aku yang salah? nanti aku detailkan... ko yang meroyan sound kata mulut aku rosakkan rumahtangga orang tu dah kenapa? macam la memasing bengap tak reti pergi mahkamah sahkan segalanya... sat aku habiskan meeting ni nanti aku copy paste macam ko...
aku ni ramai je kengkawan datang with all issues, never once aku aku sahkan talak macam hakim... aku suruh pi mahkamah ada la untuk sahkan... cuma aku bagi pendapat dari apa yang aku tapi tetap la aku suruh memasing pi pejabat agama or mahkamah...
malas betul bercakap dengan orang emosi ni pastu dia yang fitnah orang, tuduh orang bagi statement fitnah pulak... gosh... immature...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 28-6-2021 01:14 PM
apa explanation aku yang salah? nanti aku detailkan... ko yang meroyan sound kata mulut aku rosa ...
Ko pergi baca balik la apa yg ko tulis tu ... .
Pandai je kata mengaku bujang jatuh talak ... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Steph liah siap "telanjangkan" jantan2 gatal yg dm/komen sheols. Apa lagi bangjat, sembur teruslah. Jangan nak acah2 kena kacau je
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
foto yg bukan2 vs sajat yg bukan2.......  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Astro AWANI
Lokasi Sajat sudah dikenal pasti - Polis
Jun 14, 2021 14:20 MYT
Lokasi Sajat sudah dikenal pasti - Polis
Nur Sajat merupakan seorang saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini. -
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti lokasi persembunyian usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang sedang dikesan pihak berkuasa negara ini.
Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed enggan mendedahkan lokasi sebenar Nur Sajat kerana dikhuatiri menganggu siasatan.
“Kita tahu, cuma saya tak boleh dedahkan kerana ia adalah sebahagian daripada siasatan,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara maya di sini, pada Isnin.
Jenayah | Polis sudah tahu lokasi Sajat sembunyi
Terdahulu, Polis Ampang Jaya dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sedang mengesan usahawan kosmetik kontroversi itu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.
Nur Sajat merupakan seorang saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.
Menurut kenyataan itu, Nur Sajat dikesan beralamat terakhir di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu,
Media sebelum ini melaporkan, Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas diburu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.
Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.
Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.
#Sajat
#Nur Sajat
#lokasi
#persembunyian
#polis sudah tahu
#Ketua Polis Selangor
#arjunaidi mohamed
Newsletter Ima
2021 AstroAwani.com |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|