|
Shuib Tinggalkan Sinar FM, Siti Sarah Masuk Hospital [size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 29 November 2017 10:58 AM
 [size=0.75em]Shuib umum tinggalkan Sepahtu Sinar, Sarah pula masuk hospital. Foto Instagram: @shuibsepahtu.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PENYANYI dan isteri kepada pelawak Shuib (Sepahtu) iaitu Siti Sarah Raisuddin terpaksa dikejarkan ke hospital pada malam Selasa disebabkan tekanan darah rendah secara tiba-tiba. [size=0.98em]Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata keadaan Sarah pada ketika itu sangat membimbangkan namun semakin pulih pada pagi ini. [size=0.98em]"Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan Sarah. Alhamdulillah, walaupun malam tadi keadaan dia amat membimbangkan, tapi pagi ini dah okey. [size=0.98em]"Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak.... (tak tahulah apa akan jadi). Malam tadi, tekanan darah dia turun habis dan amat membimbangkan," kata Shuib.

[size=0.98em]Keadaan Siti Sarah pada malam tadi sangat membimbangkan. [size=0.98em]Shuib memberitahu keadaan isterinya itu menerusi Instagram secara langsung pada pagi, Rabu. [size=0.98em]Selain itu, Shuib juga ada memuat naik foto Sarah dan meminta peminatnya untuk mendoakan isterinya itu supaya cepat sembuh. [size=0.98em]Dalam pada itu, Shuib juga membuat pengumuman bahawa hari ini merupakan hari terakhir dia bertugas sebagai penyampai radio di stesen Sinar FM. [size=0.98em]Bagaimanapun, dia tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya yang sedang sakit. [size=0.98em]Menurut Shuib lagi, keputusan itu dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa yang tidak mengizinkan.

[size=0.98em]Shuib berharap peminat terus menyokong rakannya yang lain di segmen Sepahtu Sinar. [size=0.98em]"Sebenarnya hari ini lain daripada yang lain. Pasal saya, hari terakhir di Sepahtu Sinar. Berat hati tapi kita kena buat keputusan. [size=0.98em]"Hari ini patut saya ada lagi di konti, dah rancang macam-macam tapi itu lah, tak tahu pula jadi macam ini. [size=0.98em]"Keputusan ini dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa. Mohon maaf sangat kepada anda semua sebab tak boleh bersama Sepahtu Sinar lag," ujarnya. [size=0.98em]Selain Shuib, Segmen tersebut juga dikendali Jep dan Rahim yang mula ke udara sejak 30 November 2015 bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi sepanjang lima hari bekerja.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... JtS4web27oMGEHdG.99
|